Bedegang

122 6 3
                                    

13 tahun kemudian

Amy menuju ke tempat parkir kereta diiringi oleh pengurusnya, Evianna Linch . Pak Mail menunggunya seperti tunggul kayu di dalam kereta BMW M6 Gran Coupe . ' Alamak dah lambat ni ' Amy monolog .

" Evi , What's my next schedule for tomorrow ? "
" Esok kita ada shooting for Majalah Teens Vogue pukul 10.30 pagi " . Terang Eva sambil membelek kertas jadual kerja Amy .

Kebanyakan model tidak mempunyai pengurus . Amy diberi kebenaran khas mempunyai pengurus sendiri . Menjadi pengurus Amy bukannya mudah apatah lagi Amy merupakan anak jutawan kepada Amira Reina , telah banyak kali Amy diculik . Namun apabila Evi diambil kerja menjadi pengurusnya memang pelik bin ajaib kerana tidak ada lagi penjenayah yang berani menganggu Amy .

" Amy , kenapa you nampak macam tergesa-gesa ni ? " soal Evi
" Huh .. arr I dah lambat cuz lepas ni I ada date " ujar Amy .

Setelah sampai di keretanya Amy melambaikan tangannya pada Evi . Evi sekadar tersenyum dan melambaikan tangannya balik .

" Pak Mail , dah lama tunggu saya ke ? Maaflah tadi jammed kat lif ramai orang sangat "
" Arrr tak mengapa cik Amy ! "
Segan silu Pak Mail diperlakukan sebegitu.Dia sebagai pemandu haruslah melakukan tugasnya dengan baik sekali . Dia sanggup datang 1 jam lebih awal daripada yang dijanjikan . Amy mengatakan bahawa shootingnya akan tamat pada pukul 1.00 tapi Amy terlewat 10 minit dari yang sepatutnya. Namun Pak Mail sudah setia menunggunya dari pukul 12.00 .
Pak Mail seorang pemandu yang sangat berhemah dan bertanggungjawab . Itu adalah salah satu sebab Amira Reina mengambil Pak Mail bekerja.

" Hari ni cik Amy ada Date kan ? Tempat biasa ke ? "soal Pak Mail

" Pak Mail dah banyak kali saya cakap Pak Mail boleh panggil saya dengan panggilan Amy tapi bila di depan VVIP ke ? orang penting ke ? Pak Mail panggillah saya 'Cik Amy' ! Ya,macam biasa"

" Maafkan saya Ci-Amy , saya dah biasa begitu " ujar Pak Mail sambil memandu kereta

Amy masih teringat perbualan bersama kembarnya melalui Skype . Selalunya Amy yang akan mengajaknya keluar bersama -sama tapi entah mengapa kembarnya bertukar angin mengajaknya keluar .

" Hai , Ryou ! Ryoule rindu sangat dekat Ryou ! HUWAAAAAA :')"

"Hai , laling Ryou pun rindu Ryoule jugak ;) "Ryou meletakkan tangan kirinya pada skrin komputer begitu juga dengan Amy . Alahai macam pasangan suami isteri pula diorang ni , bersweet-sweet bagai .
Panggilan 'Ryou & Ryoule' adalah panggilan nama untuk mereka berdua .

" Ryou sebenarnya nak ajak Ryoule keluar makan lepas sampai KL nanti , amacam ? " Amy pun bersetuju untuk keluar Date Walaupun ianya keluar makan . Ahakss perasan lebih minah ni oiii !

Walau apa-apa pun dia tetap gembira dapat meluangkan masa bersama kembarnya .
Bukan senang untuk berjumpa kembarnya , Syed Ryoulia. Memandangkan Ryoulia tinggal di Putrajaya manakala Ryoule tinggal di Kuala Lumpur . Mereka dapat berjumpa dua minggu sekali :'( Sedihkan .
Tiba - tiba .. Bedegang !!

Hidung Amy yang mancung itu terlanggar pada kerusi depan .

