"Juan ! Bangunlah... Juan !!" jerit Nadia . "Adik , apa bising-bising ni ?" soal Datin Halimah . Manakan tidak , anak perempuannya yang seorang ini suka benar menjerit , mengalahkan lelaki bahkan mengalahkan dia sendiri . "Abang ni umi , semalam bukan main lagi suruh Aya kejut . Bila dah kejut , tak nak bangun pulak . Puas dah kejut ni !" rungut Nadia . Datin Halimah hanya tergelak melihat perangai anak bongsu dan yang kedua ni . Dua orang anaknya ini memang rapat sejak kecil lagi , Juan pula memang pandai melayan karenah Nadia . Kalau Nadia merajuk atau membuat hal pasti dipanggilnya Juan . Abang-abangnya yang lain langsung dia tak mahu .
Datin Halimah hanya mempunyai seorang anak perempuan dan enam lagi semuanya lelaki . Keenam-enam anak lelakinya semua mengikut perangai suami tersayang , Datuk Hamdan . Tetapi semua anak lelakinya boleh diharap . Lagipun , dia sudah mempunyai 2 menantu , Sara dan Dahlia . Kini menanti anak lelaki ketiganya mencari calon untuk dibuat menantu , katanya masih belum jumpa .
Ting Tong !!
Kedengaran bunyi loceng pintu disertakan bunyi ketukan pintu..
"Siapa tu Aya ?" soal Datin Halimah kepada anak daranya . "Tak tahu la umi ." jawab Aya sambil menjenguk-jenguk tingkap bilik abangnya untuk melihat kehadiran siapakah ke rumahnya .
"Takpelah umi , Aya pergi tengok ." tambahnya lagi .
Nadia menuruni tangga dengan hati yang berdebar-debar , apabila terdengar suara orang memberi salam . Lega sikit hatinya , apatah lagi dapat mengesan itu suara perempuan .
"Takkan Kak Sara datang kut . Abang Najmi tak cakap apa-apa pun." getus hati Nadia.Assalamu'alaikum...
"Wa'alaikumussalam .. kejap-kejap , on the way .." Nadia menjawab salam . Apabila membuka pintu , Nadia terkejut bukan kepalang . " Kak Myrah !!! " jerit Nadia lantas memeluk akak kesayangannya itu . "Bila akak balik ? Abang Juan tak cakap pape pun .. " soal Nadia sambil meleraikan pelukannya yang tersangat kuat akibat terlalu rindukan akak manis di hadapannya kini . Nadia menjemput Myrah masuk ke dalam rumah dan berehat di atas sofa sementara menunggu dia untuk memanggil Datin Halimah .
"Umi ! Umi !" jerit Nadia sambil mendaki anak tangga menuju ke bilik Juan . Myrah hanya tergelak dengan perlakuan Nadia sebentar tadi . Walaupun Myrah hanya tua setahun darinya , Nadia melayannya seperti jarak umur mereka terlalu jauh . Dia senang dengan family Juan , mereka terlalu sporting . Namun , agama masih menjadi pegangan kuat keluarga ini . Maklumlah , Datuk dan Datin merupakan guru agama , tidak hairanlah anak-anak lelaki keluarga ini semuanya hafiz al-Quran . Nadia pula katanya on the way ke hafizah .
Jauh rupanya diri termenung , sedar-sedar Datin Halimah sudah berada di hadapannya . Datin Halimah hanya tersenyum memandangnya . "Kenapa Myrah balik tak cakap ? Boleh mintak Juan ambik kat airport ." ujar Datin Halimah sambil melabuhkan punggung di sebelah Myrah . Myrah tergelak . Datin Halimah dan Nadia memandang pelik ke arah Myrah ."Sebenarnya , semalam Juan dah call , tanye bila nak balik , Myrah dah cakap nak balik harini , pastu dia cakap dia nak datang ambik , tunggu punya tunggu , tak nampak batang hidung , Myrah pun ambiklah teksi datang sini . hahahaha ." terhambur gelak Myrah apabila perasan muka Datin Halimah sudah berubah . Pasti marahkan Juan ni getus hati Myrah .
Tiba-tiba Datin Halimah bangun dari duduknya menuju ke atas . "Ya Allah Ya Tuhanku , Juan bangunlah !! Pukul berapa dah ni ? Kesian Myrah tunggu kat bawah tu !!" marah Datin Halimah sudah meletus . Terdengar uminya menyebut nama Myrah . Dengan pantas Juan bangun menghadap uminya . "Betul ke umi ? Myrah dah ada kat bawah ? Bukan dia baru naik flight ke ? " soal Juan bertubi-tubi kepada uminya . " Betullah Juan oi , tu ada kat bawah dah tu , kesian dia tunggu kamu tu . Haish anak bujang aku sorang ni !" usai sahaja Datin Halimah beleter , terus hilang anak bujangnya itu ke bilik air untuk membersihkan diri. Mesti tidur lambat ni semalam , buat apa la tidur lambat teka hati Datin Halimah .
Sedang Myrah berbual-bual dengan Nadia , Juan muncul . " Dah lama ke awak sampai ? " soal Juan kepada Myrah . "Lama dah sampai , orang tu kan tak bangun tido lagi , kita bual-bual dengan adik dia pun boleh la ." jawab Myrah sambil tersenyum memandang Juan . Juan sudah malu . Semalam dia yang beria-ria mempelawa dirinya untuk menjemput Myrah di airport . Sedar-sedar Myrah sudah ada di rumahnya . Aduih , malu shiott ! getus hati Juan . Tetapi luarannya tetap cover macho .
Setelah makan pagi bersama Datin Halimah . Juan meminta diri untuk menghantar Myrah pulang ke rumahnya . Mereka bertolak setelah jam menunjukkan pukul 10 pagi . Datin Halimah melambai-lambai diikuti Nadia . Hon kereta dibunyikan oleh Juan .
TO BE CONTINUED...
YOU ARE READING
Ustaz , Pilihlah Aku !
RandomKisah seorang pelajar perempuan yang ter'suka' ustaz yang pernah mengajarnya dulu . Kejadian terlanggar tanpa sengaja di pusat membeli-belah telah membuat hatinya berdebar-debar.. "Entah-entah aku dah mula sukakan ustaz tu balik ? Takkanlah kut..Jan...