Rumah part 1
"DAH lewat sangat kita sampai ni Su."Kata Shima sambil memandang Su yang masih lagi terpinga-pinga baru terjaga.
"dah sampai ke?"Tanya Su,dia memandang ke arah rumah yang agak suram sahaja kelihatannya.
"Ya lah dah sampai ni,pukul 9 malam dah ni Su"
"Tak apa lah kita dah bagitahu mereka awal-awalkan kita memang gerak lambat sikit dari KL."Su membuka tali pinggang keledar, dia turun daripada kereta.Su membuka pintu belakang lalu mengambil beg pakaiannya.Shima turut melakukan perkara yang sama. Mereka beriringan menuju ke Rumah yang hanya di terangi cahaya lampu berwarna kuning di beranda.
"Assalamualaikum "Su memberi salam. Shima tertinjau-tinjau ke arah pintu yang diperbuat daripada kayu jati berukuran bunga-bungaan berwarna putih susu.
Tidak lama kemudian salam mereka dijawab oleh seorang wanita daripada dalam rumah. Pintu terbuka perlahan, daripada dalam terjengguk wajah seorang wanita yang hampir sebaya sahaja dengan mereka berdua. Wanita itu tersenyum mesra.
"Marilah masuk, daripada tadi saya menanti kedatangan kamu berdua "Ujar wanita itu ramah.
"Saya Jue.Panggil sahaja kak Jue."Dia memperkenalkan dirinya.
"Saya su dan ini kawan saya Shima"mereka pula memperkenalkan diri.
"Mari masuk su dan Shima,buat sahaja macam rumah sendiri. "
Su dan Shima hanya tersenyum, mereka melangkah masuk kedalam rumah tersebut.
"Mari kakjue tunjuk kan bilik kamu dahulu. "
Su dan Shima mengikuti langkah Kakjue naik ke tingkat atas.Ada empat buah bilik yang bertentangan.
"Itu bilik kakjue,yang dua dihadapan ini bilik zila dan Mas.
"Maaf ye kamu berdua terpaksa berkongsi bilik "Ujar kakjue.
"Tak apa kakjue kami memang mahu berkongsi "
"Ye lah,jadi akak bagi kamu bilik yang besar ni ye"Jue membuka pintu bilik.Su dan Shima memasuki bilik yang luas itu.
"Bilik air di sebelah sana."Kakjue menunjukkan pintu bilik air mereka.
"Akak turun dulu nanti kamu turun kita makan sekali dengan Mas dan zila. "Kakjue meninggalkan mereka berdua, daun pintu ditutup rapat.
Su meletakkan beg nya di dalam almari, badan nya terasa penat esok sahaja dia mengemas, Shima juga begitu.Su mengambil tempat disebelah kiri manakala Shima disebelah kanan sahaja.
"Aku mandi dulu "Ujar Shima. Su hanya mengangguk-angguk. Dia mahu berbaring seketika sementara menanti Shima mandi."Kau dah datang..... "Telinga Su menangkap satu suara yang agak asing di pendengaran nya.Dia hanya melelapkan mata. Terasa seperti ada sesuatu yang menggelikan bermain-main di cuping telinga nya.Tetapi dia tetap melelapkan juga matanya.Penat!Itu semua hanya perasaan nya sahaja.
Shima yang baru sahaja keluar daripada bilik air melihat Su sedang tidur, dia menggeleng, dalam kereta tidur dah sampai pun masih mahu melelapkan mata.
"Hoi bangun pergi mandi, solat Isyak sekali aku tunggu "Shima mengejutkan Su.
"Aku tak tidur lah."Su tersenggeh.Dia berlalu ke bilik air.
Usai bersolat mereka berdua turun kebawah,di anak tangga pertama mereka berdua bertembung dengan dua orang wanita yang hampir sebaya juga dengan mereka.Mereka berdua memperkenalkan diri mereka.
Zila berambut kerinting kembang,agak gempal badannya,berkaca mata tebal.Mas pula memang cantik macam model iklan ditv.Dia agak sombong orangnya tetapi Zila pula terlebih peramah sehingga meja makan menjadi riuh dengan gelak ketawanya sahaja.Yang anehnya Mas dan Zila berkawan rapat,itu yang dikatakan oleh KakJue kepada mereka berdua.Sebaik sahaja mereka selesai makan dan berbual serba sedikit,mereka naik keatas kembali.
"Korang..."Zila bersuara perlahan di pintu biliknya.
"Tengah malam nanti kalau korang dengar bunyi yang aneh korang buat tak tahu sahaja tau."Katanya sebelum menyelinap masuk ke dalam biliknya.
Shima dan Su berpandangan.Apa yang aneh?Dada mereka mula bergetar,ada sesuatu kah yang mereka tidak tahu dan akan terjadi?Apa pula?Rumah part 2
"Air pasang dalam surut pukul 5...hehehehe."
Sayup -sayup Su mendengar suara kanak-kanak menyanyi.Bunyi benda di baling dari luar juga saling bertingkah dengan suara kanak-kanak itu menyanyi.Su duduk di atas katilnya,dia memandang katil Shima.Kosong!Kemana pula Shima pergi.Ke bilik air kah?Su memasang telinga,tidak pula dia mendengar apa-apa dari bilik air.
![](https://img.wattpad.com/cover/71718804-288-k22505.jpg)
YOU ARE READING
RUMAH
ParanormalSebuah karya dari nukilan IDA ANUAR. Saya sendiri teruja,,mmeng menarik jalan cerita dia.