BAB 1

1.8K 27 0
                                    

Bab 1

          Aku  ,Tengku Eryna Marissa , Sara Atiqah , Nur Hanna dan Maria Melissa menuju ke perpustakaan untuk meminjam buku . Biasalah buku novel melayu . Sememangnya aku memang minat membaca buku .  Sara , Hanna dan Melissa , sahabat aku , hanya menemani aku sahaja . Mereka ikut pun sebab nak cuci mata . Semua lelaki-lelaki yang berupawan lebih suka meluangkan masa di perpustakaan hanya kerana ada penghawa dingin tapi ada separuh dari mereka mengulang kaji pelajarannya .

             "Cepatlah ambil buku tu tak payahlah nak baca belakang buku tu ! lambatlah kau ni ! apalah yang menarik sangat baca novel ni . Tak faham langsung aku ." Sara membebel di telinga aku . Buat taik telinga je lah dek ni . "Yelah-yelah , aku nak baca pun tak senang. Huh !" Selepas aku mengambil buku Karya Seni Erti Cinta oleh Camellia . Aku bergegas menuju ke tempat peminjaman buku , dengan tidak sengajanya aku terlanggar seseorang. Alamak ! Siapa pula aku terlanngar ni ? Aduuuh ..

            Ini semua Sara punya hal ! Sudahlah laju dia berjalan dan menarik tangan aku sekuat-kuatnya dan sekarang aku terlanngar seseorang pula habis semua buku-buku dan kertas-kertas dia terjatuh dilantai , suasana di perpustakaan yang tenang itu aku merasakan bagai tidak tenteram kerana tadinya aku terlanggar dengan seseorang kaum LE-LA-KI ! JE-JA-KA ! Ahh !! Ingin sahaja menjerit tapi aku tidak seberani yang tersindung di sebalik sikap ini .

              Aku mengaku bahawa aku sangat pemalu kepada insan-insan yang ada kena-mengena dengan kaum lelaki ! Ya aku memang pemalu , pendiam dan tidak pandai bergaul selain sahabat aku. Sememangnya aku hanya selesa dengan sahabat aku kerana merekalah sahabat aku dari bangku sekolah lagi . Hanya mereka sahaja memahami keadaan aku .

           Aku terus mengambil buku-buku si dia dengan rasa berslah . Sara pula tinggalkan aku bersendirian dengan si dia yang berada di depan aku ini dan menyempat pula Sara berbisik di telingaku yang dia akan menungguku di depan perpustakkan . Apa kejadah kawan aku ini ?! Berbisik je ? Tidak mahu menolong aku ke ? Dengan selamba pula itu dia berjalan bagai tidak ada apa-apa masalah di sini , Ini budak memang kena pailang dari aku ! Huh !!

             Si dia juga terus mengambil kertas-kertas dan buku-bukunya yang tadi agak bersepah di lantai . Apabila aku sudah menyusunkan kertas-kertas si dia , aku menghulurkan kertas-kertas kepada si dia dengan tidak sengaja kita saling bertentang mata . Aku bagai terpesona sebentar apabila melihat wajahnya yang putih gebu , keningnya yang cukup tebal garang , mempunyai mata yang sungguh menggodakan dan juga mempunyai hidung yang mancung . Mukanya seperti kacukan orang Arab perancis dan paling aku suka lelaki mata berwarna coklat hazel . Waaah ! Complete package la dia ni .. Memuji-muji si dia di hati ini .

           Eh .. kenapa pula dengan jantung aku ni ? selalunya tidak pula berperangaisebegini, berdebar-debar jantung ini bagai ada bom yang menanti untuk meletup . Fuuuh ! tidak boleh jadi ni .. aku harus sedarkan diri dari tenungan ini dan terus lamunan aku mati , takut-takut dia kata aku syok pula dekat dia . Aku menghulurkan kertas-kertas yang berada ditangan aku . Aku tertunduk malu , malu kerana aku tidak berani lagi untuk berdepan dengan si dia .

              Mukanya pula tadi seperti tidak suka bersenyum . Aku mendongak sedikit kerana ingin tahu si dia masih marah pada aku atau tidak . Nampaknya dia masih marahkan aku sahaja ? Dia terus mengambil kertas-kertas yang berada di tangan aku tadi dan si dia hanya mengangguk tanda terima kasih . Dia ini bisu sudah kapa ? tak reti nak ucapkan 'terima kasih' ke ? apa ke ? ini  tidak ! Angguk sahaja dia berbalas terhadap aku ? Dasar lelaki suka ego tidak habis-habis . 

       Selepas bayangan si dia itu sudah tiada di depan mata , aku bergegas keluar dari perpustakaan dan menuju ke pintu utama perpustakaan untuk berjumpa dengan sahabatnya . Buku yang aku hendak pinjam tidak tahu ke mana . Terlepas sudah buku tu .

Dia peminat setiaku!Where stories live. Discover now