Dorm part 7
"Hani histeria."Mencungap Musa masuk ke dalam dorm sebelum azan mahgrib berkumandang.
"Mana kau tahu."Adrian bertanya.
"Aku baru balik dari kedai kak Ila tadi, dia bagitahu. Patut lah aku nampak ada ustaz datang dua ke tiga orang macam tu."
"Boleh tengok ke?"Tanya Shahid.
"Mana aku tahu boleh ke tidak. Try lah kita pergi."
"Weh!Dorm perempuan mana boleh lelaki masuk."
"Ala darurat lah."Shahid memakai baju melayu dan somgkok, kebetulan sudah hampir waktu maghrib memang sudah masa bersolat.Sewaktu mereka mahu ke dorm perempuan, mereka terserempak dengan kumpulan perempuan yang mengusung Hani ke surau. selamat!Tidak jadi mereka ke dorm sebaliknya mereka beramai-ramai ke surau sahaja.
Hani terlalu lemah, dia masih belum sedarkan dirinya. Mulutnya meracau sahaja menyebut hendak balik. Kaum lelaki memang boleh mendengarnya dari sebalik langsir yang memisahkan antara lelaki dan perempuan.
Tanpa mempedulikan Hani mereka menunaikan solat maghrib.
"Tak kusyuk aku solat. Aku asyik dengar si Hani ni meracau saja."Rungut Musa.
"Dah dia kena rasuk, meracau je lah tahunya kau ni pun."Marah Adrian.Tiba-tiba Hani menjerit nyaring, mereka melihat Hani cuba berlari keluar. Beberapa orang perempuan yang memegangnya mudah sahaja di tolaknya.Terpaksa pula beberapa orang budak lelaki termasuk Shahid mengejar Hani yang histeria. Tenaga Hani sungguh luar biasa,lelaki yang memegangnya juga tidak mampu.Ada yang terduduk di tendang Hani.
"Kuat gila!"Adrian berbisik.
"Kuat syaitan tak ke mana..tunggu sekejap lagi kita tengok kuat tak kuat."Ujar Musa.
"Ishh kau ni dah macam menonton cerita Munafik pula dah."Adrian sempat melawak dalam kekalutan.
"20 juta kot, ni kalau buat rakaman, lebih 20 juta ni boleh dapat."Musa sudah mula mengangkat telefonnya mahu merakam.
Tiba-tiba musa mencampak kan telefonnya. Wajahnya pucat lesi.
"Eh dah apa hal kau ni."Adrian mengutip telefon Musanyang sudah terbarai, mujur bateri nya sahaja yang barai.
"Hantu beb!Aku nampak bayangan putih dekat Hani masa aku merakam.Bayangan putih tu bertukar menjadi orang tua bongkok berkedut seribu. Seram lah." Musa berpeluh."Tak ada apa lah, baik kita baca yassin, mana tahu boleh tolong ustaz redakan histeria Hani."Adrian menghulurkan surah yassin kepada Musa. Shahid datang kepada mereka berdua diikuti dengan peserta yang lain. Sementara menunggu isyak mereka membaca yassin beramai-ramai. Di sebalik tabir Hani menjerit tidak berhenti!
YOU ARE READING
Dorm
HorrorDia hanya kecil sahaja, tetapi cukup menakutkan. Sara..tidak seindah namanya kerana dia bukan manusia sebaliknya roh si kecil yang masih mencari dimana salahnya sehingga dia tidak berpeluang hidup gembira!