Bab 1

303 7 0
                                    

"Jom main kahwin-kahwin..." ajak Syiha apabila terpandang Wan Aakif Akmani yang baru sahaja menapak menuju ke arah mereka. Hatinya berbunga riang.

"Jom!!!"sambut Arwin Raisha kuat. Turut seronok melihat kelibat Wan Aakif Akmani.

" Abang Wan jadi suami la..."Syiha tarik tangan Wan Aakif Akmani.

"Win nak jadi isteri!" Arwin Raisha berlari di sisi Wan Aakif Akmani.

"Win! Aku nak jadi isteri... kau jadi orang gaji!" Syiha tolak tangan Arwin Raisha kuat sehingga Arwin Raisha hampir terjatuh.

"Tapi Win isteri Abang Wan!" Bibir Arwin Raisha bergetar. Matanya mula kemerahan.

Wan Aakif mendengus kecil.

"Kalau nask main kahwin-kahwin, ajak orang lain... aku nak main dengan Izz." Wan Aakif Akmani mula melangkah pergi.

Syiha mengetap bibirnya, geram. Mata Syiha mencerlung ke arah Arwon Raisha. "Kau punya pasal la ni! Abang Wan tak nak main dengan aku!"

Arwin Raisha tercebik-cebik menahan tangis. "Tapi Win isteri Abang Wan...."

"Mana ada! Aku la isteri Abang Wan!"

"Win dulu yang jadi isteri Abang Wan...." Tangisan Arwin Raisha mula kedengaran.

Syiha ikut menangis sama.

"Kenapa ni?" Izz Harraz muncul di depan rumah dengan menjinjit kasut bola. Dahinya berkerut.

"Abang Izz, Syiha jahat!" Arwin Raisha mengadu sambil berlari mendapatkan Izz Harraz.

Izz Harraz menoleh ke arah Syiha dengan garang. Budak perempuan ni asyik mengganggu adik aku aje!

"Apa kau dah buat dengan adik aku, hah?" tempelak Izz Harraz.

Syiha yang terkejut terus berlari ke rumahnya yang bersebelahan dengan rumah Izz Harraz dan Arwin Raisha.

Izz Harraz tersenyum puas. Tahu takut.... Dari dahulu memang dia tidak menggemari Syiha. Budak perempuan itu terlalu banyak cakap. Sekali dia datang, bising satu dunia! Rasa nak cilikan mulut dia pun ada! Pasal dia la aku kena tuduh curi buah mangga Pak Aji. Mulut Syiha suka memfitnah.

"Ha, Syiha dah lari... lain kali jangan main dengan dia lagi. Abang Izz nak pergi padang dengan Wan. Win jamgan merayau-rayau. Duduk rumah dengan mak."

"Abang Izz, Win ikut?" Arwin Raisha tunjuk muka kasihan.

"Tak boleh Win..." larang Izz Harraz.

Sekali lagi sendu Arwin Raisha kedengaran.

"Win nak tengok Abang Wan..." rengeknya.

"Oh... jadi inilah kes dia? Suka dengan Abang Wan ek?" Izz Harraz menggeleng perlahan. Adoi... budak-budak pun reti main cinta....

"Win isteri Abang Wan!" Suara tangisan Arwin Raisha mula kedengaran. Izz Harraz tercengang. Apa dah jadi ni? Baru umur lapan tahun dah menggatal dengan budak lelaki umur dua belas tahun? Gila apa!

"Oiii... Izz! Lambat lagi ke? Kang aku blah kau bising pulak!" Suara Wan Aakif Akmani mencelah di hujung jalan.

Izz Harraz terkebil-kebil seketika.

"Wei, Wan... kau punya hal la ni! Adik aku tangkap cintan dengan kau la bro...."

"Aku peduli apa? Dah la wei. Aku blah dulu." Wan Aakif Akmani berjalan dengan selamba sambil menjinjing kasut bola.

Izz Harraz mengeluh perlahan. Arwin Raisha yang sedang menangis ditepuknya berkali-kali sebelum dia turut pecut ikut langkah sepupunya, Si Aakif ke padang bola.

Lelaki Versi DiaWhere stories live. Discover now