"Bangun!" Kejut Hasha atau nama penuhnya Ainman Hasha. Kawan baik aku. Nama dia Ainman? Pelik? Pada mulanya aku pun merasakan benda yang sama tapi lama-kelamaan aku sudah biasa. Such a rarity but a beauty indeed. Aku menguap lebar sambil tangan kanan menekup mulut. Kemudian, tangan ligat menonyoh kelopak mata yang terasa berat.
"Pukul berapa ni?" Soalku kepada Hasha dengan suara yang serak. Don't get me wrong, suara aku memang akan jadi serak basah. Ia kebiasaannya selepas terjaga dari tidur.
Hasha hanya mendengus geram. Dari ekor mata, aku dapat melihat seorang lagi rakan baikku yang melilit tuala di keliling pinggang. Tanda sudah mandi. Solehah Daniya.
"Solehah? Awalnya kau mandi!"
"Heyyy.. awal apa? Cuba kau tengok jam sekarang pukul berapa?" balas Hasha semula.
"Kami pergi dulu ya?"
"Haa.. kunci rumah!"
Aku segera melirik ke arah jam di dinding. Terbeliak mata aku.
Oh my gosh! Pukul 6:55 am?! Aku dengan pantas nya menolak duvet berwarna ungu hambar ke tepi dan pergi ke bilik air yang berada di tingkat bawah rumah 2 tingkat milik kami bertiga.
Selepas siap semuanya, aku terus bergegas ke kampus. Mati! Mati! Kelas Pn. Kamariah will start soon! Kopi? Kopi! Ah, mesti Hazaree hairan kenapa aku tak claim Latte pagi ni. By hook or by crook, im gonna get you my dear Latte. Petang ni.
Good!
Sampai saja kelas, Pn. Kamariah, kelihatan wanita itu sedang berdiri di hadapan hall. Sedang memetir. Oh tidak. Tidak. Tolong tuhan! Bukan aku seorang saja yang lewat pada pagi ini... tolonglah!! Sedang aku berdiri dan berharap, Pn. Kamariah terpandang ke arah aku. Aku didalam hati sudah mula beristirghfar panjang. Oh tidaaaaak... you're so dead Nailah Jasmine.
"Cik Nailah Jasmine dan Encik Adam Umar dipersilakan masuk. Wah. Pasangan sejoli. Dua-dua datang lambat."
Aku mencelikkan mata. Aku tak silap dengar ke? Nailah Jasmine... Adam Umar? Jadi aku tak keseorangan!! Doaku dimakbulkan!
Tapi kenapa mesti Adam?
Lelaki paling pelik atas muka bumi ini. Pendiam tapi pandai. Sangat, sangat dingin dan tak mesra alam. Hanya mesra dengan kawan2 nya sahaja. Zarief dan Azeem. Oh Solehah dan Hasha juga tak terlepas untuk berkawan dengan mamat pelik ini. Macam mana jadi kawan entah. Nampak macam tak ada potensi saja untuk dibuat sebagai kawan.
Riuh satu dewan itu dengan usikkan atau kata-kata perlian yang dilontarkan oleh Pn. Kamariah kepada kami berdua. Pasangan sejoli? Oh hoi.. sejak bila pulak aku dengan si Adam pelik ni? Kenal pun tidak.
Aku pandang Adam sekilas. Dia jeling aku! Oh tuhan!! Apa salah aku? Cari gaduh betul. Ingat aku nak sangat ke berpasangan sejoli dengan dia? Berlaga atas kuali pun belum tentu. Huh.
Hari-hari seterusnya juga begitu. Dia. Aku. Kami berdua sama-sama paranoid dengan sesama sendiri. Pantang bersabung mata, mesti nak jeling aku.
Hua.
Dia ingat aku suka ke kena gossip dengan dia? Jalan depan junior, senior pun kena sokseksoksek bisik. Hasha dan Solehah juga tidak terkecuali! Tak tenangnya!
Tingkap luar aku pandang sejenak. Cuaca tak begitu baik. Sama seperti aku. Mendung dengan awan awan hitam yang berkepul serta sudah sarat yang hanya menunggu masa untuk mencurahkan air hujannya. Sedang aku menghirup kopi latte dan menyiapkan kerja, Encik Fizal, daripada unit kebudayaan dan musikal memanggil aku.
"Jasmine," suaranya memanggil aku buat sekian kalinya.
Aku duduk sopan dan membetulkan postur badan supaya lebih tegak dan fokus.
YOU ARE READING
Kita (CERPEN)
RomanceKITA, mengumpulkan cerpen-cerpen cinta daripada Einifimani. Sekadar untuk hiburan dan mengisi ruang kebosanan anda.