SHADE | THE STORY

370 35 2
                                    

"Hei,bagilah aku pulak" aku menolak Hoseok dan Yoongi ke tepi."Hey budak"

Aku bercangkung di hadapan dia.Aku tersenyum disaat melihat muka dia yang dipenuhi lebam."Ni akibatnya kalau kau keluar dari geng kitaorang"

Dia tersenyum sinis.Dia meludah cecair merah yang bertakung dalam mulutmya kepada aku."Kau ingat aku takut dengan kau?Aku tak takut **inappropriate language**"

"Apa masalah kau sebenarnya?Apa yang kitaorang buat sampai kau keluar?Bagitahu aku,biar aku betulkan" balas aku.Kolar uniform baju dia aku cengkam dengan kuat.

"Kau nak tahu apa?" Dia membisik sebelum meneruskan percakapan dia,"Korang setan"

"Dia ni nak mati ke?!" Jerit Yoongi daripada belakang."Dengar sini..." aku menarik dia supaya dia dapat berdiri.Kolar yang aku cengkam tadi aku lepaskan.Rambut dia aku usap dengan perlahan.

"...aku bagi kau 30 saat untuk lari.Habislah kalau aku dapat tangkap kau" dia memandang aku dengan pandangan yang tajam."Kim Taehyung"

Dia terus berlari.Ada satu masa dia jatuh tapi dia bangkit semula.Aku memandang dinding di hadapan aku.Aku tanpa memberitahu Hoseok dan Yoongi,terus berlari mengejar Taehyung.Dengan pagar sekolah yang tutup,tak banyak tempat yang dia pergi.

Aku berhenti daripada mengejar.Itu dia.Kim Taehyung.Berjalan ke belakang sambil memandang aku dan juga belakangnya.

"Kau takut sekarang?" Soal aku dengan nafas yang pendek.Penat kerana terlalu banyak bazirkan tenaga hari ni.

"Aku takkan takut dengan kau.TAKKAN!"

"Kau nak mati pun kau tak takut dengan aku?Takkan kau tak nak rayu dekat aku supaya lepaskan kau"

"Buat apa aku nak rayu depan kau?Kau bunuh girlfriend kau sebab kau jealous,kau pukul budak sekolah yang tak nak tunduk depan kau bila kau suruh!Kau setan!Kau dengar tu Park Jimin!Kau setan!Aku tak ada kawan macam kau!"

"Kawan?Kau fikir aku tahu maksud kawan?Kau fikir perkataan kawan tu wujud bagi aku?Aku takkan bunuh perempuan aku kalau kau tak tikam belakang aku bodoh!"

"Dia yang datang rumah aku!Kitaorang tak buat apa-apapun Jimin.Cuma kerja sekolah!Kerja sekolah**inappropriate language**"

"Apapun lah,aku tak nak dengar.Orang kata,kita kena lupakan apa yang dah lepas"

"Aku,takkan lupa apa yang kau buat Jimin"

Dan ini adalah saat akhir.Dia sekarang berada di hujung bangunan.Memandang aku sekali lagi dengan mata yang berapi seakan-akan aku buat salah.Aku ada buat salah?

"Kau tahukan?Sekali tolak je,kau akan mati?Aku bagi kau peluang terakhir"

"Tolaklah.Aku tak takut mati" sinis dia berkata tanpa tahu akibat yang bakal menimpa dekat dia.

"Berani betul kau kan?" Aku peluk dia.Namun dia tidak membalas pelukan aku kerana mungkin,dia dah tanamkan sifat benci pada aku.

"Selamat tinggal-V" denga kata-kata terakhir,aku menolak dia.Sekejap sahaja jeritan dia yang aku dapat dengar.Aku menjenguk ke bawah.Dia terbaring kaku.

Darah daripada kepala keluar melimpah membasahi dataran sekolah.Tapi mata dia terbuka luas,memandang ke arah aku seakan-akan memberi amaran kepada ku.

Yang dia akan balas dendam."Kau gila Jimin!" aku menoleh ke belakang.Yoongi dan Hoseok berdiri di situ,menjauhi aku.

"Kalau kau tak nak macam tu.Diam" Yoongi dan Hoseok saling berpandangan.Dan pada malam inilah,aku kehilangan seorang kawan.

