gemuk

164 0 0
                                    

cinta?

orang gemuk layak bercinta ke?

siapa yang nak pada orang gemuk?

bodoh.

orang gemuk macam kau,
jangan harap nak ada siapa suka.

badan macam mesim atm.
ada hati nak suka kat aku?

hahahahahahaha

*

pedih kan?

ya pedih.

bodoh kan?

ya bodoh sebab aku dah suka kau.
perasaan tu datang tanpa diduga. aku suka pandang kau. aku crush kau. ya aku dah crush kau. hari hari terserempak. satu kelas pulak. meja pun dekat. kau duduk baris depan dan aku duduk di baris belakang. hari hari aku berangan. berangan yang cinta aku akan berbalas. sedangkan kau tak pernah pandang aku walaupun cuma sekadar ekor mata? yang kau pandang dan sukakan itu kawan baik aku sendiri. ya kawan baik aku sendiri. cantik. putih. kurus. lawa. perfect pada mata kau dan pada mata orang lain.

aku?

kau cuma gunakan untuk rapat dengan kawan baik aku tu saja. yaa itu saja. apa yang babi sangat, aku pun sanggup bodoh demi kau?

setan.

bertahun aku tak boleh move on daripada kau. sejak form 1 hari pertama persekolahan, mata aku hanya tertumpu pada kau. yaa kau kena pada aku. tak jemu nak pandang. aku sanggup bodohkan diri sebab nak kenal kau.

ya kita bertukar no tel. kita text. kita inbox di fb sampai ke pagi buta. kat sekolah orang pandang kita lain macam. kononnya aku dengan kau rapat macam ada sesuatu. apa aku rasa? hepi lah bodoh. itu pun nak kena bagi tahu?

"aku nk pinjam duit boleh tak?"

"nak beli apa?"

"roti lah. aku tak bawak duit."

"tapi aku tak bawak duit lebih lah."

"eh kat perut kau tu bukan ada banyak ke?"

"maksud kau?"

"yela macam mesin atm. ahahahhahahaha"

setan.

kau ingat lawak ke? hati aku sakit. dan mulai sejak tu aku menjauhkan diri daripada kau. taknak lagi dekat dengan kau. aku pedih lah setan! saat tu kau pun sedar akan sesuatu yang aku tak nak rapat dengan kau lagi. hanya mata yang bertembung. melalui mata saja bercakap. kau rasa bersalah ke? hahhahaha setan setan setan.

2 tahun setengah kita tak bercakap. walaupun masih satu sekolah dan duduk dalam satu blok bangunan yang sama. tapi aliran kita tak sama. kau pilih akaun. aku pilih engineering.

alhamdulillah aku dah tak rasa apa apa. suka? kosong. berangan? kosong. cuma jelas terlihat pada sinar mata kau yang kau rasa bersalah dan mahu mulakan perbualan semula.

aku? hehhhhh! aku dah tak pedulikan kau. bila dah move on ni, bai bai lah bro.

**

ini cerita lima tahun lepas. dah basi. tapi masih segar dalam palaotak aku lagi. tak pernah lupa dengan ayat "badan macam mesin atm". tak akan pernah.

sebab ayat tu lah aku dapat mengubah diri aku jadi lebih baik selepas spm. dulu aku obesiti. paling gemuk dalam kelas, dalam sekolah rasanya. perempuan paling hodoh di sekolah, serahkanlah anugerah tu kepada aku. sebab perempuan lain semua kurus, putih dan cantik. aku je yang perasan cantik sendiri.

kononnya konfiden. berat 98kg nak cecah 100kg, kononnya konfiden lagi? hahahahaha. haih. bodoh. bodoh. bodoh.

badan macam kayu balak. ada hati nak bercinta. heh! aku ubah diri untuk kurus bukan sebabkan cinta. tapi sebab aku tak mahu diri aku yang dulu lagi. cukup. cukup untuk diri aku yang dulu. aku dah jemu menjadi diri aku yang dulu. aku perlukan pembaharuan.

