Prolog

54 3 0
                                    

⇨Di Rumah...

"Ring !!!", loceng jam Nisa kedengaran kuat di tepi telinganya. Jam loceng itu menunjukkan tepat jam 7.00 a.m. dan ini bermakna dia telah lewat ke sekolah. Tanpa membuang masa, dia terus bersiap dengan segera.

😌

⇨Di sekolah...

"Awak baru sampai ?" soal Hana kepada Nisa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mahu tidaknya, Hana yang merupakan salah seorang sahabat karib Nisa sendiri tidak pernah melihat Nisa datang lewat ke sekolah. "Awak tidur lambat eh tengok drama Korea?" "Memang tak lah, awak tahukan saya tak minat drama Korea. Lainlah Amy."jawab Nisa sambil ketawa kecil. "Kalau begitu, kenapa awak lewat ?"soal Hana lagi kehairanan. "Kalau tentang tu, nanti saya ceritakan kat awak."

⇨Waktu rehat...

"Apa yang awak nak ceritakan tadi Nisa ?"
"Pasal tu..Errk..sebenarnya saya datang lewat ke sekolah sebab.. memang betul saya tidur lewat tapi bukan sebab menonton televisyen.."
"Kalau begitu apa sebabnya ?"
"Janji jangan beritahu sesiapa ya.. Sebenarnya saya tidur lewat sebab sorang mamat ni. Dia chat saya."
Hana membuat rekreasi terkejut seribu setelah mendengar kata-kata Nisa itu.
"Sejak bila awak berchat dengan lelaki ni ?? Awak bercakap dengan lelaki pun tidak.."
Nisa sebenarnya seorang yang tidak mudah bergaul dengan lelaki.. Dia hanya akan bercakap dengan beberapa orang lelaki yang dipercayainya sahaja.

Tiba-tiba tiga lagi sahabat karib mereka datang iaitu Amy, Ikha dan Nadia..
"Apa yang kamu bualkan ni ? Tiba-tiba Hana buat muka terkejut seribu ni kenapa ?"Amy menyoal sambil seribu satu soalan terlintas di kepalanya.

Nisa hanya menundukkan kepalanya. Amy mula berasa kehairanan dengan rekreasi yang ditunjukkan Nisa. "Kenapa dengan Nisa ni ? "tanya Amy kepada Hana. "Tak da apa-apalah. Loceng dah bunyi, mari masuk ke kelas..", Hana mengelak dari persoalan yang diajukan oleh Amy.

Catatan Harian @ Mencari KetenanganWhere stories live. Discover now