𝐒𝐀𝐕𝐄 𝐌𝐘𝐒𝐄𝐋𝐅

1.3K 110 8
                                    

[ 𝐒𝐀𝐕𝐄 𝐌𝐘𝐒𝐄𝐋𝐅 // Part Two ]

[ ❝𝙎𝙤𝙢𝙚𝙩𝙞𝙢𝙚𝙨 𝙩𝙝𝙞𝙣𝙜𝙨 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙤𝙧𝙠 𝙤𝙪𝙩 𝙖𝙣𝙙 𝙩𝙝𝙖𝙩'𝙨 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙩𝙝𝙚 𝙬𝙖𝙮 𝙞𝙩 𝙞𝙨, 𝙢𝙖𝙮𝙗𝙚 𝙞𝙩'𝙨 𝙮𝙤𝙪𝙧 𝙛𝙖𝙪𝙡𝙩 𝙤𝙧 𝙢𝙖𝙮𝙗𝙚 𝙞𝙩'𝙨 𝙨𝙤𝙢𝙚𝙤𝙣𝙚 𝙚𝙡𝙨𝙚'𝙨, 𝙗𝙪𝙩 𝙞𝙩 𝙙𝙤𝙚𝙨𝙣'𝙩 𝙢𝙖𝙩𝙩𝙚𝙧 𝙗𝙚𝙘𝙖𝙪𝙨𝙚 𝙞𝙩'𝙨 𝙖𝙡𝙧𝙚𝙖𝙙𝙮 𝙤𝙫𝙚𝙧.❞ ]

"Sudikah awak menjadi peneman hidup buat selamanya?" setiap bait kata yang keluar daripada mulut jejaka itu benar benar mengejutkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




"Sudikah awak menjadi peneman hidup buat selamanya?" setiap bait kata yang keluar daripada mulut jejaka itu benar benar mengejutkan. Mereka baharu sahaja selesai graduasi dan sekarang jejaka dihadapannya itu mengajaknya untuk berkahwin dan bahkan pada umur seawal 18 tahun? Namun perkara seperti itu tidak penting bagi Ji Hyo. Hal ini kerana dirinya benar benar mencintai dan menyayangi jejaka bernama Byun Baekhyun itu.

"Ya." tanpa ragu dia menjawab hasrat dan permintaan kekasih hatinya itu. Baekhyun dengan pantas menyarungkan cincin itu pada jari manis Ji Hyo. Sejurus itu dia memeluk erat gadis yang bakal menjadi peneman hidupnya itu.

Selepas habis bersantai bersama Yunhyeong, Ji Hyo kembali pulang ke rumah yang dahulunya mempunyai dua orang penghuni yang kininya menjadi seorang. Ji Hyo meletakkan beg tangannya diatas meja, dan kemudian dia merehatkan badannya diatas sofa. Baru sahaja dia ingin terlelap, dia terdengar bunyi pintu rumahnya dibuka . "Baekhyun ke?" gumamnya perlahan.


"Song Ji Hyo." suaranya perlahan sahaja. Dia kelihatan penat walaupun dia seorang penganggur. Ji Hyo jalan mendekati Baekhyun. Dia cuba untuk memeluk suaminya untuk memberi sokongan mental, namun, Baekhyun menepis cubaan isterinya daripada memeluknya yang mana membuatkan Ji Hyo terkesiap dan terkaku dengan tindakan suaminya itu.

"Jangan sentuh saya." suaranya kedengaran berbeza daripada sebelum sebelum ini. Dia seakan akan tidak suka membiarkan isteri kesayangannya itu memeluknya. Ji Hyo cuba untuk kekal positif. Mungkin, suaminya penat mencari kerja kerana terlampau lama menganggur. Setiap hari, sang suami keluar pagi dan pulang ke rumah saat larut malam. Ji Hyo yakin, suaminya penat.

"Saya," dia berhenti seketika, dia seakan akan tidak sanggup untuk menyambung ayatnya. Ji Hyo menunggu suaminya untuk menghabiskan ayatnya.

"Saya tak boleh hidup macam ni lagi."  Ji Hyo tidak faham apa yang suaminya cuba untuk sampaikan. Dia hanya mendiamkan diri berharap suaminya untuk menyambung ayatnya lagi supaya dia faham akan situasi yang berlaku sekarang ini.

"Saya, saya tak cintakan awak dah." saat Baekhyun habis berkata kata, hati Ji Hyo seakan akan remuk redam. Dunianya seakan akan berhenti. Dia tersenyum tetapi matanya nampak gelisah. Apa yang suaminya cuba sampaikan? Adakah dia salah dengar? Adakah ini sebuah prank?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ONE SHOT] Song Ji HyoWhere stories live. Discover now