Si adik melihat abangnya sedang menyimpan ikan dan daging ayam di dalam peti ais
"Abang, kenapa simpan dalam peti ais??"soal si adik
"Supaya ikan dengan daging ayam ni dapat tahan lama, "balas abangnya
Si adik mengangguk mengatakan bahawa dia faham
_____"Sya, ni bunga untuk kau. Simpan leklok tauu!"ujar kawan si adik sambil menghulurkan sekuntum bunga
Si adik pun terasa sangat terharu
Ketika waktu pulang , dengan segera si adik meletakkan bunga si pemberian kawannya itu di dalam peti ais lalu si adik pergi ke bilik mandi untuk mandi
Ketika si adik sedang mandi , ibunya membuka pintu peti ais untuk mengambil bahan untuk memasak makanan tengahari
Ibunya sungguh pelik apabila si ibu membuka peti ais, dia mendapati ada sekuntum bunga
Adik yang baru sahaja selesai mandi, menuju ke arah ibunya lalu berkata
"Ibu, biar kan tau bunga tu. Tu bunga adik , kawan bagi . Dia suruh adik simpan bunga tu leklok, "
"Kenapa simpan kat sini? "Soal ibu pelik
"Sebab abang cakap, kalau simpan dalam peti ais, nanti tahan lama ,"ujar si adik
"@&%*#!?#&@"