Dah satu bulan berlalu,kejadian Taehyung bunuh diri sudahpun dilupai.Ramai yang mulakan hidup mereka dengan biasa.Tapi tidak bagi aku.Satu bulan berlalu,satu bulan jugalah aku alami benda pelik.

Kadangkala,aku pegang pisau tanpa aku sedar dan terpaksa cari alasan bila mak aku tanya.Kadangkala,dinding bilik aku ada nama Taehyung dan aku terpaksa bersihkan.Kadangkala juga,aku ternampak Taehyung.Bukan dia je,aku juga nampak Seol Na,teman wanita aku.

Aku seperti hidup dalam kegelapan.Setiap kali aku berjalan,aku tidak dapat rasa kaki aku mencecah lantai.Berkali aku ingatkan diri aku,ni semua khayalan.Tapi,aku makin lama makin naik gila.

"Mak tahu apa abang buat?" Hana bertanya sebaik sahaja aku menuang air susu ke dalam gelas."Takkan abang tuang susu dalam gelas pun mak nak tahu.Lagipun mak kan kerja sekarang"

"Abang tahukan maksud Na" aku menghentakkan gelas kedalam sinki.Muka Hana yang terkejut aku pandang dengan tajam.

Tanpa aku sendiri sedar,aku mencekik Hana.Muka dia kebiruan menunjukkan dia semakin terdesak untuk menghirup udara.

Aku melepaskan Hana.Dia menggigil.Memeluk lutut sambil menangis.Aku hanya berdiri di situ,baru sedar apa yang aku buat tadi.Aku hampir bunuh adik aku sendiri.

"Ha-Hana,abang bukan diri abang tadi.Ab-abang minta maaf" aku memeluk tubuh Hana.Tapi apa yang dia buat adalah menolak aku jauh daripadanya."Abang pembunuh!Pembunuh!"

Dia lari menoyorok di dalam bilik.Aku meramas rambut.Ini bukan diri aku.Seperti ada yang mengawal segala pergerakan aku tadi.Pembunuh?Aku-

Pembunuh?

"Jimin" Hoseok menepuk bahu aku."Kalau aku tinggalkan kau,apa yang jadi dekat Taehyung,akan jadi dekat aku ke?" dia bertanya.Aku hanya terdiam.Aku tak sanggup.Aku tak sanggup nak ulang semuanya.Mula-mula Yoongi.Dia terus berpindah ke Australia tanpa bagitahu aku.Dan sekarang Hoseok?

Aku mengalirkan air mata lalu menjerit,"PERGI LAH KAU!AKU BOLEH HIDUP TANPA KAU.PERGI!PERGI!" Dengan itu,Hoseok terus berlari.Aku hanya menebalkan muka walaupun seluruh kafeteria memandang aku.Mereka mula berbisik,kemungkinan mengata aku.

Aku berlari keluar daripada kafeteria menuju ke bangunan yang paling atas.

Tempat yang mereka selalu panggil rooftop apabila tiada perkataan lain yang diaorang boleh panggil.

Tempat yang sama aku dan Taehyung jumpa buat kali terakhir.

Tempat dimana aku membunuh manusia yang dianggap adik pada aku.

Aku berdiri di hujung bangunan.Aku menjenguk ke bawah hanya untuk melihat beribu manusia berjalan,bercakap,makan dan juga berlari.Dan dalam banyak-banyak manusia itulah,dia berdiri di situ.Baju berlumuran darah.Melambai,memanggil aku menyertainya masuk ke neraka.

"Taehyung" aku tersenyum gembira.Aku melambai kembali ke arahnya dan melangkah ke hadapan seperti ada jalan yang disambungkan pada bangunan ini.

Walaupun kepala aku terhentak,kaki aku kemungkinan patah,dan darah aku melimpah ke bumi,aku mahu katakan yang aku lega.Aku takkan hidup dengan bayang-bayang Taehyung dan Seol Na lagi.Malah,

Aku akan ikut mereka.Aku akan bersama dengan mereka buat selamanya.

[Third person point of view]

Hana berdiri di situ dengan kaki yang membeku.Matanya terbeliak apabila melihat abangnya baru sahaja membunuh diri,di hadapannya.Betul-betul di hadapan matanya.

Dia ingin menjerit,tapi tiada suara yang keluar.Hanya juraian air mata yang menyamai kuantiti air terjun sahaja yang mampu dipamerkan.

SHADE || PJM [C]Where stories live. Discover now