BAB 4

489 21 2
                                    

Bab 4

Aku dan Riana sudah menggigil ketakutan . Takut dengan singa yang berada di depan ini . Ah ! Sudah ! Apa hukuman yang aku dapat kali ini ! Fikiran aku buntu lidahku kelu . Aku dan Riana saling berpandangan , muka kami berdua kelihatan cuak . Habislah kali ini !! Ya Tuhan selamatkan kami berdua !!

Di ruang tamu ada Tengku Syirah Mama Zafriel , Tengku Hariza Ibuku , Tengku Hisyamuddin Ayahku , Tengku Shahid Papa Zafriel , Riana dan aku . Semuanya duduk di sofa empuk sambil menunggu perbicaraan tentang majlis pertunangan tadinya .

Ibu yang dari tadi mundar-mandir sambil memuluk tubuhnya dengan perasaan marah , geram dan mukanya berona merah seperti volcano ingin meletup tidak lama lagi . Seram pula merenung ibuku lama-lama .

“Riana ! Ryna ! Cakap dengan ibu kenapa buat ibu macam gini ?! Kenapa ?!!” Terkejut dengan jeritan ibu . Kus semangat ! Nasib aku tiada lemah jantung kalau tidak .. “Ibu , Maafkanlah kami , kami tak bermaksud nak buat macam gitu pun , ibu bertenang ya ? Kita boleh bawa berbincang dengan tenang ok ibu ?” Riana cuba untuk tenangkan keadaan . Namun tidak berjaya ibu tetap keras hati .

“Ibu tak sangka kamu berdua buat macam gini ! Dah tak waraskah kamu ? Ibu ada ajar kamu berdua bertukar pasangan apabila dah nak bertunang ?! Huh !!” Sekali lagi jeritan ibu berdesing di telinga kami . Kut ya pun tidak perlulah jerit bagaikan ada gempa bumi . Adui ! sakit telinga aku . Aku menggosok telinga kesakitan . Bukan kesakitan kerana dipiat tapi kesakitan dari jeritan ibu . Aku hanya diam membisu . Tidak tahu apa harus aku ungkapkan . Sudahlah aku sekarang status engaged.

“Ibu ! Riana yang salah , ini semua berlaku ialah punca dari Riana , Riana buat ini semua sebab ada alasan Riana tersendiri , maafkan Riana ibu..” Riana menunduk dengan rasa bersalah apa yang berlaku . Tapi kalau melangsungkan pertunangan ini maka dia dan suaminya akan berperang besar . “Apa alasan kamu kali ini Riana ?! Ibu sangat kecewa dengan kamu tahu tak ?!” Letih dengan kerena anak-anaknya . Boleh naik pening Tengku Hariza dibuatnya . Kali ini Riana nekad untuk beritahu perkara sebanar . Tarik nafas panjang-panjang supaya senang aku mengukapkan perkara sebenar . “Ibu ... Riana harap ibu bertenang dengan apa Riana akan beritahu ni , Sebenarnya .. sebenarnya Riana .. ermm ..” Tergamam pula tiba-tiba . Kalau macam ginilah jadinya sampai ketualah takut hendak memberitahu perkara sebenar .

“Apa dia Riana ? Cakap dengan ibu !”

“Riana nak bagi tahu ibu yang Ryna dah jatuh hati dengan anak lelaki Tengku Syirah tu !”

Terkejut dengan pengakuan Riana semua orang yang berada di ruang tamu kini melihat tajam ke arahku . Eh kenapa aku pula yang terkena ? Lidahku kelu , kenapa kakak aku berkata begitu ? Adakah dia sudah tahu bahawa aku memang sudah mencintainya ? Pening kepalaku dengan apa yang berlaku sekarang ini .

“Apa ?! Ryna dah jatuh hati dengan anak lelaki Tengku Syirah ?! Betul ke ni Ryna ?” Kini ibu memandangku dengan tajam . Riana pandang aku dengan buat muka merayu biar dia bisa diselamatkan dari ibu . Kalau aku berkata ‘ya’ Kakak aku pasti selamat dari ibu dan aku pasti menjadi mangsa bebelan ibu ! Ah ! Bingung ! Akhirnya aku membuat keputusan untuk menolong kakak aku .

“Ya ibu  , Ryna dah jatuh hati dengan dia” Tergagap-gagap aku menjawab . Aku mohon sampai disini sahajalah pembicaraan tentang majlis pertunangan ini . Aku sudah letih sangat ! Tidak larat lagi hendak mendengar ini semua . Ibuku senyap seketika . Mungkin keliru dengan jawapan yang aku berikan .

“Betul ke ni Ryna ? Sebenarnya Aunty tak kisah siapa yang bertunang dengan anak lelaki Aunty ni , asalkan dia ikhlas dan jujur dengan keputusan untuk bertunang dengan anak  Aunty” Tengku Syirah sempat memuji Ryna . Gulp ! . Aku menelan air liur dengan berat . Jujurkah aku membuat keputusan ? Ikhlaskah aku ? Semakin lama aku disini selagi itulah aku rasa bersalah terhadap ibu dan Tengku Syirah . “Aunty , kalau boleh .. Aunty rahsiakan perkara yang terjadi di majlis ni boleh ? Biar dia tahu bahawa dia sudah bertunang apa pun jangan sebut tentang Ryna ok Aunty ? Can I trust on you , Aunty ?” Tengku Syirah mengangguk-angguk sambil tersenyum manis kepadaku . Dan aku balas senyumannya itu .

Dia peminat setiaku!Where stories live. Discover now