Prolog

161 8 8
                                    

Tepat pada pukul 12 malam , lahir sepasang kembar berlainan jantina . Kembar lelaki diberi nama Syed Ryoulia manakala kembar perempuan bernama Amy Ryoule . Pasangan kembar 'Ryou' ini telah dilahirkan oleh ibu tunggal yang berkacukan Jepun - Melayu dia juga merupakan pereka fesyen yang tersohor di Malaysia , Amira Reina

........

Pemandu yang memandu Bugatti Veyron memarkir kereta di halaman rumah Banglo tingkat tiga . Di Malaysia hanya 5 orang memiliki kereta Bugatti Veyron termasuklah Amira .
Pemandu itu keluar seraya membukakan pintu kereta di belakang untuk memberi laluan kepada cik Puannya .

Dia menunduk sedikit bagi menunjukkan tanda hormatnya kepada Amira sambil berkata
" Puan , ada apa-apa lagi yang puan mahukan ? Saya sedia membantu "
" Saya nak awak batalkan meeting dengan semua pelanggan and selama sebulan ni saya just nak berehat and jaga anak saya , awak faham tak pak Mail ? "
Pak Mail yang memandang Amira yang mendukung dua orang anaknya itu hanya sekadar mengangguk tanda memahami .

Sewaktu Amira berjalan masuk ke rumanya . Dia memanggil pembantunya Nona dan Nani .
" Nona saya nak kamu letakkan anak-anak saya di bilik saya " . Dia menghulurkan kedua-dua anaknya pada Nona.
" Nani ! Sediakan makan untuk saya ! Now "
" Baiklah Puan " jawab Nani

Amira masuk ke dalam bilik air dan membersihkan dirinya .
Amira melihat dirinya di cermin.
Umur Amira 28 tahun walaupun begitu dia tampak seperti remaja belasan tahun . Dari bawah hingga ke atas semuanya sempurna .

Struktur wajah Amira berbentuk bujur dengan tulang pipi yang agak ke bawah sehingga tidak memerlukan pembedahan plastik , berambut coklat caramel, bulu mata yang panjang dan tebal , kening yang ada pada Amira sudah cukup sempurna tidak perlu dicukur atau dilukis balik , bermata hazel atau merah kecoklatan .Warna mata hazel sangat umum di Amerika dan Eropah sementara di Afrika , Timur tengah dan orang - orang Asia jarang berlaku . Maka mata Amira sering dijadikan perhatian . Bukan sahaja jelita , dia juga mempunyai badan yang diimpikan setiap wanita kurus tapi tidak kurus seperti lidi . Malah dia ialah antara wanita pereka fesyen muda yang berjaya . Amira mempunyai beberapa butik di Putrajaya , Singapura dan Filipina .

Namun dia sentiasa bernasib malang apabila bersama lelaki. Masih segar diigatannya lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya . Amira begitu sedih apabila lelaki yang dia cintai sepenuh hidup mengambil kesempatan diatas dirinya .

Flashback

" Sayang "Amirul mengusap kepala Amira
" Mir , let me go "Amira menggigil ketakutan
" Mana boleh kalau I lepaskan you confirm you lari daripada I kan "Amirul mencengkam kedua - dua pergelangan tangan Amira .
Amira ingin memboloskan diri tapi apakan dayanya . Amira menjerit meminta pertolongan tapi di lorong yang gelap itu langsung tiada orang lain hanya dirinya dan Amirul .
' Ya Allah , Engkau selamatkanlah hambuMu ini '

" Woi " laung seseorang daripada atas kereta sambil membuat gaya ala-ala Superman . Amirul dan Amira berpusing mencari siapakah empunya suara .

" Siapa kau ? "tanya Amirul .
" Aku ialah Malaikat Maut kau !! Lebih baik kau lepaskan perempuan itu kalau tidak ... "
" Kalau tidak ? "Soal Amirul
" Kalau tidak ... "lelaki itu sambung , Amira hanya memasang telinga .
Kucing hitam yang berada tidak jauh dari mereka hanya memerhatikan lagak lelaki tersebut . 'Meow'.'Gil*'

" Kalau tidak ... aku ganyang kau" Lelaki tersebut lompat dari kereta dengan acah gaya menendang angin tetapi setelah tiba di tanah dia tersadung nasiblah mukanya dilitupi dengan topeng Ultraman . Kalau tidak memang sah mukanya luka akibat lompatannya yang agak melampau tadi . Ish3 .

'Krik - krik' bunyi cengkerik menguasai suasana .
" AHAHAAHAHAAHAHA ! Aku saja je jatuh tadi buat suspen sedikit"
'Mamat ni ok ke tidak?'Soal Amira di dalam hatinya

' Tuk tuk '
Ketukan daripada luar bilik air berjaya mematikan lamunan Amira
"Puan makanan sudah siap dihidangkan"
"Ahh,ya baiklah"
Amira membilas mukanya sebelum menuju ke ruang dapur.

(580 wor:pp)

GENDER BENDERWhere stories live. Discover now