Usrah: "Boleh Ke Crush Dalam Islam?"

84 0 0
                                    

Dengan nama Allah saya memulakan bicara. Juga selawat ke atas Rasulullah saw sebagai pengiring pembuka kata.

Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu "crush" yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:

"Dear crush. I hope you know that I love you very much..."

"Rindunya crush saya...."

Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

"Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe..."

Lalu di jawab:

"Aku malu la...takut-takut dia tak suka aku.Huhu..."

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama'-ulama' zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

CRUSH TU APA?

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat "cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam". Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

"Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya..."

Kenapa saya definasikan "crush" dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.

Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

CINTA YANG ALLAH REDHA?

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?

"Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!"
(Ibn Qayyim)

Lihat?Cuba highlightkan ayat:

"Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!"

Cinta sebeginilah yang Allah redha!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Diari Dakwah CintaWhere stories live. Discover now