Airmail Malay Version

120 18 2
                                    

Sebab Airmail Hana POV dalam ver. Malay ><

*********************************

Negara Wall of Kingdom tidak pernah aman. 15 dinding utuh sudahpun dimusnahkan oleh pihak musuh; yang tinggal cuma perasaan kosong, sedih yang cuma diwarnai dengan warna darah generasi-generasi yang telah tewas.

KEHIDUPAN DI SEBALIK DINDING TIDAK PERNAH AMAN.

Seorang remaja lelaki yang berusia lewat 17 tahun, tinggi dan tegap juga mempunyai alis mata yang cantik tinggal bersama keluarganya di sebalik dinding ke-6, iaitu kawasan kedua berbahaya di dalam negara Wall of Kingdom.

Dinding yang paling selamat ialah dinding 1 dan 2, penuh dengan kekayaan dan kesenangan. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke kawasan itu atas sebab mereka hanya membenarkan para pegawai yang tinggi pangkatnya untuk tinggal dan berkeluarga di situ. Khabar angin juga mengatakan bahawa terdapat beberapa sekolah di sebalik dinding 1 dan 2, dan dia mengaku bahawa dia tersangat ingin untuk bersekolah dan mendapat ramai kawan. Tetapi harapannya cuma harapan.

Anak-anak muda lelaki di dinding 6 tidak pergi ke sekolah. Mereka mengasah teknik perperangan dalam diri mereka setiap hari sebagai persediaan untuk ke medan perang bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Kim Taehyung mengunyah rotinya apabila dia terdengar bunyi siren yang nyaring tetapi kedengaran jauh dari tempatnya.

Dinding ke-7.

Taehyung berharap agar anak muda dari dinding ke-7 bertahan demi negara mereka. Dia menelan sisa makanan dalam mulutnya sebelum mengerling ke arah haiwan berpelepah yang berdiri di sisi tingkap. Snow baru sahaja menghabiskan makanannya. Taehyung tersenyum dan mengambil secebis kertas kosong, menulis sesuatu di atasnya dan mengikat kertas tersebut di kaki Snow sebelum burung putih itu dilepaskan.

***

Kehidupan ini telah mengurniakan Taehyung beberapa insan yang dia amat kasihi, ibu bapanya, Snow dan Hana.

Burung putihnya, Snow ialah seekor burung yang amat setia. Bagi seekor burung untuk mempunyai kehidupan yang panjang selama 9 tahun adalah mustahil tetapi tidak bagi Snow. Snow-nya ialah seekor burung tua yang Taehyung amat sayangi kerana haiwan itulah yang menemaninya ketika dia sedih mahupun gembira.

Dan Hana; orang tua-tua selalu mengatakan, suatu hari nanti kamu akan temui seseorang yang lebih berharga daripada nyawa kamu sendiri, dan Taehyung tahu dia sudah menemui seseorang itu.

Hana ialah seorang remaja perempuan yang tinggal nun jauh di sebalik dinding 3; yang Taehyung sayangi dengan sepenuh hatinya tetapi perasaan itu tidak pernah diperkatakan dan disimpan rapi. Mereka sering bertukar-tukar surat dalam 9 tahun ini, tidak pernah berjumpa, tidak pernah bercakap, cuma berutus surat ke udara.

***

Taehyung mendengus apabila dia terdengar lagi bunyi siren yang kuat seperti tadi, tetapi kali ini ia berbunyi dua kali. Dia dengan serta-mertanya mengetahui bahawa dinding tersebut telah tewas ditangan musuh dan maklumat itu seperti mengaktifkan sensor di seluruh tubuhnya membuatkan dia menggigil. Taehyung tahu bahawa mereka akan mula memanggil anak-anak muda berumur 18 tahun untuk membentuk tentera perperangan.

***

Dia tersenyum apabila menerima balasan daripada Hana. Hana kelihatan gembira dan perkara itu membuatkan Taehyung berasa lebih bertenaga untuk menerima kenyataan bahawa dia akan dipanggil bila-bila masa sahaja, sama ada pada hari ini, ataupun pada 2 hari akan datang; iaitu pada hari jadinya yang ke-18, dia tidak tahu.

Dia berasa gelisah apabila terbaca pertanyaan Hana mengenai namanya, umurnya dan jantinanya.

Tidak pernahkah dia meneka apa-apa pasal saya?

Tapi Taehyung membalasnya juga.

***

KimTae. 18. Lelaki.
Dan saya minta maaf untuk memberitahu perkara ini secara tiba-tiba.
Saya suka awak, Hana. Saya akan berperang untuk Wall of Kingdom dan bekerja keras untuk menjadi Jeneral. Selepas itu saya akan pergi ke dinding ke-3 untuk awak. Tolong tunggu saya, Hana. Tolong tunggu saya.

***

Tetapi dia merasakan yang Hana mungkin berasa sangat terkejut dangan perkara ini lalu Taehyung memadam kesemua ayatnya dan cuma menulis 'hahaha' dengan kekok. Dia melepaskan Snow keluar dan Snow balik tidaklama kemudian, tanpa balasan terikat di kakinya.

"Taehyung", ibunya mengetuk pintu bilik Taehyung dengan senyuman yang sedih. Anak lelaki itu membalas senyuman ibunya dan mengambil beg silang lusuh yang diisi dengan keperluan kem tentera.

"Mari, Snow", Snow terbang dan hinggap di bahu Taehyung dan tuan Snow itu keluar dari bilik, memberi ciuman di pipi ibunya, "Jaga diri, ibu"

***

Rupanya pihak musuh telah bertambah dan menyerang dinding ke-6 dari banyak arah, Timur, Barar, Utara, Selatan. Mereka juga mempunyai banyak kereta kebal untuk memudahkan kerja mereka.

Rumah-rumah dibakar sehingga menjadi abu, tanaman dipijak sehingga rata dan penduduk ditangkap dan dibunuh.

Tentera Wall of Kingdom tidak bersedia dengan semua itu, perkara ini berada di luar jangkaan mereka! Anak muda yang mereka latih terbunuh dengan berbagai-bagai cara, peluru dan bom. Tidak memberikan mereka peluang kedua untuk kekal hidup.

Taehyung diletakkan di barisan hadapan, barisan terawal untuk mempertahankan kawasan mereka. Dia memakai baju tentera, tali machine gun yang diperbuat daripada kulit tergantung di bahunya dan terasa amat berat untuk Taehyung mengangkat senjata itu dengan cara yang betul. Belakang Taehyung juga sakit kerana beratnya peluru tambahan yang diikat mengelilingi badan.

***

Kejam, amat kejam. Dari pandangan Taehyung, Jeneral mereka telah mempergunakan tentera-tentera muda sesuka hati dan memilih beberapa orang daripada pasukan ini untuk dikorbankan demi kesejahteraan Wall of Kingdom.

Taehyung meraba dadanya, satu jalur bom telah terkunci di situ, di bawah bajunya dan cuma satu perkara sahaja yang bermain di fikiran anak muda itu.

Jangan mati. Hana tengah menunggu.
Jangan mati. Hana tengah menunggu.
Jangan mati. Ha--

Jeneral menjerit kuat dan mereka berlari serentak ke arah pihak musuh dengan senjata di tangan, tembakan kedengaran di semua arah, di kira dan kanan Taehyung serta diselangi dengan bunyi bom yang memekakkan. Tiba-tiba Taehyung terpandang sesuatu di udara dan menyangkakan itu ialah bom udara tetapi -

Snow.

Taehyung tersadung di tanah lumpur itu apabila dia terdengan bunyi kercipan dia langit dan Snow jatuh di sebelahnya, berdarah dan tidak benyawa. Dia menangis serta cuba untuk bangun tetapi kakinya tidak mahu bekerjasama. Musuh datang mengelilingi Taehyung, tersenyum sinis sambil senjata api di tangan bersedia untuk menembak.

Tidak sampai beberapa saat selepas itu, lebih banyak musuh datang kepada Taehyung seperti semut mengelilingi gula. Dan Taehyung melakukan sesuatu yang teramat berani sebagai seorang tentera, dengan bisikan perlahan, "Hana, aku cintakan kau", keluar dari bibir pucatnya.

Dia mengebom musuh-musuh itu, dan dirinya.

***

Perperangan berlarutan selama seminggu, dan musuh-musuh itu akhirnya berjaya dikalahkan. Dinding ke-6 dibiarkan musnah tetapi akan sentiasa diingati oleh penduduk di dinding dalam, sekarang dan selamanya.

AIRMAIL [Taehyung POV]Where stories live. Discover now