***

5 bulan berlalu,

alhamdulillah dengan usaha yang berterusan, aku dapat buang 30kg daripasa badan. daripada obesiti bertukar pada overweight saja. satu pencapaian yang paling berharga dalam hidup aku. alhamdulillah.

masih jauh perjalanan aku untuk kurus. masih gemuk lagi. peha masih besar. bahagian lengan masih nampak macam gemuk. tapi okaylah dari dulu. dah nampak bentuk badan. dah ada shape sekarang. dah macam manusia haa. tak macam bentuk mesin atm lagi. alhamdulillah. syukur tak terkata kepada ketua aku. ya. ketua aku----ALLAH.

beb. tanpa izin tuhan, aku tak akan dapat kurus. dengan berkat usaha dan tidak putus asa, aku mampu buat. alhamdulillah.

ada hikmah di sebalik kegemukkan aku ni. mungkin tuhan sengaja jadikan aku gemuk agar aku tak bersifat riak ketika itu? yela. dah orang lawa. mesti laa ada perasaan riak sikit atau banyak. dan ya, orang gemuk mana nak ada siapa pandang kan? bebas dari alam percintaan. alhamdulillah. aku bebas dari alam percintaan ketika aku dipanggil mesin atm.

kelakar.

aku sibuk salahkan tuhan jadikan aku gemuk dan jadikan aku tak lawa. aku salahkan tuhan. walhal tuhan telah selamatkan aku daripada percintaan yang bakal membawa kepada kemaksiatan itu, jadi apa lagi nikmat tuhan yang aku mahu pertikaikan lagi?

ketika aku menangis, benci pada tuhan kerana jadikan aku hodoh, tuhan tak adil, kenapa tuhan tak jadikan aku cantik dan kurus, kenapa tuhan tak tolong aku, aku benci tuhan yang ciptakan aku. aku agak tuhan dan para malaikat yang lain tengah tertawakan dan tengah mengukir senyuman sambil menggelengkan kepala pabila melihat kerenah aku yang tidak bersyukur ini.

"tak sedarkah kamu, yang aku tengah selamatkan kamu daripada maksiat, sifat riak dan menunjuk-nunjuk?

tak sedarkah kamu, yang aku tengah berikan kekuatan kepada kamu?

tak sedarkah kamu, yang aku tengah melatih kamu untuk menjadi lebih kuat dan tabah?

tak sedarkah kamu, yang aku tengah mengajar kamu untuk belajar apa itu erti syukur?

tak sedarkah kamu, tak bersyukurkah kamu atas segala nikmat yang telah aku berikan kepada kamu?

tidak cukupkah lagi yang aku telah berikan peluang kepada kamu untuk terus bernafas di muka bumi ini?

adakah kamu hidup sekadar untuk mahu lihat cantik di mata makhluk lain?

tidak mahukah kamu mahu dilihat cantik di hadapan aku dan di hadapan para malaikat di syurga?"


ALLAHUAKBAR

tidak bersyukurnya aku atas segala nikmat yang telah tuhan berikan selama ini. aku dah sedar sekarang. alhamdulillah. bersyukur tidak terkata.

****

jangan pernah lupa akan tuhan yang satu. jangan pernah merungut akan hidup kau yang tidak senang seperti orang lain. kau mungkin merasakan hidup kau teramat susah dan tuhan tak adil. engkau salah sama sekali. tuhan itu adil. setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya tersendiri. tuhan mahukan berikan engkau sesuatu. maka bertabahlah engkau untuk teruskan menjalani ujian ujian yang tuhan telah aturkan untuk engkau itu.

manusia bodoh saja yang merungut akan ujian tuhan. bodoh tidak terkata.

jangan pernah ragukan ketua engkau--tuhan yang satu--ALLAH

teruskan yakin dengan ketua engkau. teruskan meminta biarpun tamak. minta pada tuhan biar tamak. minta dan terus minta. tuhan itu adil. dia akan makbulkan doa itu dan setiap permintaan itu. cuma lambat atau cepat sahaja.

mungkin apa yang kau minta, kau tak dapat. tuhan berikan yang lain. tuhan lebih mengetahui segalanya. tuhan berikan sesuatu yang lebih baik daripada engkau mintakan itu.

teruskan meminta dan berharap pada tuhan yang satu---ALLAH


pendosa tiada noktah.

*tengah lapar*

nikmat tuhanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang