Selepas menunaikan solat, aku kemaskan telekung Auntie Zita di dalam almari. Memang telekung itu tersedia di sana kerana Auntie Zita kata senang kalau ada orang nak guna. Yalah... sebenarnya bilik ni kan bilik tetamu tapi aku buat macam bilik aku sendiri.
Selesai aku mengemaskan tudungku, aku masih berfikir tentang Wan Aakif. Pelik gila lelaki itu. Takkan duduk luar negara boleh menyebabkan seseorang terputus wayar otaknya? Tiba-tiba mengaku aku tunang dia, kan ke pelik bin ajaib? Tak pernah pun aku dengar daripada mak ada orang datang merisik. Kut ya pun Wan Aakif berhalusinasi, takkan sampai teruk macam tu? Dia desperate nak kahwin ke? Kalau desperate sangat, minta maaflah ya... aku tak nak jadi calon isteri dia.
Tiba-tiba aku dengar ada orang mengetuk pintu bilik. Aku bergegas keluar untuk membuka pintu bilik. Mana la tau kalau ada orang nak tumpang solat.
"Dah solat?"
Auntie Zita rupa-rupanya. Aku angguk sambil tersenyum. Auntie Zita tarik tangan aku masuk ke dalam sambil memandang wajahku bersungguh-sungguh. Aku mula rasa curiga. Ni tak lain tak bukan mesti ada sesuatu yang penting perlu dibincangkan sebab Auntie Zita jarang buat muka saspens seperti itu. Cara dia pandang aku gaya orang nak meminta sesuatu.
"Kenapa auntie?" soalku hairan.
Auntie Zita menghela nafas dalam dan menepuk tanganku perlahan. "Auntie nak cerita pasal Wan Aakif...."
Aku terdiam mendengar kata-kata Auntie Zita. Serius aje bunyi nak cerita pasal Wan Aakif ni.
"Win ada rasa tak sesuatu bila bercakap dengan Wan?" soal Auntie Zita.
Makin berkerut keningku apabila Auntie Zita buat muka sedih. Dadaku berdebar tiba-tiba. "Kenapa auntie?"
"Masa kat US enam bulan lepas, Wan terlibat dalam kemalangan jalan raya."
Aku beristighfar dalam hati. Nasib baik Wan Aakif masih bernafas sehingga sekarang. Kalau tak... mesti Auntie Zita sedih gila.
"Dia hilang ingatan. Tapi masa tu auntie tak tau sebab tak ada orang inform. Dua minggu dia dekat hospital tak ada yang pergi cari dia. Bila Wan tak muncul dua minggu, masa tu barulah kawan-kawan dia cari. Bila dah jumpa, kawan dia hubungi auntie dan bagitau yang Wan kemalangan. Tapi kawan-kawan Wan cakap, dia dah sembuh. Tak ada yang patah atau luka teruk pun. Jadi auntie ingat kemalangan tu tak teruk sangat. Tapi kawan Wan ni tak kasi tau kat auntie yang Wan hilang ingatan. Ingat tak masa auntie pergi US sebulan yang lepas?"
Auntie Zita tanya aku. Tunggu respons daripada aku. Aku angguk aje la walhal aku tak ingat pun.
"Masa tu auntie terkejut tengok Wan." Auntie Zita menghela nafas panjang.
Aku mulalah bukak telinga besar-besar. Nak tau juga apa benda yang mengejutkan Auntie Zita.
"Dia macam orang lain, bukan Wan Aakif Akmani auntie. He was so rude. Tatu sana sini. Muka serabai dan yang paling buat auntie rasa tak percaya, dia berpelukan dengan girl kat sana macam husband and wife," cerita Auntie Zita lagi.
Aku tersentak. Biar betul? Maknanya Wan Aakif tu tak teruna lagi la ya? Uish!
"Dia merokok dan minum depan mata auntie. I told him yang dia tu ada agama. Agama larang dia buat benda-benda tu semua. Dia tunjuk muka blur kat auntie. Auntie menangis aje sebab masa tu dia tak ingat langsung pasal auntie. Sepatutnya dia balik tahun lepas, tapi dia berdegil tak nak balik, mesti benda-benda macam ni tak akan berlaku," sambung Auntie Zita dengan sayu.
Aku dengar sendu seorang ibu. Aku tak tau bagaimana perasaan Auntie Zita, tapi kalaulah suatu hari nanti anak aku bertukar tiba-tiba macam dalam kes Wan Aakif ni... rasanya aku suruh suami aku yang settlekan. He he he... hari ni aje dah berapa kali aku berangan nak ada suami. Tapi normallah, kan perempuan fikir benda-benda begini? Selalu juga aku fikir, siapa la jodoh aku yang telah ditetapkan sejak azali tu....
YOU ARE READING
Lelaki Versi Dia
RomanceKadang-kadang hati manusia bergelora bagai badai menghempas lautan. Jika benar lelaki itu jodohnya, kenapa mesti dihadirkan dia dalam keadaan hilang ingatan? Arwin Raisha tegar sendirian menongkah ombak yang melambung jiwanya tinggi. Berkali-kali di...