➡Nurul Nisa binti Kamal atau lebih mesra dikenali dengan nama panggilan Nisa merupakan anak ke-2 dari empat orang adik beradik.
➡Ayahnya, Encik Kamal yang berumur lingkungan 40-an bekerja sebagai pengetua di sekolah Nisa. Namun, tiada siapa yang megetahui bahawa pengetua di sekolah tersebut adalah ayah kepada Nisa kecuali guru-guru, staf dan rakan-rakan karib Nisa sahaja kerana hal ini telah dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.
➡Ibunya, Puan Ros pula bekerja sebagai seorang doktor di sebuah klinik kerajaan. Ibunya terpaksa bercuti buat sementara waktu bagi menjaga adiknya yang masih kecil.
➡Abangnya, Muhammad Haris dan dikenali sebagai Haris merupakan abang sulung kepada Nisa dan merupakan pelajar di kolej penerbangan di Pulau Pinang. Usia abangnya hanyalah berbeza 2 tahun berbanding usia Nisa.
➡Nurul Isya adik kepada Nisa pula berumur 10 tahun dan belajar di sebuah sekolah kebangsaan Di luar bandar dan menetap bersama nenek dan datuk.
➡Nurul Nina adalah adik bongsu kepada Nisa dan kini berumur 2 tahun.
🌸
Ahli Kumpulan 'N.A.F.A.S' :
➡Hana Farhana binti Soleh adalah sahabat karib kepada Nisa dan merupakan ahli 'N.A.F.A.S' yang paling kuat merajuk. Tapi dia ni senang ja nak pujuk.😂
➡Amy Batrisya binti Nizam merupakan sahabat karib Nisa yang paling banyak mulut dan ahli yang paling minat Korea.😓
➡Siti Nur Ikha binti Romli pon sahabat karib Nisa juga. Budak ni yang paling kuat selfie dalam kumpulan 'N.A.F.A.S'.😏
➡Nur Nadia binti Ismail adalah ahli yang paling pendiam dan tak suka tangkap gambar. Kalau nak tangkap gambar dia, curi-curi lah jawabnya.😂
Pemberitahuan :
-Kumpulan 'N.A.F.A.S' merupakan kumpulan yang agak terkenal di sekolah mereka kerana ahlinya terdiri daripada pelajar yang sentiasa mendapat top 10 dalam setiap peperiksaan.
-N.A.F.A.S bermaksud :
*N →niat.
*A →akal.
*F →fasih.
*A →amal.
*S →sopan.
YOU ARE READING
Catatan Harian @ Mencari Ketenangan
General Fiction'Satu senyuman terukir seribu satu dugaan...'