Pengenalan

1.4K 45 12
                                    

Sebelum memulakan bicara, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh mulia dan keberkatan ini. Dalam bulan ini, kita banyak melakukan amal ibadah untuk menambahkan pahala yang berlipat ganda.

Dan, dalam bulan ini juga saya dapati ramai pengguna wattpad ini menambahkan amalan mereka dengan berkongsi ilmu melalui mempublishkan buku berkaitan agama yang memberi kesedaran seperti tarbiyah sentap. Oleh yang demikian, ramai juga yang memberhentikan seketika penulisan mereka dalam bulan ini.

Jauh di sudut hati, saya juga ingin menerbitkan buku yang memboleh menambahkan amalan di bulan mulia ini namun ilmu didada tidak begitu mencukupi dan diri ini juga tidak terlalu sempurna mengikuti syarak. Banyak lagi yang perlu saya baiki dalam diri ini.

Oleh itu, untuk menghilangkan rasa gusar dan bosan yang kadang kala ada dalam diri ini, saya mengambil kesempatan ini untuk menerbitkan sebuah buku bertajuk ' This Nerd Girl is Naughty Cute'. Buku ini menceritakan tentang saya bersama kawan-kawan melalui kemanisan dan kepahitan di sekolah sepanjang bulan Ramadhan ini. Hanya di sekolah. Hanya di bulan Ramadhan.

Buku ini lebih kurang seperti diari tetapi hanya menceritakan kehidupan seharian di sekolah. Buku ini juga ditulis untuk mengembalikan kenangan kita semua samada kakak-kakak/abang-abang yang sudah habis sekolah. Pembaca buku ini juga boleh berkongsi kenangan bersama saya. Manala tahu kalau ada situasi yang sama kita lalui.

Ada yang kata zaman di sekolah adalah zaman yang menyeksakan dan membosankan namun disetiap keseksaan dan kebosanan yang kita lalui kadang-kadang mendatangkan kegembiraan dan kelawakkan walaupun setitik perasaan yang dirasakan.

Buku ini akan diterbitkan setiap hari Ahad hingga Khamis iaitu hari persekolahan yang akan saya hadiri kerana saya asal/tinggal/bersekolah di Johor Darul Takzim.

Sebagai penutup katanya, saya harap buku ini mendatangkan kegembiraan kepada semua pembaca dan mendapat sambutan walaupun tidak seberapa. Segala silap saya menguturkan kata, saya memohon maaf kepada semua pihak.

This Nerd Girl Is Naughty Cute (COMPLETED)Where stories live. Discover now