"Perhatikan saja".
Hampir tiga hari dia berdiam saja di dalam ruang kosong itu. Entah kenapa arahan nya tidak masuk akal.
"Ada apa-apa perubahan?" tanya penyelia project.
Soalan yang sama di ajukan kepadanya bila dia hulurkan papan analisa untuk mengakhiri shift kerjanya. Dia menggeleng kepala dari kanan ke kiri dan memandang lurus ke lockernya. Hari ini keadaannya seperti semalam dan juga seperti tiga bulan yang lalu. Semenjak dia masuk kerja tidak ada apa pun di tulis atas kertas pada papan tersebut. Pena yang terselit di bahagian atasnya di pulangkan sebagaimana dia mengambilnya. Perasaan bosan pada kerja itu di telan dalam hati. Mungkin jika dia terus bekerjasama, kedudukkannya tidak akan tergugat. Dia perhatikan orang baru yang mengambil aleh shiftnya untuk dua belas jam seterusnya. Kali ini seorang wanita muda, hanya mengangguk kepala bila di bacakan peraturan kerja. Dia tidak di benarkan bercakap dengan penggantinya, hanya saling berpandangan atau bertukar senyuman.
"Awak akan di ganti sekiranya awak mahu pakaian seragam dan pekakas kerja ini di ganti baru. Makanan dan minuman akan di kirim pada anda, dengarkan bunyi lonceng untuk waktu mengambilnya. Jangan tinggalkan ruang pemerhati selain untuk ke tandas", penyelia itu merenung wajah gadis dengan mata galaknya.
* * * * *
"Makan gaji buta."
Bila di kongsi pengalaman bekerja kepada teman-teman semua sebulat suara berkata yang sama. Dia tidak berasa salah sebab dia tidak pernah tidur waktu kerja. Apa pun anggapan mereka, dia rasa ini rezeki bahagiannya, mereka hanya cemburukan kerja macam dia. Tetapi tanpa di duga teman-temannya mula mengasingkan diri darinya. Berbagai alasan mereka berikan sibuk, penat, kena kerja lembur dan sebagainya. Dia tetap juga memujuk untuk bertemu seorang teman setiap hari selepas kerja. Sehingga ke tahap sudah tiada sesiapa rela mahu bertemankannya.
Semenjak itu dia pulang saja kerumah setelah membeli makanan dari warong dekat kerjanya. Oleh kerana keletihan bersengkang mata seharian dia tidak berlengah masuk tidur. Dia gembira kerjanya tidak membebankan seperti teman-teman seangkatan yang lain. Hanya dua belas jam memerhatikan ruang kosong ia itu di namakan bilik pemerhati. Pulanya tidak di izinkan keluar bangunan ambil udara sewaktu kerja. Malah jarang sekali dia sempat keluar ke bilik-bilik lain dalam bangunan tempat kerjanya.
Lepas sebulan bekerja, kepada penyelianya dia meminta di tukar ke assignment baru. Permintaannya di tolak malah di beri pilihan untuk berhenti saja tanpa perlu notis. Semenjak itu dia pasrah dan bersyukur saja dapat kerja memerhati ruang kosong. Lagi pula makan dan minuman akan di hantar dalam kotak khas. Di satu sudut ada sebuah pintu menghubungkan bilik pemerhati pada ruang pejabat. Dia bebas keluar ke pejabat itu untuk makan, berehat atau ke bilik air. Hanya pada tukaran shift baru dia jumpa manusia lain. Ketika itu beban di bahu rasa terangkat dan lega dari tekanan memerhatikan ruang kosong seharian.
Dahulu ada di letakkan beberapa alat di bilik pemerhati. Dia seperti menjaga kalau-kalau ada reaksi pada benda tersebut. Selepas bendanya di tiadakan, ruang itu di biarkan kosong. Mahu saja dia mengingatkan orang atasan yang ruangnya telah kosong. Tetapi belum kesempatan, dia takut juga tempatnya di ganti jika mereka salah faham dengan maksudnya. Lagikan pula pekerja shift selepasnya sering bertukar tanpa dia ketahui alasan mereka.
* * * * *
"Awak berpengalaman dan telah lebih lama bekerja. Kami hargai sumbangan awak mengenali selok-belok pekerjaan ini," pujian dari penyelianya setiap hari.
Itu juga yang di ingatkan bila dia ada peluang bertanya dengan penyelia project tentang ruang kosong biliknya. Tiada maklumat lain yang dapat di korek tentang tujuan kerjanya. Selagi gajinya masuk penuh setiap bulan, dia rasa senang bebas sudah tanggung jawab. Setelah melepasi enam bulan di situ, dia hilang rasa perlu mencari kerja lain. Kini pilihannya hanya untuk bertahan asal masih di perlukan. Lama telah di matikan perasaan was-was oleh teman-temannya bila mereka meneka dia buat kerja orang gila.
Dia hanya ada kerusi dan meja tulis sebagai pekakas perabut. Papan tulis, kertas dan pena di ganti setiap hari. Awalnya dia lihat itu pelik warna papan, kertas dan pena di tukar setiap hari. Dia di beritahu pekerja yang menggantikan shift selepasnya telah merosakkan alat tersebut. Itu dia tidak berapa kisah bila dapat warna yang dia gemar ia menjadikan dia gembira sehari memegangnya.
