"Dayah, kerja Dayah dalam masa yang sama ustazah dan juga bodyguard!" Haura terus berkata setelah Nuha meletakkan air diatas meja.
Eh? Eeeeehhhhh...
******************************
Assalammualaikum,semua. Nama aku Hidayatul Yati Binti Rahman. Aku asal Pahang tapi jadi student di MMU. Aku ni seorang yang tak fun dan suka menegur macam semua benda tak kena. Dan aku Si Gadis BERPURDA!
Sekarang ni aku tengah termenung tapi masih boleh cover macam aku ni baca buku sebab aku kat liberry. Satu satunya tempat yang Tuhan bagi yang sesuai untuk aku. Hah! Nak tau kenapa aku termenung?
Hihihi,mesti korang taukan. Aku dapat kerja dari seorang yang mahu menjadi sahabat aku tapi kerja tu...
Dalam masa yang sama ustazah dan juga bodyguard!
Mimpi Paling Ngeri!!!Flashback
Eh? Eeeeehhhh...ke..kenapa pulak nak kena jadi bodyguard? Kalau ustazah tu boleh lagi diterima tapi asal ada tambahan bodyguard pulak kat belakang perkataan tu?"Dayah terkejut dengan job yang akan diterimanya.
Alhamdulillah,dia masih mampu untuk menahan suara microfon dia kalau bukan dengan izin Allah,dia dah malu sekarang ni.
"Inallah maa'l sobirrin, Dayah. Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar. Haura kan dah bagitau,ingat tak yang Haura kata Dari segi pandangan Haurakan Dayah suka berdakwah,
boleh jadi ustazah untuk insan yang terserong sedikit dalam masa yang sama,nak hindari dari perkara yang boleh melupakan apa yang dipelajari. Dayah jadilah bodyguard,Dayah orang Pahangkan?
So,boleh tinggal kat sini tambahan pulak,hah ni yang bonus ni. Dayah ada sijil pertahanan diri."
Dayah membuat muka terkejut + pelik. " Haura mana dapat semua information ni? Haura stalkering semua yang ada kat campus ke sebelum ni?"
Bunyi hemburan ketawa yang ditahan disebalik dinding didalam rumah itu membuatkan Dayah bertambah pelik.
"Dayah jangan salah faham. Dayahkan student Top 3 mestilah Haura tau lagipun hampir seluruh campus tau pasal ni,Dayah sebenarnya popular dalam senyap." Haura memberitau perkara yang sebenar.
Bunyi suara teruja yang kabur disebalik dinding yang sama kedengaran lagi membuatkan Haura hilang sabar dengan Hamba hamba Allah yang sedang curi dengar.
Dia takut rakannya akan jadi tak selesa,jadi dia memberi isyarat kepada Nuha untuk membawa semua dan memperkenalkan diri.
Nuha yang setia bersama mereka sejak tadi akur dan terus ke tempat tersebut.
Dayah terasa pelik."So,Dayah macam mana? Setuju nak tolong kembalikan Hamba Allah yang dah terserong ke jalan yang lurus?" Haura menyapa Dayah yang dari tadi memandang rumah banglo itu dengan pandangan pelik.
"Sebenarnya Dayah,insya Allah ok je tapi nk tengok jugak siapa student tu klau lelaki Dayah terpaksa tolaklah,maaf." Dayah menyatakan syarat.
Keadaan menjadi senyap sunyi. Haura sedang berfikir untuk menpsikologikan perkataan tu untuk buat Dayah bersetuju walaupun lelaki. Beberapa minit kemudian, bunyi tapak kaki kedengaran sedang menuju ke arah mereka berdua.
Dayah tidak mahu melihat dulu takut ada lelaki dan boleh buat eyes contect.
"Dayah kenalkan nilah family Haura."
Dayah mengangkat kepalanya dan selintas itu teramat terkejut. 'Sampai banyak nii adik beradiknya,Masya Allah!'
Itu perkataan yang berlengar dikepalanya dan tak henti memuji ILAHI yang Maha Hebat kerana memberi kekuatan kepada si ibu kerana bermatian nak menyambut anak sebanyak itu tetapi dia tak tau ada yang hanya anak angkat.
Taa'ruf keluarga bermula...
" Nama kita .....
Flashback end...
YOU ARE READING
Tuan Muda Aku.
RomanceHidupan ini bila Tuhan 'kunfayakun' (kata 'jadilah' maka jadilah ia) jadi tak mustahil anak datuk , orang kaya. Mempunyai ayah yang ada cara lain dari yang lain dapat mengubah perangai anaknya sendiri dengan mendapatkannya seorang yang berilmu lagi...