Cinta. Cinta adalah perasaan yang berasal dari kasih sayang terhadap sesuatu objek seperti manusia,haiwan,dan peralatan.
Cinta hadir tanpa diminta. Kenapa? Sebab tu memang fitrah manusia timbulnya perasaan kasih dan sayang terhadap sesuatu.
Kebiasaannya dan setiap insan pasti timbul perasaan cinta dalam diri mereka.
Cinta yang paling utama dan paling suci ialah cinta terhadap yang Maha Pencipta.
Pernah dengar maksud hasbi rabbi tu?
♬♪"Cintakan bunga, akan layu.
Cintakan manusia, akan mati.
Cintakan Allah, kekal abadi.
Itulah cinta, cinta yang hakiki.❤❤"Bukan tak boleh bercinta dengan manusia, boleh. Tapi tak boleh lebihkan cinta terhadap manusia daripada cinta terhadap Allah. Takut nanti ada satu perasaan lain yang timbul. Iaitu sakit.
Sakitnya,peritnya rasa bila hancurnya cinta dengan manusia. Sebagai contoh, couple. Well, remaja nowadays suka sangat couple2 ni kan. Lepastu nanti bila break mula la nak update itu ini tunjuk broken heart dia tu. Sakit kan rasanya? Lama kan nak hilangkan sakit tu dan lupakan orang tu?
Itu sebab kurangnya kita menaburkan biji benih kasih sayang dalam hati ni untuk lebih cintakan Allah dari manusia. Kan dah cakap, cintakan Allah tu kekal abadi. No clash and no broken heart lah. Confirm.
So, tak salah nak bercinta. Tapi berpadalah. Dan jangan terlalu memilih. Sebab semua tu kurniaan Allah.
"Cintailah seseorang itu dengan seadanya.
Bukan kerana apa yang kamu inginkan.
Tetapi kerana orang yang kamu cintai itu adalah cerminan kepada diri kamu sebenarnya."Sekian.