ILMU SAKA HARIMAU JADIAN
Jika dibarat terkenal dengan kisah Werewolf atau Lycan..iaitu Serigala Jadian..
Dinusantara terutama dalam masyarakat Minang sangat terkenal dengan kisah Harimau Jadian......Makhluk ini berasal dari
Saka Harimau yang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin jenis Separa Haiwan (rujuk Post saya terdahulvmengenai makhluk sebelum Adam) , yang dipelihara oleh seseorang, bagi tujuan memelihara harta benda dan diri daripada musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Saka Harimau menjadi pilihan ketua rumah untuk menjaga anak bini dan harta pusaka. Di Negeri Sembilan, pewaris Saka Rimau ini hanyalah seorang wanita bukannya lelaki kerana mengikut Adat Pepatih, perempuanlah yang menjadi tuan tanah manakala di negeri yang mengamalkan Afat Temenggung,lelaki atau perempuan yang akan menjadi pewaris.
Saka Harimau dikatakan mampu menjelma diri sebagai harimau.
Perbuatan berdamping dengan saka adalah amalan syirik dan bertentangan dengan agama. Jadi sekiranya didapati ada saka yang 'menumpang', eloklah dibuang cepat2. Saka boleh dibuang oleh pengamal2 perubatan alternatif yang berkaitan. Walau bagaimanapun, tak semua pengamal alternatif (perawat2 berkaitan jin, sihir, etc.) dapat membuang saka.
Walau bagaimanapun, janganlah kita bengang/marah/kutuk orang2 tua kita yang memelihara saka (walaupun jelas nyata perbuatan bertentangan dengan agama. Boleh jadi keadaan masa itu amat mendesak, maklumlah zaman itu mana ada pasukan polis semua, jadi salah satu usaha untuk menjaga anak isteri ialah dengan memelihara saka. Masa tu pun mungkin pengetahuan tentang agama amat kurang. Tapi bila saka tu dah sampai kepada kita, janganlah kita teruskan lagi. Buang saja.
Sebaik Negara Merdeka dari British..Ilmu2 seperti ini mula dilupakan Masyarakat Melayu seperti mana Ilmu Besi Qursani dan Ilmu Lipat Bumi apabila Kaum Melayu mula mengenali Tarian Twist,Pop Yeh Yeh dan Seteguk Guinness Stout......
