t i g a - b e l a s

5.5K 775 12
                                    

"Aku masih ingat, bila kau sanggup datang melawat aku."

Entah kenapa semenjak dua menjak ni, aku asyik nak muntah. Demam? Mungkin. Aku pergi ke farmasi untuk membeli ubat. "Harganya 5,000 won." aku menghulurkan duit bernot 5,000. 

Aku pulang ke rumah dan menelan ubat. Ah, kenapa tak rasa lega? Aku cuba baring untuk tidur. Tapi mataku tidak mahu tutup. Aku bangun untuk minum air. Tiba-tiba kepalaku terasa pening. Aku terasa seperti sekelilingku berpusing-pusing. Kemudian, semuanya bertukar menjadi hitam.

Mataku dibuka perlahan-lahan. Aku hanya nampak siling berwarna putih. Aku pandang ke sisi. "Eomma.." aku memanggil. Eomma aku perlahan-lahan datang ke arah aku sambil memegang sebuah tupperware. "Kamu kat hospital. Jangan risau. Kamu demam panas saja." kata eomma. Dia membuka penutup bekas dan ambil sudu, lalu mencedok sedikit bubur nasi dan memaksa aku memakannya. Euw, sakit tekak aku menelannya.

Pintu wad diketuk. Jungkook. Tak sangka dia sanggup melawat aku lepas aku reject dia. Nak tunjuk yang dia ni caring ke apa ni? "Hai, makcik." ucap Jungkook.

"ouh hai. Ha, memandangkan kamu datang ni, tolong jaga Areum kejap ya?" Jungkook mengangguk. Eomma keluar dari bilik. Tinggal aku dan Jungkook.  Suasana sedikit janggal. Jungkook duduk di kerusi di sebelah. Dia tersenyum. Dia memegang tanganku. hatiku berdegup kencang, oh no. Jangan..

"Areum. Aku sanggup tunggu kau, sampai kau dapat buka hati kau untuk aku."

EndWhere stories live. Discover now