𝐒𝐀𝐕𝐄 𝐌𝐘𝐒𝐄𝐋𝐅

2.2K 127 20
                                    

[ 𝐒𝐀𝐕𝐄 𝐌𝐘𝐒𝐄𝐋𝐅 // Part One ]

[ ❝ 𝘿𝙞𝙙 𝙞𝙩 𝙣𝙤𝙩 𝙬𝙤𝙧𝙠 𝙤𝙪𝙩 𝙗𝙚𝙘𝙖𝙪𝙨𝙚 𝙮𝙤𝙪 𝙙𝙞𝙙𝙣'𝙩 𝙙𝙤 𝙚𝙣𝙤𝙪𝙜𝙝, 𝙤𝙧 𝙬𝙖𝙨 𝙞𝙩 𝙗𝙚𝙘𝙖𝙪𝙨𝙚 𝙮𝙤𝙪 𝙬𝙚𝙧𝙚 𝙣𝙤𝙩 𝙚𝙣𝙤𝙪𝙜𝙝?❞ ]

[ ❝ 𝘿𝙞𝙙 𝙞𝙩 𝙣𝙤𝙩 𝙬𝙤𝙧𝙠 𝙤𝙪𝙩 𝙗𝙚𝙘𝙖𝙪𝙨𝙚 𝙮𝙤𝙪 𝙙𝙞𝙙𝙣'𝙩 𝙙𝙤 𝙚𝙣𝙤𝙪𝙜𝙝, 𝙤𝙧 𝙬𝙖𝙨 𝙞𝙩 𝙗𝙚𝙘𝙖𝙪𝙨𝙚 𝙮𝙤𝙪 𝙬𝙚𝙧𝙚 𝙣𝙤𝙩 𝙚𝙣𝙤𝙪𝙜𝙝?❞ ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Mentari pagi menyinari pagi gadis yang masih lagi didalam pakaian tidurnya. Walaupun sudah dua jam dia terjaga, dia masih lagi diatas katilnya, kaku. Gadis itu melihat ke arah luar jendela . Dia kelihatan kosong. Ianya seperti jiwa dan raganya tiada disitu, yang ada cumalah badannya. Dia seakan akan bernafas tetapi tidak bernyawa. Air mata yang menitis itu dibiarkan sahaja turun.



"Sayang bangun. Sayang!!" gadis itu tetap tidak mengendahkan suara yang asyik mengejutnya bangun daripada tidur itu. Dia memeganng lengan kanan gadis itu dan menggoncangkannya. Gadis itu masih lagi lena tidur. Dia seakan sudah seperti di alam lain. Namun, jejaka muda itu tidak mengalah, dia perlahan lahan menuju ke arah telinga gadis itu. Bibirnya dimuncungkan dan dengan itu dia menghembus angin yang sejuk di telinga gadis tersebut.

Gadis itu dengan segeranya terbangun daripada tidur. Bulu romanya meremang. Ianya seakan akan dirinya menonton cerita seram. Dia terus memandang ke arah jejaka yang berada disebelahnya itu. Jejaka itu menjelirkan lidahnya sebelum melarikan diri daripada gadis itu.  "Byun Baekhyun!!!" teriaknya. Dia mencampakkan bantalnya pada jejaka itu namun tidak kena akibat jejaka itu sudah pun keluar daripada bilik yang dikongsi mereka berdua.

"Song Ji Hyo, bangun atau awak akan lambat ke kelas!!" Ji Hyo mendengus tanda dirinya geram dengan suaminya itu. Dia menggapai telefon pintar yang berada diatas meja yang bersebelahan dengan katilnya. Dia melihat jam yang tertera ditelefon pintarnya. Aktivitinya untuk menilik media sosialnya terbantut gara gara dia sudah terlambat untuk ke kelas. Telefonnya itu dicampak ke atas katil.

"Baekhyun!! Kenapa tak kejut saya awal awal?!!" Baekhyun yang sedang sibuk memasak didapur hanya tertawa sahaja. Bukannya seperti dirinya tidak mengejut gadis itu untuk bangun, cuma gadis itu seorang yang susah untuk bangun.

Selesai sahaja Ji Hyo bersiap, dia terus menuju ke arah suaminya. "Sorry sayang, saya dah lambat ke kelas." Dia memeluk jejaka itu dengan eratnya. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat menjamah sarapan pagi bersama suami tersayang.  Baekhyun mengangguk tanda faham. Dia memberi kucupan pada dahi gadis itu. Ji Hyo terus menjurus keluar daripada rumahnya menuju ke kampus.


Selepas beberapa jam dia menghabiskan masanya termenung, dia berjalan ke dapur untuk membuat sarapan pagi. Dia mengeluh panjang. Dia melihat jam di dindingnya. Jam menunjukkan bahawa ianya sudah hampir pukul 1, bermakna sudah tiba untuk makan tengahari. Dia terfikir sejenak, breakfast atau lunch? Dia mengetuk perlahan kepalanya.

"Brunch!" dia tersenyum sendiri. Dia melihat pinggan mangkuk yang berada disinkinya itu. Hilang semangatnya untuk memasak disebabkan pinggan mangkuk yang sudah tinggi menggunung itu.

[ONE SHOT] Song Ji HyoWhere stories live. Discover now