Prolog

32 4 0
                                    

"I setuju dengan cadangan fauzi tadi.So,yang lain-lain ada bantahan tak?"
Tegas Nur Sarah bersuara sambil matanya liar memandang satu persatu wajah dihadapannya.Biasanya mesyuarat begitu dipengerusikan oleh suaminya tetapi sejak keadaan kesihatan Ku Azran yang semakin teruk sejak kebelakangan ini,maka dia pula yang terpaksa memikul tanggungjawab suaminya dalam setiap urusan syarikat.

Semua yang berada di situ terdiam tidak bersuara.Hanya kepala masing-masing yang dianggukkan seolah-olah turut bersetuju den gamingan cadangan yang diusulkan.

"Okay,i assume that all of you has agree with the proposal,so we will proceed with that arrangement,"sambung Nur Sarah lagi setelah hampir 10 minit keadaan sunyi tanpa suara.Pandangannya dialihkan ke arah fauzi yang duduk di sebelah kirinya.

"Fauzi,tolong bentangkan..."
Belum sempat Nur Sarah menghabiskan kata-katanya,pintu bilik mesyuarat tersebut dirempuh kuat dari luar.Nur Sarah menoleh.Semua yang berada di situ turut berpaling memandang pintu.


"Puan..."panggil jane cemas dan dengan suara terketar-ketar.
Nur Sarah memandang jane tak beriak.Melihat karadaan jane ketika itu dia pasti ada sesuatu telah berlaku.

"Kenapa,jane?"soalnya perlahan dan cuba beriak tenang walaupun hatinya sudah mula berombak kencang.

"Puan...Ku...Ku Azran...."sambil membetulkan nafas jane bersuara semula.

Nur Sarah bingkas bangun.Wajah jane direnung tajam.

"Kenapa dengan suami saya?"soalnya dengan suara bergetar.Melihat cemas air muka jane debaran dalam hatinya semakin menggila. Kenapa dengan Ku Azran?Pagi tadi keadaan suaminya itu baik-baik sahaja.Sebelum dia ke pejabat pagi tadi sempat lagi suaminya itu tersenyum memandangnya dan menitipkan beberapa pesanan untuknya.

"Ku Azran telah dikejarkan ke hospital.Tengku mariam baru telefon saya."

Mendengar sahaja jawapan jane.Nur Sarah terus berlari keluar dari situ.Semua yang berada di situ ditinggalkan tanpa sepatah kata.Jane juga turut berlari mengekori langkah puan besarnya itu sehingga sampai ke kereta.

"Prince court,Abang majid,"arah jane sebaik Nur Sarah masuk ke dalam perut kereta. Abang majid menurut.Memang sejak tadi dia sudah bersedia menunggu di luar bangunan lima tingkat tersebut setelah diarahkan oleh Bonda Mariam.

Jane menoleh ke sebelah.Melihat cemas riak di wajah majikannya itu,hatinya turut tersentuh.Dia tahu bukan sedikit beban yang ditanggung oleh Nur Sarah sejak kesihatan Ku Azran semakin teruk.Bukan setakan terpaksa menjaga Ku Azran malah segala urusan syarikat juga dipikul sepenuhnya oleh Nur Sarah.

"Puan,kita dah sampai."Perlahan jane bersuara apabila Nur Sarah hanya terdiam kaku di tempatnya.Melihat riak beku Nur Sarah,dia tahu majikannya itu sedang berperang melawan perasaannya.

Nur Sarah tersentak.Pandangannya dibuangkan ke sekeliling.Menyedari yang mereka sudah berada di hadapan hospital Nur Sarah terus bergegas keluar.Pintu masuk hospital mewah itu ditolak kasar.Langkahnya dilajukan menuju ke unit rawatan rapi.

"Bonda..."tegur Nur sarah sebaik Bonda mariam dihampiri.

Bonda mariam mendongak."Azran,sarah...Azran"ucap Bonda Maraim dalam esakan.