" C-cik Amy tak apa-apa ke ? " tanya Pak Mail prihatin.
" Ya ,saya tak apa - apa ! Apa yang dah berlaku ni Pak Mail ? "
" Sebenarnya ada kucing melintas tadi jadi saya pun mengelak tapi - " Pak Mail menoleh  , pandagannya pada Amy seolah -olah dia telah melakukan suatu jenayah .

" WOI , kau keluar sekarang !! Dahlah langgar orang tak nak minta maaf pulak tu . Orang kaya tak guna kereta saja cantik ! Kau keluar sekarang !!!!!" jerit lelaki itu sambil melakukan aksi tendang menendang pada kereta
BMW M6 Gran Coupe .

Pak Mail keluar daripada kereta dan meluru ke arah lelaki yang tak henti-henti memekik . Sebelum keluar sempat lagi dia menyuruh Amy tunggu di dalam kereta takut pula dia terjadi perkara yang tak diigini pada anak majikannya itu nanti .

Setelah 15 minit berpotpetpotpet

' Aduh kenapa lama sangat ni ! Mesti Ryou dah lama tunggu aku ni :'( mengapalah malang sangat nasibku,lebih baik aku keluar berbincang dengan 'mamat' tu '
Amy mengatur langkah menuju ke Pak Mail dan 'mamat' tersebut .Apabila Amy berjalan menuju mereka ,'mamat' terlopong apabila melihat Amy. Mungkin cair melihat Amy,maklumlah dia itu kan model dan berkacukan jepun.Ahuksss !!!

"Awak ok ke?"soal Amy prihatin. Selepas dilanggar kereta BMW M6 Gran Coupe dengan siap sound effect 'Bedegang' tidak mungkin tiada langsung kecederaan fizikal.Tapi mengapa sound effect dia lain macam saja.

"Sebenarnya cik-"kata-kata Pak Mail telah dipotong oleh 'mamat
"Eh saya ok je,saya kan lelaki kenalah sado"kata lelaki itu sambil membuat gaya mencium otot-otot lengannya.Uwerkk ! (Kalaulah author ada otot gak hurmm.)
Sebenarnya 'mamat' itu tak ok dia tercedera pada bahagian lutut namun dia menyembunyikannya mana mungkin dia menunjukkan kelemahannya pada Amy. Pak Mail hanya mampu berdiri kaku mungkin telinganya bernanah akibat mendegar kata-kata yang keluar daripada mulut dia.
Sudah terang lagi bersuluh 'mamat' tersebut hanyalah so-so bukannya sado manapun. Amy hanya mampu tergelak melihat telatah lelaki tersebut. Dupdapdupdap jantungnya membuat konsert live 'Sungguh indah ciptaan-Mu'desis 'mamat'

"Bila difikirkan balik errmmmm...... awak ni - ? Awak niiiiiii ??? Model yang terkenal tu kan Amy Ryoule ?"soal 'mamat'.
"Ouh awak kenal saya?ahhh yaa! Saya Amy :) Its nice to meet you"
Amy memberikan senyuman yang paling manis yang mampu membuatkan mana-mana lelaki cair.

'Mamat' itu hampir rebah ke bumi apabila melihat bidadari yang sangat lawa namun sebagai lelaki yang Sado dia harus menguatkan imannya yang kini mungkin sudah habis bertaburan.

"Saya tengok motor awak tu macam teruk aja kena langgar.Hurmm.....nahh ambillah bussiness card saya.
Bila ada masa kita bincang pasal motorsikal awak niya. Maaflah sebab saya kena cepat ni"Amy menghulurkan bussiness cardnya dan mengajak Pak Mail masuk ke dalam kereta semula.
Haip muda-muda lagi dah ada bussiness card???Hurmm
Hati 'mamat' kini mulai runtuh.Cop ! Cop Hati ke Iman ? Arrr siapa kisah yang dia pasti dia dapat berkenalan dengan bidadari dari syurga.Sungguh Indah dunia ini.Dan akhirnya dia rebah ke bumi akibat penangan cinta Amy. Namun siapa yang akan membantunya balik ke rumah sudahlah motornya habis rosak dirempuh BMW M6 Gran Coupe.Arrr Tak apala :)

******
(927 wor:pp)

GENDER BENDERTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang