Bab 1

48 4 2
                                    

Sampai sahaja di muka pintu,langkahnya terus diaayunkan menuju ke dapur.Selalunya,dia akan terus memanjat anak tangga menuju ke biliknya.Entah kenapa,tiba-tiba tekaknya terasa haus.Dalam kepala pula sudah terbayang-bayang jus oren segar dan sejuk.

Cuaca hari itu pula betul-betul menguji.Panas terik dan berdebu.Begitulah cuaca di kuala lumpur sekarang.Jerebu di mana-mana.Sebaiknya kakinya melintasi ruang tamu,beg tangannya diletakkan di atas sofa dan dia terus berjalan menghala ke dapur.

Tiba saja di muka pintu dapur,langkah kaki Nur Sarah terus terhenti.Baru saja dia ingin menjerit tapi segera mulutnya ditutup dengan jari.Matanya terus melilau memandang sekeliling untuk mencari sesuatu.Terpandangkan kayu besbol milik Tengku mukriz yang ditinggalkan tempoh hari dan terletak elok di sebelah rak di ruang makan,terus saja kayu besbol itu dicapainya.

Nak mencuri ya...Memang kau nak cari nahaslah!bisiknya dalam hati. Perlahan-lahan kakinya melangkah sambil kayu besbol tersebut diangkat ke atas.Sepantas kilat kayu besbol tersebut diayunkan dan strike!mengena tepat di atas kepala lelaki yang sedang menggeledah kabinet dapur ketika itu.Amek kau!padan muka!bisiknya puas.

"Adoiii!"jerit lelaki itu latang dan terus terduduk di atas lantai.Kepalanya diusap laju.

"Oiiii ,kau nak bunuh aku ke?!"jeritnya lagi.

"Kalau ikutkan aku,memang aku nak bunuh kau!Berani ya nak mencuri.Dah tak ada kerja halal lagi nak buat?"sembur Nur Sarah agak keras.Kayu besbol di tangannya dihalakan ke arah lelaki itu.

Lelaki itu terus bangun dan berpaling menghadap Nur Sarah dengan wajah bengis.Nr Sarah berundur setapak dan terus mengangkat kayu besbol di tangannya sebagai persediaan sekiranya lelaki itu ingin melakukan sesuatu.

Walaupun nampak macam berani tapi sebenarnya dalam hati hanya Tuhan yang tahu.Serius dia takut dan berdebar sekarang. Dibuatnya lelaki itu menyerangnya di luar kawalan tak ke naya?Tiba-tiba dia teringatkan Kak eja,pembantu rumahnya itu.Mana pula kak eja ni?!masa darurat macam inilah nak hilang bebelnya dalam hati.

"Hei bongok!buat apa aku nak mencuri dalam rumah aku sendiri?!"marah lelaki itu lagi agak lantang dari tadi.Perempuan di hadapannya di renung semakin tajam.

Nur Sarah terus terdiam dan terkaku.Rumah sendiri!Tiba-tiba dia jadi bingung.Wait!!!siapa lelaki ini?No....Tak mungkin.Takk mungkin lelaki itu adalah Ku Ammar,abang iparnya.Tapi tak mustahil kan sebab dia memang tak pernah bertemu dengan lelaki itu sebelum ini.Ya tuhan,apa yang aku dah buat ni.Kalau betul itu Ku Ammar?matilah aku!fikirnya kalut.Tangannya terus dijatuhkan Ke bawah.kayu bebsbol masih dipegang kemas.

"kau siapa?"soal Nur Sarah dengan suara yang sudah berubah rentak.Dalam hatinya bukan main berdebar lagi.Andai benar itu adalah Ku Ammar,Pewaris tunggal The Heritage Empire,memang matilah aku.

"Kau tanya aku siapa,kau siapa?"soal lelaki itu kembali agak kasar.Kepalanya digosok-gosok lagi.Nasib baik tak pecah kepalanya dikerjakan perempuan gila yang entah datang dari mana.Percuma kena ketuk dengan kayu besbol.Kayu besbol okey!sedang dalam hati membebel,matanya masih mencerun memandang perempuan di hadapannya.

"Saya....Saya sarah.Isteri arwah Ku Azran."balas sarah dengan suara yang tersekat-sekat.

"Kalau kau isteri Azran,takkan kau tak kenal aku siapa?"bentaknya kasar

Nur sarah terdiam.Lama sebelum akhirnya dia menggeleng.Entah kenapa tiba-tiba dia jadi bendul dan dungu.

Lelaki itu mendungus dan menghampiri Nur Sarah.Dan berhenti betul-betul di hadapan perempuan itu.

"Okay,biar aku beritahu kau,"tuturnya sinis.Nur sarah direnung tajam.

"Aku ammar.Tengku Ammar Muiz. abang ipar kau dan juga Pewaris The Heritae Empire,"sambungnya angkuh.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 25, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

memilihmu kerana diaWhere stories live. Discover now