Bab Dua

49 6 0
                                    

Fikirannya mula berhayal menggambarkan tempat-tempat menarik yang akan dilawati, seminggu pun cukup. Dia sudah buat keputusan untuk cuti ini.

Dia ingin ke sebuah pantai yang airnya jernih hijau. Apabila di jejak kaki dalam laut kelihatan batu-batu karang pada dasar pasir putih. Dengan kehidupan berenang-renang bermain sekelilingnya. Beberapa jenis ikan di situ tentu ada yang dia boleh pangang. Ikan bakar memang sedap makan bila panas. Dia akan cuba menangkapnya dengan telapak tangan. Atau membiarkan ikan-ikan membersihkan kulit-kulit kering kakinya. Airnya pasti sejuk dan menyegarkan bila berendam lama. Pemandangan jauh kehadapan terus membiru, di hujungnya tercantum dengan awan putih. Pantai berpasir halus dan luas tiada orang lain di situ selain rombongannya. Pokok-pokok rendang di kelilingi bunyi nyaman ombak dan membengkok dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Lamunannya terganggu dengan bunyi lonceng halus, dia tak sedar sudah masuk waktu makan. Di toleh lehernya ke arah pejabat untuk pastikan makanan sudah sampai di meja. Itu mungkin kotak makanan yang di hantar masuk, bisik hatinya. Perutnya belum terasa lapar tetapi seperti satu kebiasaan dia akan pergi memeriksa kandungan kotak. Kebelakangan ini dia lebih perlahan bila bergerak ke sana sini. Badanya sudah terlalu berat dan payah untuk dirinya mengawal.

Kasut yang sudah pecah di seretnya dengan kaki secara malas. Tangannya perlahan-lahan mencapai kotak di atas meja. Memang tiada bau dari kotak makanannya. Tetapi setiap hari hidangannya berbeza dan dia suka memakannya. Lagipun tiada pilihan lain untuk bertahan dua belas jam. Hari ini, apa pula hidangannya membuat dia gairah ingin tahu. Hatinya melonjak-lonjak kesukaan bila memegang kotak itu. Di angkatnya penutup dan kepalanya menjengok kedalam. Kini ke dua-dua tangannya menggenggam bingkai kotak dan sekali lagi di dekatkan mukanya lebih dalam.

Alangkah terperanjatnya mata bila melihat isi dalam kotak tadi. Dia terkebil-kebil dan menggaru kepala yang tidak gatal. Dia menarik kotak mendekati dada nya dan memasukkan kepala lebih dalam lagi seperti mencari sesuatu yang hilang. Wajah kehairanan menyelimuti mukanya yang tembam. Dia pasti ini satu kesilapan. Mungkin kesilapan yang di sengajakan penyelia atau tukang masak. Mereka telah sangat cemburu pada kerjaya aku yang senang ini. Matanya merawang sekeliling mencari papan tulis dan kertas yang di terima pagi ini. Kali ini dia menjadi lebih resah membelek kertas pada papanya. Di tulis dalamya simbol kata seru bersama perkatan BAIK. Setelah sekian lama bekerja adakah ini ganjaran yang di terima. Umur di habiskan dalam ruangan terbatas itu akan terus di lupakan, bisik hatinya.

Perkara sekecil dan semudah menyiapkan makanan hariannya sudah di perlekehkan. Dia membanting tangan atas meja dengan kuat. Perasaannya marah bukan saja sebab lapar, juga kacau memikirkan cutinya nanti. Padanya ini sudah menjadi satu ketidak adilan di perlakukan secara sengaja pada dirinya. Di gosok-gosok tangan yang sakit. Kemudian di banting lagi pada tempat sama untuk beberapa kali melepaskan geram.

Hati-hati di angkat kotak makannan ke ruang pemerhati. Dia rebah atas kerusi, kotak di hadapannya di dekatkan dan letak atas peha. Kepalanya mendongak ke atas, otaknya bermain-main senario yang akan terjadi seterusnya. Dia sudah terasa kecewa dengan pekerjaan ini. Perutnya sudah berkeroncong kuat. Entah berapa lama dia duduk termenung semenjak menerima kotak kosong itu. Kali pertama dalam sejarah pekerjaannya dia telah melambatkan waktu makan. Ini semua salah majikannya, dia membebel sendirian. Dia buat perkiraan mental akan kesihatan nya yang akan terjejas sekiranya tidak makan untuk hari ini. Semua itu akan di tuntut dari orang atasan. Tanpa jam menandakan masa dia terpaksa menuggu hingga pintu di buka dan shiftnya di ganti pula.

Peluh mula membasahi baju dan mengalir dari kepala dan lehernya. Dia mengesatnya dengan jari dan di selet pada kerusinya. Tekaknya mula terasa kering serta merta. Bilik yang berhawa dingin kini rasa menjadi lebih hangat. Jari jemarinya di genggam kuat, sesekali di tumbuk pada kerusinya. Sudah masa dia harus bertindak jerit hatinya. Dengan perut yang mencerut dia mahu beri peringatan pada orang atasan. Terlalu lama dia bersabar dalam pekerjaan ini dan sekarang dirinya tercabar. Dia nekad tidak mahu ambil kira apa pun akan terjadi sesudah hari ini. Sekian lama dia macam nak gila bekerja. Kerja buatnya hanya untuk keselesaan orang atasan. Tapi ini saja yang di terima, dia melontar kotak mendengarkan bunyi kuat pada dinding. Mereka sudah terlambat, rasa dendamnya telah membengkak. Dia akan tuntut keadilan.

Di atas papan tulis dia conteng perkataan baru untuk puaskan hatinya.






"Hoi orang atas, sudah kau baca ini! Tengok bawah bagi comment."

https://youtu.be/R8W2W_BsjV0

Jaga KauWhere stories live. Discover now