Jimin**Saranghae

970 48 0
                                    

Terpancar cahaya matahari pada wajah awak, ianya menyebabkan awak bangun dari lena, awak mengeliat seketika. Dan kemudiannya terus pergi ke bilik air.

Awak bersiap sedia untuk keluar berjoging. Semasa awak berada berehat di sebuah bangku di taman. Awak terlihat sebuah poster.

"Pusat Gym baru di buka
Alamat: 01 Jalan Dongsae"

Awak melihat tempat pusat gym itu tidak jauh dari rumah awak. Awak mula mencari pusat gym itu, walaupun awak tidak berminat dengan gym ini, awak cuma mahu melawat tempat baru itu. Kelihatan orang ramai sedang berpusu pusu masuk ke dalam pusat gym itu, awak mengeluh kecil dan bertekad untuk balik sahaja, semasa awak mahu berjalan ke belakang. Awak terlanggar seorang namja.

"Ah, Sorry" kata namja tersebut, awak memandang atas dan terlihat wajah namja itu, namja itu sedang memakai cermin mata hitam. "Handsome" kata awak di dalam hati. Dia menghulurkan tangannya pada awak, awak mencapainya dan terus bangun.

"Sorry, awak okay ke?" kata namja itu tadi, awak hanya menganguk dan tersenyum.

"Okay je, tak ada apa lah" kata awak.

"Nama saya Park Jimin, tapi boleh panggil Jimin" kata Jimin sambil menghulurkan tangan. Awak pun turut menghulurkan tangan dan perkenalkan diri awak.

"So, awak pun datang sini ke?" kata Jimin.

"Saya singgah sekejap, nak tengok. Tapi orang ramai sangat" balas awak.

"Ni sebenarnya pusat gym saya" kata Jimin, awak hanya tersenyum, kagum. Muda mudi sudah ada perniagaan sendiri.

"Ouh, awak punya? wow, daebak.. okaylah. Saya nak balik, lain kali kita jumpa" kata awak, meminta diri. Jimin tersenyum dan melambai ke arah awak.

Esoknya, sekali lagi awak pergi ke pusat gym itu, awak melihat Jimin sedang duduk sambil berbual bersama pelangganya, awak melihat Jimin memakai singlet, hati awak sudah cair, apabila melihat tanganya.

"Eh awak?" kata Jimin sambil menuju ke arah awak, awak hanya tersenyum apabila Jimin memegang tangan awak erat.

"Awak cubalah ni.." kata Jimin sambil membawa awak pergi ke ( pftt, sorry, benda apa ek tu.. Alah, yang lari lari tuh, what ever lah ) awak hanya mencubanya, Jimin mula menaikkan nombor itu, semakin lama semakin laju. Entah bagaimana awak tersilap langkah, awak terjatuh. Jimin mula mengangkat awak bangun.

"Sorry" kata Jimin, bersalah.

"Tak pe, sikit je" kata awak sambil menyembunyikan luka pada siku awak akibat terjatuh tadi.

"Apa tu?" kata Jimin sambil memegang lengan awak. Dia melihat siku awak berdarah.

"Yah! kenapa tak bagi tahu saya? awak ni!" marah Jimin, dia terlalu mengambil berat tentang awak. Dia mula mengajak awak masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil peti kecemasan dan membalut luka awak.

"Tahan sikit.." kata Jimin sambil menyapu ubat ke luka awak.

"Okay.." kata awak, pedih. Awak hanya menahan sakit.  Selepas selesai semua benda, Jimin mengambil duduk di sebelah awak, dia seperti ingin memberitahu sesuatu.

"Urm, awak.. Urm.. Awak dah ada na..mja..ch..ingu?" kata Jimin tersekat, awak terkejut dengan pertanyaan Jimin.

"Wae?" kata awak mula malu.

"Saya tahu kita baru kenal, tapi sejak semalam kita jumpa. Saya rasa saya dah jumpa cinta saya" kata Jimin penuh harapan. Awak seperti tidak percaya. Hampir sahaja awak mahu pengsan.

"Be mine?" kata Jimin sambil melutut di hadapan awak. Awak hanya tersenyum malu.

"Yes!" balas awak, tidak mungkin awak menolak lelaki yang berada di hadapan awak sekarang.

-The End-
Haha, tak best kan? sorry idea tak ada, yang ada dalam kepala otak sekarang ni lapar.

BTS IMAGINEWhere stories live. Discover now