LEWAT - SATU

839 1 0
                                    

Selepas subuh, Kamal mula menyiapkan peralatan berkebunnya, isterinya Munah juga turut menolong mengisi bekalan nasi goreng kampung ke dalam beg guni Kamal.

"Ringtone Abang, Munah dah tukar. Jangan nak suspen lagi tau!" beritahu Munah pada suaminya.

"Kali ni bunyi ape pulak?"

"Lagu. Bukan bunyi mengilai lagi dah."

"Lagu ape?"

"Goyang dumang, hehe.."

"Hmm, yelah. Abang turun kerja dulu, eh!" ucap Kamal ambil menghulur tangan kanannya pada Munah.

"Kerja elok-elok tau, Abang!" terus di kucup tangan suaminya itu.

Dipandangnya isterinya yang seiras pelakon Zila Bakarin itu. Tanpa bicara Kamal terus menarik Munah ke dalam dakapannya, diciumnya dahi Munah. Munah hanya senyum nakal.

"Jaga anak kita ni baik-baik. Tunggu Abang balik petang nanti, ok?" pinta Kamal sambil mengusap perut Munah.

"Iye, hehe. Macam tak puas lagi je Abang, ni. Dah, pegilah!"
"Assalamu'alaikum"

"Wa'alaikumussalam , Abang!" Munah melambaikan tangannya.

Perlahan Kamal melangkah keluar. Kesihatannya mula pulih selepas tiga hari berehat. Seperti sudah lupa apa yang berlaku, semangat saja Kamal berjalan kaki menuju ke rumah tempat ia diganggu. Atau mungkin Kamal malas hendak mengingatnya, sebab rumah itulah tempatnya akan mengais rezeki.

****

Pagi ini dia berjanji untuk berjumpa dengan Encik Meon, urusan serah terima kunci rumah yang akan dijaga Kamal, katanya. Sebelum ini Kamal hanya berkebun dan membersihkan kawasan luar rumah itu. Hari ini Encik Meon selaku penjaga rumah tersebut akan menyerahkan kunci rumah itu pada Kamal, selaku penolong penjaga rumah.

Rumah demi rumah di lewati. Setelah keluar dari kampungnya Lorong Kenanga 1, sampailah Kamal di persimpangan jalan . Langkahnya semakin laju menyeberangi simpang tiga tersebut, menuju jalan sepi di hadapan. 'Lorong Kenanga Putih'.

Kiri kanan Lorong Kenanga Putih ditumbuhi pokok kelapa, pokok pisang, bunga melur dan juga bunga kenanga putih liar. Hanya ada satu rumah di kawasan Lorong Kenanga Putih. Rumah kayu sederhana dengan halaman yang cukup luas tepat di hujung lorong.

Pewarisnya sudah lama berhijrah ke Singapore. Sejak itulah rumah tersebut mula di jual. Hanya Encik Meon yang diamanahkan menjaga kediaman terbiar itu. Setelah hampir dua puluh tahun kosong, akhirnya rumah itu dibeli sepasang suami isteri dari Sarawak dengan harga mampu milik yang khabarnya empat hari lagi akan berpindah masuk ke situ.

****

"Selamat pagi, Kamal. Dah sihat dah nampaknya." sapa Encik Meon ramah sebaik melihat Kamal sampai. "Hari ni kau dah boleh mula bersih-bersih bahagian dalam rumah ni." sambungnya lagi sambil membuka pintu rumah itu, kemudian memberikan kunci rumah tersebut pada Kamal.

Kamal hanya mengikuti langkah Encik Meon. Pintu rumah dibuka luas, menampakkan pemandangan habuk yang berterbangan di dalam rumah itu. Lengkap dengan perabot yang ditutup dengan kain putih berdebu.

"Tapi sebelum tu aku nak engkau bersihkan halaman dulu, mula dari rumput, sampah, pandai-pandai engkaulah bersihkan. Bila dah siap projek luar, baru kau mula projek dalam pulak. Boleh?" panjang lebar Encik Meon mengarah.

"Insyaa Allah, boleh."

"Tapi betul ke, engkau dah sihat?" tanya Encik Meon lagi.

"Yang tu, Alhamdulillah, Encik Meon. Demi isteri dan bakal anak saya akan buat yang terbaik." jawap Kamal sopan walaupun umurnya jauh lebih tua dari Encik Meon.

LEWATWhere stories live. Discover now