Macbook segera aku tutup. Baru lepas ber-skyping dengan Irfan, kawan rapatku sedari kecil. Umi sering memaksa aku untuk mempunyai hubungan dengan Irfan. Katanya, dia sudah mengenali Irfan dan Irfan juga sudah mengenali dan memahami adat tradisi keluarga kami. Tetapi itu bukanlah satu tiket untuk Irfan berada di hati aku. Aku tidak pernah mempunyai apa-apa perasaan terhadap lelaki itu. Cuma sekadar seperti adik dan abang. Tak lebih.
Perbualan kami sebentar tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinga dan segar di ingatan.
"Fan nak ajak Sara teman Fan pergi Bangkok esok. Fan ada kerja kat sana but at the same time, Fan dah bagitahu uncle. Uncle gave his permission already."
"ha? Esok? Bangkok.. for real?"
Aku terkejut. Mata aku membulat.
Dia tersengih.
"Yea.. a Bangkok trip with me."
"Berapa lama?"
"3 weeks?"
"3 weeks?! Lamanya!"
"Don't worry. Fan tanggung semuanya."
"Ti-"
"Tiket flight pun Fan dah book kan untuk Sara. So you're on?"
Aku tidak ada pilihan lain. Lagipun aku sedang bercuti dua bulan. Sebelum aku balik ke Auckland, baik aku isikan cuti aku dengan perkara yang memoriable. Tak adalah bosan terperap di rumah. Kan?
"I'm on!"
"great, esok flight kita pagi around 11 am macam tu. Pukul 8 Fan jemput Sara okay?" balas Irfan sambil mengenyitkan matanya.
"Yea, sure."
Aku kembali tersedar daripada lamunan apabila jam penggera berbunyi. Sudah cukup masa! My cupcakes!
___________________________________
Pintu bilik terbuka. Kelihatan umi sedang berjalan ke arah aku. Aku berhenti daripada memilih baju dan duduk di birai katil bersebelahan dengan umi.
"Umi dengar ada orang tu nak pergi trip dengan Irfan. Betul ke?" Soal umi dengan sebuah senyuman yang meleret. Ada makna. Fikir bukan-bukan lah tu!
"umi, Sara teman dia pergi his work trip sahaja, bukan kami berdua pergi bercuti. Dia ada kerja di sana dan Sara akan pandai-pandai bawa diri sendiri kat sana. Lagipun its been long since Sara pergi Thailand, i miss Thailand."
Perempuan berumur 48 tahun itu kemudian melepaskan tawa kecil. Tangannya menepuk bahuku beberapa kali.
"Sara, Umi mengusik awak saja. Kenapa lebih-lebih ni? Memang suka kat Irfan tu eh.. umi suruh auntie Zariah masuk meminang awak untuk anak dia ya?" makin menjadi-jadi pula usikkan umi. Ni yang tak suka ni.. Aku mencebik.
"Umi ni.. umi tahukan Sara tak suka Irfan seperti mana yang umi harapkan.." perlahan suara aku membalas. Raut wajah umi berubah riak. Senyumannya mula pudar.
Aku menggigit bibir. Rasa bersalah.
"Okay, maybe bukan sekarang. Maybe nanti. Mana tahu jodoh Sara memang dengan Irfan ke but we never know the future. Kan? Buat masa ni Sara nak habiskan degree dulu. Lepas tu baru fikir pasal nak bawak menantu untuk umi.. okay?" Berhati-hati aku menyusun kata. Takut tersilap cakap nanti, terasa dan merajuk pula umi dengan sikap anak dia ni.
Umi kemudiannya meleparkan senyuman yang menyenangkan. Umi tak merajuk!
"Iye lah. Umi nak Jannah Qaisara umi ni bahagia je. Maklum lah bila lagi nak tengok dia senyum dan bahagia. Nanti dia balik Auckland tinggallah umi sorang-sorang."
YOU ARE READING
Kita (CERPEN)
RomanceKITA, mengumpulkan cerpen-cerpen cinta daripada Einifimani. Sekadar untuk hiburan dan mengisi ruang kebosanan anda.