Tuhan dah tunjuk

13 0 0
                                    

sebenarnya Tuhan tu dah tunjuk

banyak sisi-sisi buruk,

dan kesan-kesan buruk yg aku bakal

hadapi setiap kali kita berhubungan

Tapi aku butakan mata hati,kononnya SAYANG KU PADA KAU MELEBIHI SEGALANYA

makin aku degil menafikan kebenaran yg Tuhan sedang tunjukkan, makin banyak kelakuan buruk kau yg aku nampak,telan,dan hadap. Aku cuba bersabar,sabar dan bersabar tapi sampai satu saat,hati ini dah terlalu lelah untuk menerima segala kelakuan buruk kau.

Lalu aku pun berhenti mengayuh,maafkan aku.aku tak boleh teruskan semua ini. kau sering berjanji utk berubah tapi kata-katamu ibarat disambar angin lalu.kau ulang lagi perangai yang sama dan hancurkan lagi hatiku.

Aku tahu keputusanku ini tepat. Ku pandang langit, aku tahu Tuhan sentiasa bersamaku.Tuhan sayangkan ku. Maafkan ku Tuhan kerana selalu menafikan kebenaran yg kau selalu tunjukkan di hadapanku. Kali ini aku sudah dapat terima semua nya dengan redha.

Kepada engkau,
bohonglah kalau aku dpt lupakan kau begitu saja. Seteruk-teruk engkau,engkau lah yang pernah membahagiakan hari,hati dan hidupku. Engkau lah yang pernah menjadi segala-segala nya tapi hari ini tidak lagi.

sekali hati ini sudah hancur,tak mungkin boleh dicantumkan kembali.maaf, dunia kita berbeza.kau dgn cara kau dan aku dgn cara aku.tapi aku tetap doakan yg baik-baik saja untukmu.

Semoga kau bertemu dgn orang yang boleh melayan kerenahmu,menghadap perangaimu dan menerimamu sebagaimana aku pernah melakukan semua itu kepada diri mu suatu ketika dahulu.

Puisi Lah Sangat!Where stories live. Discover now