Nur Sarah mengangguk mengerti.Tubuh Bonda mariam terus diraih kedalam pelukan untuk ditenangkan.

"Sarah tahu,bonda.Sarah tahu.Kita sama-sama doakan Abang Azran tak apa-apa,"pujuknya lembut dan dengan setenang mungkin walau hakikat yang sebenarnya dia turut ingin menjerit dan menangis melaung nama suaminya itu.Isteri mana yang tidak terusik hatinya apabila berdepan dengan keadaan tersebut tapi dia harus kuat.Demi janjinya kepada Ku Azran,dia harus tabah walau apapun yang berlaku nanti.

"walau apapun yang terjadi dekat abang nanti,abang minta sarah jangan menangis.Abang nak sarah kuat.Demi bonda,demi syarikat,abang nak sarah tabah."

Kata-kata Ku Azran yang acap kali itu seoalah-olah terngiang-ngaing ditelinga.

"Sarah tak akan menangis,abang.Sarah akan kuat walau apapun yang terjadi,"bisik Nur Sarah perlahan.Air mata yang hampir menitis,pantas diseka.Tak,aku tak akan biarkan kau gugur walau setitis pun di hadapan bonda,tekadnya.

Setelah hampir satu jam menanti di luar ICU itu,akhirnya Doktor saiful keluar. Nur Sarah bingkas bangun.Sepantas kilat lelaki itu dihampiri.

"Macam mana dengan suami saya doktor"?Tak bertangguh Nur Sarah menyoal.Doktor saiful dipandang tidak berkelip.

Doktor saiful terdiam.Lama.Kemudian dia memandang Bonda Mariam yang terduduk lesu dan turut memandangnya.Melihat keadaan wanita itu yang semakin tidak bermaya,tersa berat mulutnya untuk berterus terang.

"Doktor..."panggil Nur Sarah perlahan.

"Bagaimana keadaan suami saya"?soal Nur Sarah lagi dengan suara yang semakin bergetar.Melihat riak lelaki itu,dia seolah-olah sudah dapat menduga apa yang akan diberitahu lelaki di hadapnnya itu.Ya Allah,semoga apa yang difikirkannya itu bukan kebenarannya,bisiknya.

" Puan,maafkan kami,kami telah cuba sedaya upaya tapi kami gagal menyelamatkan nyawa Ku Azran"Perlahan doktor saiful berkata.

"Ya Allah!"jerit Nur Sarah.Mendengar kata-kata lelaki itu hampir rebah dia di situ tetapi pantas tubuhnya diaput oleh jane yang tutur berada di sisisnya.Bimbang terjatuh,tangan jane dipeluk erat untuk mengimbangkan dirinya.Dari tempat berdiri terdengar kuat raungan Bonda mariam memanggil nama anak lelaiknya itu.

"Azran! jangan tinggalkan bonda,azran..."raung Bonda Mariam.Tengku zubaidah yang turut berada di situ terus memeluk kakaknya untuk ditenangkan.

"sabar long."pujuknya

Nur Sarah pula seperti orang yang hilang arah.Medengar raungan ibu mentuanya,hatinya sendiri seperti dicarik-carik.Air mata yang cuba dipertahankan terus mengalir dengan lajunya.

"Abang ...Maafkan sarah ,sarah tak cukup kuat..."Bisiknya bersama esakkan yang menggila.

"sabar puan."pujuk jane lembut.Tubuh Nur Sarah dipeluk erat.

"Ya Allah,andai ini yang tertulis,aku terima ketentuan-Mu ini dengan reda.Ya Allah,ku terima kehilangn ini sevagaibujian darimu.Sesungguhnya Engkau maha mengetahui segalanya. Abang,semoga abang damai di sana.Demi tuhan,amanah abang akan sarah pertahankan".

Dan untuk kesekian kalinya,air matanya gugur lagi...

memilihmu kerana diaWhere stories live. Discover now