~Bab3~

46 4 0
                                    

Gambar di atas itu adalah Wani.Wani memang suka berselfie.
"Wani!!dah siap ke belum nanti dah petang sangat,cepat sikit siap tu jogging je pun"arah Bella kepada Wani.
"yeye tengah pakai selendang ni,sabarlah"
Semasa di dalam kereta.
"wahh kau lawanya, nak pergi jogging je pun bukan nak memikat lelaki"tegur Bella kepada Wani yang masih membetulkan selendangnya.
"ehh mestilah,aku kan memang lawa sejak lahir lagi kau tak tau ke?".balas Wani dengan riak mukanya yang agak angkuh seperti seorang permaisuri.
"ahh kau berangan je lebih.Tengok aku pakai tudung sarung je".
"itu kau belacan aku tak macam kau"Wani bercakap tanpa menghiraukan perasaan rakkannya itu .
Bella hanya mampu menggelengkan kepala kerana malas mahu melayan celoteh rakannya itu.Jika dilayan memang sampai esok tiada penghujungnya.

______________________________________________________

"Bella janganlah jogging laju sangat aku dah penat ni,kau ni macam lipas kudung lah".
"ehh baru kejap takkan dah penat.Kata jogging".Bella tidak menghiraukan rakannya itu dia terus berjogging .
Semasa di taman reakrasi itu,Wani dan Bella ternampak kehadiran "GLAMOUR GIRLS" yang tidak jauh daripada tempat mereka berjogging.
"Bella tu bukan geng "GLAMOUR GIRLS" ke?".
"mana?ouhh itu,yup.Biarlah mereka pun nak bersenam juga".
"ish kemana kita pergi mesti ada dia benci betullah".kata Bella dengan nada yang agak tinggi kerana dia tidak suka ahli "GLAMOUR GIRLS".
"dah lah,jum sambung jogging".ajak Bella.
Bella berada di hadapan Wani kerana,Wani berjalan agak lambat.
Tiba-tiba Bella terdengar sayup-sayup suara seperti ada yang memanggil namanya.Dia cuba toleh kebelakang tetapi tiada siapa-siapa,hanya ada Wani sahaja.Dia cuba mencari siapakah yang memanggil namanya itu.Di sudut hatinya berkata"takkan hantu pulak,mana ada hantu petang-petang macamni hmm".

Tiba-tiba Bella rasa bahunya di pegang oleh seseorang.Rupa-rupanya Wani yang memegang bahunya.
"ish kau ni buat aku terkejut je lah.Ingat jembalang mana tadi pegang bahu aku".kata Bella dengan mukanya yang berkerut akibat terkejut sebentar tadi.
"hehehe maaf-maaf.Weyh kau dengar tak macam ada orang panggil nama kau?".soal Wani kepada Bella.
"haa ye dari tadi aku dengar.Tapi tak tau siapa yang panggil.Aku fikir aku sorang je yang dengar rupanya kau pun dengar haha".balas Bella.
Mereka berdua teruskan berjalan dan Bella terdengar buat kali ke-2 namanya dipanggil lagi.Kali ini suara yang memanggil itu seperti dekat sahaja dengannya.

Rupa-rupanya Afiq yang memanggil namanya dari tadi.
"Bella!!Bella!!sekejap tunggu aku"jerit Afiq yang sudah tercungap-cungap kerana dari tadi dia mengejar Wani dan Bella.
"lahhhh Afiq je rupanya yang dari tadi panggil nama aku.Ingatkan siapalah tadi ".balas Bella dengan nada yang sedikit lega kerana sudah mengetahui siapa yang memanggil namanya sebentar tadi.
"haa ye Afiq kau nak apa panggil aku ni?"tanya Bella kepada Afiq.
"hehehe aku cuma nak jogging sama-sama dengan kau je".balas Afiq dengan muka gatalnya.Dia fikir comel.
"ahh tak payahlah kau.Pergilah ikut geng "GLAMOUR GIRLS"tuh.Tak memasal aku yang kene maki hamun nanti"kata Bella.
"ala bolehlah Bella"Afiq memujuk Bella dengan memek mukanya itu.
"ahh suka hati kau lah Manisha nampak aku tak tanggung".

Semasa itu Bella melihat Wani yang sudah berangan kerana Afiq berada disebelahnya.Yela crush dekat sebelah siapa tak suka.
Wani dan Bella menyambung jogging semula.Sebenarnya dia takut Manisha nampak yang Afiq bersama-sama dengannya.Bella berasa dahaga lalu dia berehat sebentar dan pergi ke kedai yang tidak jauh dari tempat mereka berehat untuk membeli air.Semasa sedang mereka berehat ,tiba-tiba geng "GLAMOUR GIRLS"muncul dihadapan mereka.
Bella dan Wani sudah memandang antara satu sama lain.Mereka sudah dapat tahu apa yang Manisha akan buat kepada mereka .Afiq yang berada di situ hanya bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.Dalam hati Bella berkata"ahh aku dah agak minah ni mesti nampak.Afiq ahh ni.Aduhh matilah aku".

Manisha,Natrah dan Sherry terus berdiri di hadapan Wani dan Bella .

BelacanHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin