Gelang

588 22 2
                                    

Di korea, ada 1 peraturan di hospital. Ketika pesakit masih hidup, gelang berwarna putih diikatkan di lengan kanan mereka.

Gelang itu ditulis nama pesakit serta maklumat lainnya. Tapi ketika pesakit itu sudah meniggal, gelang itu dibuka dan digantikan dengan gelang merah yang diikatkan di lengan kiri sebelum jenazahnya di bawa ke bilik mayat.

Kisah ini terjadi pada seorang doktor yang bekerja shift malam di satu hospital. Doktor itu menyelesaikan shift malamnya pada pukul 12 tengah malam dan doktor itu merasa penat .

Hospital itu sangat sepi sebab pada pukul 12 tengah malam, tentu semua pesakit sedang terlelap dan sebahagian besar perawat juga telah pulang.

Dia menekan lift dari tingkat lima Untuk turun ke parkir bawah, di mana keretanya diletakkan.

Di dalam lift, hanya nampak seorangb wanita tua. Dia berdiri di samping wanita itu, yang nampaknya juga ingin turun ke tingkat bawah.

Setelah lift sampai di tingkat bawah, pintu lift terbuka dan ternampak seorang lelaki berpakaian putih. Wanita yang tadi bersamanya hendak keluar dari lift.

Doktir itu melihat sesuatu ditangab lelaki itu. Dia segera menarik wanita tua itu kembali ke dalam lift. Dengan panik dia menekan tombol ke tingkat lima dan pintu itu pun tertutup.

" hei, ada apa dengan kamu?" Wanita tua itu tampak marah kerana doktor itu menariknya masuk kembali.

"Makcik beruntung saya tadi tak bisrkan makcik keluar". Ujar doktor itu. "Makcik tak nampak ke kat tangan kiri lelaki tadi ada gelang merah? Madsudnya dia dah meninggal!!"

"Gelang merah? Madsud kamu macam yang ni? " tanya wanita tua itu sambil menunjukkan tangan kirinya yg dibaluti gelang merah.

Kisah Seram Detik 12 Malam Where stories live. Discover now