"Aku tengok muka kau dah macam tempoyak basi. Asal kau ni?"
Rizal, sahabat baik merangkap sepupu Reza Shah itu bertanya saat mereka lepak bersama-sama di kedai mamak.
"Aku ada masalah besar, bro!"
Reza menongkat dagu. Asap shisha yang berkepul-kepul di sekelilingnya tidak dihiraukan. Anak muda zaman sekarang kalau tak hisap shisha tak hipster katanya. Hipster kepala hotak diorang. Bagi dirinya, semua itu hanya memudaratkan kesihatan saja.
Rizal memandang sepupunya itu.
"Masalah apa?"
"Julia..."
"Asal ngan minah tu? Dia mengandungkan anak kau ke? Kau jangan, beb! Zina tu haram kot. A-aku taknak bersubahat."
Reza sudah membulatkan matanya. Buku limanya ditala ke muka sepupunya itu.
"Kau nampak penumbuk ni? Mulut kau ni memang takde insurans ke ape?"
"Rileks la, bro. Habis tu masalah apa?"
Reza mengeluh.
"Aku dah terlepas cakap dengan Julia yang aku nak kahwin bulan depan."
"Habis tu apa masalahnya? Wait! Wait! Kau dah ada calon ke? Bukan nak story. Macam ni la kau kan? Bila susah cari aku. Bila senang...."
Reza menumbuk bahu Rizal.
"Itu la masalah aku. Aku takde calon. Tapi, itu je satu-satunya cara untuk aku lepaskan diri dari perempuan pisau cukur tu. Meluat aku."
Reza sudah membuat muka meluatnya. Rizal sudah ketawa berdekah-dekah sehingga beberapa pengunjung di kedai mamak itu memandang ke arah mereka.
"Kau ni kelakarlah. Julia tu sikit punya seksi tapi kau boleh tolak mentah-mentah?"
"Kau ingat aku macam kau ke? Aku kalau nak cari bini, mestilah nak perempuan yang baik and the most important is menutup aurat. Kau tengok la si Julia tu macam mana? Ish! Tak sanggup aku kalau bini aku tayang-tayang body dekat orang lain."
"Dah tu, yang kau pandai-pandai temberang dia tu dah kenapa?"
"Kan aku cakap, itu je cara untuk aku lepaskan diri dari perempuan tu."
"Kau ingat dia akan berhenti kacau kau ke even dia tau kau dah kawin sekalipun?"
"At least, dia sedar diri yang aku memang tak ingin dekat dia tu. Kau tolong aku, bro. Please..."
"Takkan aku nak sedekah awek aku kat kau? Tak sanggup aku. Aku sayang gila kot kat dia."
"Aku tak cakap pasal awek kau. What about your younger sister?"
Reza mengangkat sebelah keningnya berharap Rizal akan faham maksudnya.
"Maira? Aku tak rasa dia akan setuju. Lagipun dia tu budak lagi kot. Umur baru 19 tahun."
"Habis tu macam mana?"
"Asal kau tak try P.A kau tu? Aku tengok dia tu sopan je. Pakai tudung. Taste kau kan?"
'Haah kan? Asal aku tak terfikir?'
"Great! Aku tak terfikir pulak. Thanks bro!"
Reza teringat perbualannya dengan Rizal. Selepas dia bertengkar dengan Julia, dia terus menghubungi sepupunya itu untuk meminta pendapat.
'Macam mana aku nak cakap kat dia ni? Nak ke dia? Kalau dia tolak macam mana? Kalau dia tak suka aku? Kalau dia dah ada boyfriend macam mana?'
Kalau... kalau... kalau...
Terlalu banyak kemungkinan yang difikirkannya.Buntu Reza memikirkan masalahnya yang satu itu.
Remote Astro ditekan-tekan untuk menukar siaran. Tiada siaran yang menarik perhatiannya.
'Ah! Tengok berita la. At least, aku tau jugak hal dunia.'
Siaran tv3 menjadi pilihannya. Jam baru menunjukkan pukul 8.20 malam. Bermakna, Buletin Utama sedang disiarkan oleh tv3.
"Sepasang kekasih yang dipercayai sedang bermadu asmara di sebuah hotel bajet di Klang telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pasangan terbabit tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang dapat membuktikan bahawa mereka mempunyai sebarang ikatan yang sah apabila diminta oleh salah seorang pegawai JAIS berkenaan."
Berita yang disiarkan itu menarik minat Reza lalu dikuatkan suaranya.
"Tangkap khalwat? JAIS?"
Reza tersenyum sendirian sambil menghirup air Nescafe yang baru dibancuhnya sebentar tadi.
Readers dah dapat agak ke apa yang akan dirancang oleh Reza Shah?
😏😏😏

ANDA SEDANG MEMBACA
Syarat Kahwin Kita ✔
RomanceAndai jodoh itu milik kita, sejauh mana kau berlari, aku pasti akan mendapatkanmu. Ikuti kisah Reza Shah dan Allisa dalam menempuh liku-liku percintaan mereka dalam SYARAT KAHWIN KITA