CHAPTER 19-LET HER GO 4EVER!!

196 17 0
                                    



Seminggu kemudian,21 May 2016..

Hari ini sudah masuk 7 tahun semenjak pemergian mendiang Ye Seul..Hyun Bin sedang bersiap-siap sambil berdiri di depan cermin di dalam bilik pakaiannya..dia memakai suite serba hitam pada hari ini kerana dia akan menghadiri hari peringatan kematian Ye Seul yang berada di kampung halaman Ye Seul iaitu di Gimpo..Hyun Bin mengeluh sambil termenung..gambar Ye Seul yang masih disimpannya dikeluarkan dari dompet dan ditatap dengan perasaan yang bercampur-gaul..

gambar Ye Seul yang masih disimpannya dikeluarkan dari dompet dan ditatap dengan perasaan yang bercampur-gaul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kenangan manis mereka berdua masih segar di ingatannya..

-flashback-

Ice Rink Canary Wharf,London,10 p.m...

Ye Seul sedang ber'skating' berseorangan kerana menunggu Hyun Bin yang masih tidak kelihatan kelibatnya..mereka berdua telah berjanji untuk skating bersama-sama pada hari ini,tetapi sampai sekarang kelibat Hyun Bin masih tidak kelihatan..Ye Seul menunggu dengan sabar..sedang dia ber'skating',tiba-tiba lampu-lampu yang berkelipan disitu terpadam dengan sendirinya dan menyebabkan Ye Seul berhenti dari ber'skating'..dia memandang sekeliling tempat itu yang sudah menjadi gelap gelita..

Ye Seul:omo!! takkanlah tempat ni dah tutup kot..dorang tak Nampak ke aku dekat sini..Hyun Bin ni pun satu,datang lambat lagi...( bercakap sendiri )

Ye Seul cuba bergerak perlahan-lahan untuk mencari jalan keluar walaupun pandangannya hanya menampakkan warna hitam..

Ye Seul: hello!!!!anybody here!!!hello!!somebody help me!!! ( jerit )

Ye Seul cuba menjerit meminta bantuan dengan harapan pekerja disitu mendengar suaranya..namun cubaannya hanyalah sia-sia kerana tiada siapa yang datang untuk membantunya..Ye Seul mula menjadi ketakutan sehingga dia terjatuh kerana tergelincir..matanya mula berkaca dan dia menangis..sedang dia menangis,tiba-tiba satu lampu spotlight terbuka dan di bawah lampu itu,kelihatan ada satu mascot Panda sedang berdiri sambil memegang sejambak bunga ros putih..Ye Seul cuba mengamati wajah sebenar orang disebalik maskot itu tetapi dia tidak dapat melihatnya dengan jelas..kemudian maskot itu ber'skating' sekeliling tempat itu dan setiap kali dia skate melepasi tiang lampu disitu,lampu yang tadinya terpadam kembali terbuka dan menyinar satu per satu..selepas kesemua lampu disitu kembali terbuka,Panda itu mendekati Ye Seul yang sedang terduduk di atas gelanggang ais itu..Panda itu mengesat air mata Ye Seul yang masih bersisa..Ye Seul tergelak melihat perbuatan mascot Panda itu..kemudian Panda itu menawarkan tangannya untuk membantu Ye Seul bangun..Ye Seul manyambut tangan Panda yang besar dan comel itu dan kembali berdiri..Panda itu seterusnya,menyerahkan bunga ros putih yang dibawanya kepada Ye Seul..Ye Seul tersenyum gembira kerana dia sudah dapat mengagak siapa yang berada disebalik mascot Panda ini..satu-satunya orang yang tahu bunga dan haiwan kegemarannya itu,tak lain tak bukan 'dia'..Panda itu menyuruh lagi Ye Seul agar memejamkan matanya untuk seketika dan tanpa sebarang bantahan Ye Seul menurutinya..tak sampai seminit,Ye Seul rasa tangannya dicapai lalu dikucup lembut oleh seseorang..kemudian orang itu berbisik lembut ditelinga Ye Seul supaya Ye Seul membuka matanya semula..Ye Seul membuka matanya perlahan-lahan dan kelihatan Hyun Bin yang segak bergaya memakai baju kemeja berwarna coklat lembut berada di depan matanya sambil tersenyum kepadanya..Ye Seul terkejut melihat Hyun Bin yang memakai kemeja sedangkan baru saja tadi dia memakai mascot panda yang besar dan comel..

YOUNG BRIDE~~(HyunBinxJihyoxJisoo)Where stories live. Discover now