Banyak cerita
Ingin aku kisahkan pada kau
Di lewat malam beginiBanyak isu
Ingin aku bangkitkan pada kau
Di kelam malam beginiCuma
Aku pendamkan
Aku diamkan
Kerana aku tahu
Cerita itu hanya terawang di angin lalu
Isu itu hanya terbiar bersarang di sanubariKerana aku tahu
Aku cuma perindu yang sepi
Lagi sendiri
