Dhia menggaru-garu kepalanya , rasanya dia letakkan benda tu di tempat yang betul . haish mana aku letak erk ! getus hati Dhia . Tak senang dia duduk selagi tak jumpa barang yang dia sedang cari itu . Tiba-tiba pintu dikuak , Puan Anita masuk . "Cari apa Dhia , dah lambat ni , daddy dah tunggu kat bawah tu . Nanti lambat masuk asrama . Haish budak ni . Nanti-nantilah cari barang tu . Minggu depan kan boleh outing . Sambung cari minggu depan . " bebel Puan Anita kepada anak daranya yang seorang ni . "Hmm yelah yelah . Abang kat mane ?" soal Dhia .
"Abang ada kat bawah , tengok tv ." jawab Puan Anita . Dhia terrus berlari menuruni anak tangga untuk menemui abangnya."Abang , orang nak balik asrama dah ni . Nak salam ." ujar Dhia lalu menghulurkan tangan untuk bersalam . "Haa , yelah . Belajar elok-elok tau . Tahun ni SPM , ingat tu ." pesan abangnya kepada Dhia . Usai bersalam , Dhia berlari ke arah kereta daddynya yang sudah menunggu di porch . "Dah salam abang ?" soal Puan Anita . "Dah , siap bagi pesanan lagi ." jawab Dhia .
Dhia sendiri tak sedar bahawa tahun ini dia sudah SPM . Berdebar pun ada walaupun baru bulan Februari . Cikgu-cikgu banyak memberi harapan kepadanya untuk mendapat straight A's untuk SPM tahun ini hanya disebabkan abangnya yang pernah sekolah disitu juga mendapat straight A untuk SPM tahun itu . Dalam tak sedar , pintu gerbang MRSM Gerik sudah berada di hadapan mata Dhia . Kenapalah kena sekolah jauh-jauh , kalau dekat kan senang , btolak pukul 4 pun takpe , ni tak , pukul 8 pagi dah kena bertolak , kalau tak lambatlah sampai jawabnya rungut hatinya yang masih belum puas berada di rumah ."Tu , sekolah adik dah melambai-lambai dah tu , selamat datang Dhia .. " daddynya sudah mula mengusik . Puan Anita hanya memerhati karenah anak dan suaminya. "Alaa , nak cuti lama lagi , mummy daddy ..." rengek Dhia manja . "Mane boleh , Dhia kan SPM tahun ni , kene la study leklok nanti lepas SPM tak merasa dah duduk sekolah , jumpa kawan2 , jumpa cg .. masa ni kene la hargai betul2 .." nasihat mummynya Puan Anita .
Sesampainya di maktab , Encik Razif berhenti di pondok jaga kerana Dhia perlu ambil kad outingnya . Masuk sahaja Dhia kedalam kereta , Encik Razif memandu keretanya memasuki perkarangan asrama puteri . Dhia hanya diam kerana kalau ikutkan hatinya .. dia masih belum mahu pulang ke 'rumah' keduanya ini .. Tapi apakan daya , dia seorang pelajar yang terikat dengan peraturan maktab . Terpaksalah dia balik juga pada hari ini .
Usai memasukkan barang2 ke dalam bilik , Dhia menuju ke kereta daddynya yang diparkir sebelah jalan menuju ke surau .
"Ada apa2 yang kene bayar ke ?" soalan wajib ditanya oleh daddynya apabila menghantar Dhia pulang ke asrama . " Takde rasenye , kalau ada adik call je la daddy ." jawab Dhia . "Tapi Cg Zul kata nak pergi Penang minggu depan . Lwatan homeroom katenye , adik boleh join ke ? kene bayar RM 100 kalau tak silap . Budak laki semua pergi , perempuan tak tahu lagi ." tambah Dhia . "Yng tu nanti daddy tanya mummy macam mana , then daddy call Dhia . " jawab Encik Razif ."Dah la tu , Dhia , pergi masuk kemas barang , sapu2 sikit lantai tu , seminggu balik ni , mesti berhabuk habis tu . " sampuk Puan Anita yang baru pulang dari surau selepas sembahyang asar .
"Yelah mummy .." akur Dhia lalu bersalam dengan Puan Anita dan Encik Razif . Encik Razif menghulurkan RM 100 kepada Dhia sebagai duit belanjanya . Yuran makan sudah habis diselesaikan bulan lepas . Yuran dobi juga sudah diselesaikan . Senang , tak perlu diberi duit kepada Dhia untuk membayar wang yuran tersebut . Manalah tahu , duit yang diberi itu hilang.
Pasti menangis teruk anak daranya yang seorang itu .
Dhia bergerak ke pintu pagar untuk memberi laluan kereta daddynya untuk berundur . Dhia melambai-lambai kereta daddynya . Semoga daddy and mummy selamat sampai ke Terengganu doa Dhia dalam hatinya ...
YOU ARE READING
Ustaz , Pilihlah Aku !
RastgeleKisah seorang pelajar perempuan yang ter'suka' ustaz yang pernah mengajarnya dulu . Kejadian terlanggar tanpa sengaja di pusat membeli-belah telah membuat hatinya berdebar-debar.. "Entah-entah aku dah mula sukakan ustaz tu balik ? Takkanlah kut..Jan...