"Tulis apa saja yang kamu perhatikan."
Begitulah arahan di beri padanya sewaktu bersiap untuk kerja setiap pagi. Barang peribadi seperti talifon bimbit, jam, barang kemas lain dan lainnya harus di tinggalkan dalam locker peribadi dan di kunci. Dia perlu pakai seragam serba putih dan kasut khas dan melalui ruang panjang dengan pintu-pintu tertutup sebelum sampai ke bilik pejabatnya.
Pendidikkannya bukan setinggi mana, setakat lepasan sekolah menengah. Dia rasa beruntung kerana kerja ini hanya menguji kemahirannya mengisi butiran peribadi dalam borang permohonan. Mereka tidak pula memeriksa keputusan sekolah. Ini di katakan kalau dah rezeki tiada siapa dapat menghalang. Kiranya dia di suruh membaca dia masih merangkak, kena ada orang bacakan baru dia faham. Dahulu, guru sekolah sering membantu hingga dia dapat tamatkan zaman persekolahan. Orang memuji dia baik perangai dan mudah berkawan. Tiada siapa sangka dia dapat berjaya dalam alam pekerjaan pula.
Banyak juga kerja telah dia mohon sebelum ini. Cuma di sini mereka perlu pekerja memulakan kerja serta-merta pada hari permohonan. Dia langsung bersetuju takut-takut tidak di pilih kalau di tangguh lagi. Ruang kerjanya sama saja dari hari pertama. Ruang kosong yang perlu di perhatikan awalnya lebih luas. Dari sehari ke sehari di rasakan seperti semakin sempit.
Dia tekun dalam bekerja, tidak pernah terlelap dan tidak juga berhayal. Itu mungkin antara sebab dia bertahan lama. Hari pertama dia memulakan kerja, ada juga dia menggunakan mata dengan membuat kiraan keluasan bilik dan buat penilaian pekakas yang di sediakan. Kini dia sudah terbiasa dengan sekeliling ruang kosong itu. Waktu rehatnya pula bebas, maka bila tiba makanan, dia langsung layan kemahuan perutnya. Setelah itu dia pulang semula ke ruang pemerhati. Sesuatu paling mencabar dalam kerjanya adalah menahan mata dari tertidur bila perut sudah kenyang. Penyelianya bangga dia tidak pernah tertidur, cuma bila di lihat di cermin, badannya semakin membesar.
* * * * *
Sekarang di rasakan tersendat bila mahu menyarung baju kerjanya. Sedaya upaya di paksa juga masuk sebab jenis kain getarnya boleh mengembang ke saiz XXXL. Awal pagi dia dah masuk kerja untuk mengelak di perhatikan sewaktu bersusah payah menyalin pakaian. Dia takut meminta ganti seragamnya. Kadang mengigau di kepala amaran penyelianya pada pekerja baru.
"Awak akan di ganti, sekiranya awak mahu pakaian seragam ini di ganti."
Padanya itu amaran paling keras di tekankan setiap hari. Sungguhpun semakin tersendat nafasnya akhir-akhir ini. Dia tidak menyuarakan keresahannya, tetapi hanya melonggarkan butang dan mana-mana ikatan di badan. Setelah setahun bekerja dia kini rasa kecewa dengan majikannya yang tidak prihatin pada kebajikannya. Adakala dia memberontak dalam senyap dengan menanggalkan seragamnya bila dalam pejabatnya. Bisikkan hatinya tiada siapa pun dapat melihat apa yang di kerjakannya dalam ruang kosong itu. Bila terputik rasa malu di sarungkan kembali dan di rapikan setiap butang dan tali pada seragamnya.
Kasut khas yang di beri sudah menjadi seperti selipar. Namun dia tetap memakainya, di sarungkan kerana itu syarat pekerjaan ini. Lagi pula jarak antara pejabat dan bilik air atau ruang pemerhati yang kosong itu kurang dari sepuluh tapak. Memang dia berasa hairan penyelianya pula seperti membutakan mata dan tidak menegur kelakuannya. Sungguhpun dia lihat keadaan orang bawahnya ini sudah sepert tidak terurus.
* * * * *
Setelah punggungnya di letakkan di atas kerusi matanya merawang sekeliling ruang pemerhati yang kosong. Dia cuba berdiri tetapi punggungnya terasa berat. Kerusi yang dulunya empuk semakin sempit. Hatinya berkata ini sudah masa dia ambil cuti. Sepanjang lebih setahun dia bekerja dia tidak pernah pun mengambil cuti sakit atau ponteng kerja. Dia rasa tentu dia dapat kebenaran pergi bercuti untuk bersantai. Lagipula gaji bulanannya tidak banyak di belanjakan sepanjang setahun ini. Dia makin setuju dengan pendapat teman-teman untuk makan angin sebulan keluar negeri. Malah tidak menjadi masaalah kewangan membawa semua teman-teman bersama.
YOU ARE READING
Jaga Kau
Teen FictionSkizofrenia adalah penyakit mental di mana seseorang pesakit jika tidak dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi.