* 4 Melor*
- Aleeya POV -
Pn Nisa aka guru disiplin aka Mak Harimau masuk kelas. 'Aduh mesti dia nak membebel nih' getus hati aleeya
"Selamat pagi kelas" ujar Pn Nisa
"Selamat pagi cikgu"
"Saya ada beberapa perkara yang nak sampaikan kepada kamu semua. Unit disiplin telah bersetuju untuk melantik pengawas baharu dalam kalangan kamu. Oleh itu nama yang saya sebut sila jumpa saya sila ke bilik pengawas sekarang. Pelajar tersebut adalah Qistina, Sarah, Adam, Alif dan akhir sekali Aleeya." Pn Nisa berkata.
'Eh eh tu nama aku kan? Memang nama kau lah tu sengal. Aleeya? Pengawas? Waa habislah aku? Rasa macam nak nangis sampai air mata darah plak. Cam ner aku nak kawal disiplin budak sedangkan aku sendiri kena buli ngan ketua pengawas' getus aleeya.
"Aleeya yang kau berangan nih kenape? jom lah pergi bilik pengawas nanti mak harimau tu mengamuk kang" Sarah yang duduk sebelah aku aka teman sehidup semati aku sudah memanggil.
"Iye, jom-jom pergi"
Lalu kami yang digelar insan bertuah pergi ke bilik pengawas
*Bilik Disiplin*
"Tahniah kepada kamu semua keraa telah terpilih menjadi pengawas sekolah. Mulai esok kamu semua boleh memakai uniform pengawas. Saya berharap agar kamu semua dapat memberi komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan disiplin sekolah kita berada dalam tahap yang cemerlang. Ini kamu semua boleh rujuk dalam buku ni sebagai panduan untuk kamu bertugas" Pn Nisa memberi setiap sorang buku panduan tersebut.
'Aduh tebalnya buku nih, mereput lah aku nak baca benda nih" getus Aleeya dalam hati.
Tok.. Tok..Tok
Harith mengetuk pintu. Kami yang berada di dalam bilik pengawas menoleh ke pintu bilik tersebut. 'Huh mamat nih plak'
"Owh kamu Harith, masuklah. Mana Alin,Hafiz,Lis dan Fahmi?"tanya Pn Nisa
"Diorang tengah otw ke sini cikgu" jawab Harith.
"Harith ini junior-junior kamu" Pn Nisa berkata.
Aku dab Harith berpandangan dan kami menjeling antara satu sama lain..
Menjeling menjeling kubertentang
Mata kita sama memandang
Kucuba kucuba nak bertanya
Siapa diakah namanya
okok yang tu x berkaitan langsung.
tetiba 4 lagi pengawas masuk.
"Jadi ini ah senior-senior kamu yang kamu akan bertugas bersama senior kamu. Jadi tanpa membuang masa, Ali akan bertugas dengan Sarah, Hafiz akan bertugas dengan Alif, Lis akan bertugas dengan Qistina, Fahmi akan bertugas dengan Adam dan akhir sekali Harith akan bertugas dengan Aleeya. Kamu semua merupakan bakal Prefect's Board Of Director tahun depan, jadi saya harap kamu semua boleh menimba pengalaman sebanyak yang boleh daripada senior kamu." kata Pn Nisa.
'What aku kene bertugas dengan langsuir nih, mati lah hidup aku' getusku dalam hati.
'Huh aku akan pastikan kau dalam keadaan yang sengsara budak.' getus Harith dalam hati.
- tbc -
ANDA SEDANG MEMBACA
Benci Tapi Rindu
OverigAleeya seorang pelajar tingkatan 4 yang baru berpindah sekolah. Dia sangat bencikan seorang lelaki yang bernama Harith dan Harith merupakan ketua pengawas dan senior nya. Akibat satu incident menyebabkan Harith dan Aleeya bermusuh antara satu sama l...
