"Kira tak jumpa kawan-kawan ke?"tanya mak cik Hana kepada Jung Kira.Jung Kira salah seorang penyewa di rumah sewa mak cik Hana .Kira hanya melihat dan senyum kepada mak cik Hana."Kira mana ada kawan mak cik"balas Kira sambil memasukkan kotak kepunyaannya kedalam kereta.
Selepas bersapa untuk kali terakhir,Kira pun memulakan perjalanannya menuju ke tempat tinggal barunya.
Selepas beberapa jam perjalanan dia pun sampai di sebuah rumah dua tingkat.Rumah itu kelihatan usang tetapi Kira tidak kisah asalkan bayaran sewa yang murah dia sanggup tinggal.Kira pun masuk ke dalam rumah tersebut.Rumah itu mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air."Boleh tahan luas juga rumah ni"komen Kira sambil melihat sekeliling rumah.Selepas itu,Kira membawa barang-barangnya masuk ke dalam rumah.Dia pun naik ke tingkat atas untuk melihat bilik.Selepas meneroki rumah tersebut Kira mula mengemas barang-barangnya.
"Rasanya mak cik ada kata rumah ni ada loteng"ingat Kira ketika mengemas biliknya.Kira pun keluar dari bilik dan mencari tangga untuk ke loteng.Akhirnya,dia jumpa sebuah tangga di dalam bilik lagi satu.Ketika dia naik,dia agak terkejut bila melihat loteng itu yang bersih tiada langsung sawang.Didalam itu terdapat beberapa kotak."Milik orang sebelum ni kot"fikir Kira.Dia pun melihat kotak itu dan melihat isinya.Bila buka kotak tersebut sesuatu telah menarik perhatiannya.Terdapat satu papan mainan.Kira segera mengambilnya dan turun dari loteng.Dia membawa papan itu ke biliknya.Diatas papan itu terdapat perkataan YES,NO,A sehingga Z,0 sehingga 9 dan GOOD BYE.Terdapat gambar matahari dan bulan.Kira perasan terdapat kertas dan satu kayu yang berbentuk hati yang mempunyai kaca bulat ditenggah.Diatas papan itu mempunyai perkataan "OUIJA".Kira membuka kertas itu.Di kertas itu tertulis.
PAPAN OUIJA
1 LETAK TANGAN ANDA DI ATAS KAYU
2 KATAKAN "KAMI BERKUMPUL DENGAN HATI YANG TULUS.ROH TERDEKAT KAMI MENGUNDANGMU.JIKA ADA SESIAPA DISINI,SILA DEDAHKAN DIRIMU"3 JANGAN LUPA UNTUK KATA "GOOD BYE"SELEPAS HABIS BERHUBUNG
HATI-HATI ANDA AKAN BERHUBUNG DENGAN ROH!
"Ohh...papan permainan rupanya...mmm nak cubalah"kata Kira selepas membaca kertas tersebut.
Kira pun memulakan permainan itu dengan mengikut arahan di kertas tersebut.Namun tiada apa yang berlaku."Ada sesiapa disana?"tanya Kira.Masih tiada respon.Akhirnya,Kira menyimpan permainan tersebut dan terus masuk ke dalam biliknya untuk tidur.
Keesokannya,Kira berasa tidak selesa ketika tidur.Dirinya seperti di peluk sesuatu.
Note:
Hai guys.Punya lah lama hiatus dan akhirnya barullah nak dapat kesedaran untuk tulis semula ya cerita ni.Kenapa aku nak tulis semula?Sebab banyak typo dn ayat tunggak terbalik lagipun nak tukar plot sikit.So hope you all enjoy my new version for Oujia ok.
YOU ARE READING
♠Ouija⏩j.j.k
Random+Apa reaksi kau bila tiba-tiba ada lelaki tak dikenali muncul dalam rumah kau.Itu yang berlaku pada Jung Kira selepas bermain Papan Oujia. 'who..are you?'-Jung Kira 'Kau tak ingat aku ke?'-Jeon Jungkook 'Dia berbeza Kira.Awak kena tinggalkan dia'-Pa...