Cepatnya

27 3 0
                                    

Di bilik aktiviti mahasiswi seorang gadis kelahiran Melayu Bugis sedang khusyuk menelaah pelajarannya. Buku rujukan setebal setengah jengkal yang telah ditampal dengan sticky note berwarna-warni dibaca dengan tekun. Bagaikan dalam dunianya sendiri, bertembokkan bata ilmu yang utuh. Dia langsung tidak perasaan sahabatnya memanggilnya dari meja sebelah.

"Kyra ni kalau dah study tak dengar langsung orang panggil." Ziha memuncungkan bibir munggilnya ala Angelina Jolie.

"Maaflah.. Ziha. Aku tak perasan. Kita kan tengah nak final exam. Mestilah fokus tu extra lagi." Kyra tersengih.

"Apa-apa jelah you." Ziha mengikut rentak Kyra.

Ziha merupakan salah seorang dai'e kolej yang sangat dikenali sahabat-sahabat sepersatuaannya. Kyra merupakan salah seorang sahabat usrahnya. Yang membezakan adalah Kyra seorang yang cepat berubah-ubah hatinya walaupun sudah didedahkan dengan pelbagai ilmu agama. Dalam ketidak sempurnaan Kyra dalam pelabagai aspek seperti tidak aurat dengan sempurna, pergaulan yang sedikit bebas antara bukan mahram, solat yang lintang-pungkang, tutur yang kasar,  ada satu pegangan Kyra yang ramai sahabatnya tidak tahu. Lantas, Ziha cuba untuk menjadi lebih fleksibal.

"Ni haa.. Ketua kelas kita baru post kat facebook pasal pencarian ketua biro untuk program masyarakat kita untuk semester depan. Jom join." Ziha menunjukkan laptopnya. Kyra seperti melihat dan membuat pertimbangan.

'Kalau aku masuk. Nanti sibuk. Aku takut terganggu pelajaran. Kalau tak masuk, bila lagi nak pertingkatkan kemahiran bercakap, kebolehan memimpin.. dan banyak lagi. Boleh lah.. InnSyaAllah.' Monolog didalam hati.

"Bolehlah Ziha..InnSyaAllah." Ziha mengagguk seraya berkata. "Kyra ketua saya penolong. Kita amik biro hadiah. Okey dah sent." Kuat Ziha menekan kekunci enter.

"Eh.. Kenapa aku kena jadi ketua. Kau lah.. Aku ni tak berpengalaman." Kyra menempelak tetapi masih dalam nada bergurau manja.

"Eh tak apalah.. Lagi pun kau dah sibuk dengan persatuan dakwah yang ada sekarang. Al maklumlah dah jadi 'kakak naqibah'." Bangga Ziha mendengar itu dari mulut Kyra. Itu menunjukkan gadis dihadapannya ini sudah semakin bertimbang rasa dan matang. InnSyaAllah akan menjadi salah seorang bidadari dunia yakni sebaik-baik perhiasan dunia.

"Eh, tapikan sempat lagi kau layan fb. Tinggal setengah jam jer lagi nak masuk dewan." Kyra saja mahu bergurau. Ziha senyum seperti kerang busuk sahaja. Tidak termampu Ziha menjawap soalan Kyra. Apa lagi, semakin galak Kyra mensakat Ziha sehinggalah pegawai peperiksaan memanggil semua pelajar untuk masuk ke dalam dewan peperiksaan.

Ziha dan Kyra menuju ke dewan peperiksaan yang hanya selang dua buah pintu dari bilik aktiviti siswi. Langkah mereka dengan penuh yakin dan berserah pada Yang Kuasa. Kaki dilangkah masuk ke dewan dengan basmalah. Halus kedengaran suara Ziha menyebut 'Bismillahitawakal huallah'. Kyra perasaan dan mengikutnya juga. Berdakwah dengan menunjukkan dan mengamalkan perkara yang ingin disebarkan adalah cara yang terbaik.

~...~...~...~...~...

Usai tiga minggu menghadapi ujian dunia dengan peperiksaan, Kyra dan sahabat yang lain bercuti selama sebulan lebih. Cuti semester yang panjang, Kyra jadikan sebagai peluang untuk dia berehat dan pada masa yang sama membantu ibunya membuat tugasan harian. Ibunya seorang wanita yang berkerjaya dengan memiliki perniagaan sendiri. Bapanya juga sibuk berkerja mencari nafkah buat keluarga. Kadang kala terdetik dihati kecil Kyra merasakan seperti bibik bila dia pulang ke rumahnya. Ini menyebabkan kadang kala dia malas untuk pulang ke rumah orang tuanya.

Sedang asyik Kyra membasuh perkakas dapur sesudah dia memasak, suara jahat itu berbisik lagi. "Eh!! Mengarut jer kau ni Kyra. Mama ayah sibuk berkerja sebab cari rezeki. Benda simple ni jer pun kau nak merunggut ker. Please lah be mature. You're young adult. This is just a minor task. It's so simple until you can't even feel it. All this things actually will improve your ability and capability to be a good future wife. Hehe. So, go away you bloody negative thought." Kyra memarahi dirinya. Salah satu perangai Kyra.. Bila dia marah, dia akan mula membebel dalam berbahasa Inggeris. Terikut dari ibunya barangkali. Kyra meneruskan cuciannya sambil menyanyi mengikut rentak lagu yang dipasang kuat pada ear phone nya.

6 Bulan KetetapanWhere stories live. Discover now