Aku masuk tergopoh gapah masuk ke dalam dewan. Aku terpana seketika. Jam ditangan ku tilik. Jam aku salah ke? Jam dah menunjukkan 7.18 pagi. Lewat dah ni tapi kenapa masih 'berlopak'. Aku duduk di lantai dewan barisan kelasku.
Tepat jam 7.20 pagi, ustaz Zarir memulakan percakapannya.
".....esok kelas 3 RK, 4S, 5 S1 dan 5 S2 akan bertadarus al-Quran di surau sekolah waktu pagi...." aduh, kenapa lah kelas aku yang kena. Ni lah akibat kalau 'menghuni' kelas depan ni. Macam-macam program kena join. Bukan tak pandai membaca, tapi aku takut tak ikhlas. Kita kan kena baca dengan penuh tawadu',tajwid. Ceh, ni semua alasan. Kalau malas cakap je lah. *tersengih*.
Habis je cikgu membebel, aku pun bertolak ke makmal Kimia. Awal pagi ni Kimia yang mula dulu. Tapi tak apa juga, tak ada lah aku tidur nanti.
Sambil tunggu cikgu Faridah sampai, kami bersidai dulu di koridor depan makmal. Tiba-tiba ada orang bagi kertas, aku tengok. Senarai nama pelajar yang bertadarus al-Quran esok dan telah dibahagikan kumpulan. Aku terus cari nama aku sampai lah......
Senarai Nama Pelajar Tingkatan 4 Sains
19. Nur Aina
20.Nur Fitrah
21.Nur Hidayah
22.Nurul Izzah
23.SitiAduh, nama aku ada. Huwaa...
"Dayah, gagap tak baca?" Tanya Siti tiba-tiba kepada Hidayah. Aku dengar sebab aku duduk dekat sebelah dia. Hidayah dengan jujurnya mengangguk. Ni lah salah saru aku suka kawan dengan Hidayah, dia baik. Kadang-kadang aku pun malu dengan dia.
Siti pandang muka aku. Nak tanya aku lah tu. Tahu sangat perangai dia ni.
"Aina, kau gagap?" Kan betul aku cakap. Ni malas nak satu kumpulan dengan dia ni. Kecoh. Kalau boleh semua nak sempurna.
"Tak gagap, tak juga lancar," jawab aku selamba. Yelah, kalau aku cakap lancar kang tiba-tiba kena sawan gagap buat malu 44 keturunan. Kalau gagap tu dah biasa. Orang yang dalam pertandingan pun kadang-kadang gagap tahan gigil.
Dia hanya buat biasa. Nak kata jeling ntah lah. Mata dia ni mengancam sangat.
Lepas belajar Kimia, BM pulak kembali. Belajar rumusan tajuk punca-punca Pengangguran Siswazah.
Cikgu Nazim pun nak test anak murid dia ni otak geliga ke tidak, jadi dia pun panggil Zulhaiqal, pelajar cemerlang PT3 tahun lepas sekolah aku. Dapat 10 A. Rezeki dia.
Lepas je Zul jawab, cikgu suruh dia pilih siapa sahaja untuk memberi punca yang lain. Dia pilih Manan.
"Okey Manan. Pilih mana-mana kawan awak tapi perempuan tau" pesan cikgu lepas Manan duduk.
"Zairi" satu kelas gelakkan dia. Mahunya tak gelak. Cikgu suruh panggil pelajar perempuan, dia panggil Zairi. Sejak bila lah Zairi tukar jantina ni?
Manan memandang kiri kanan. Paling lama dia pandang tempat aku. Manan, kau jangan cari pasal dengan aku, tumbuk kang. Kataku tapi hanya dalam hati. Gila kau cakap depan-depan, dah lah tengah berdebar ni.
"Hamiza" aku hanya tersenyum menang. Akhirnya Hamiza menjadi pilihan. Syukur.
Lepas Miza duduk, cikgu suruh dia pilih kawan perempuan. Dia pandang aku, Hidayah, Farid dan Izzah.
YOU ARE READING
This Nerd Girl Is Naughty Cute (COMPLETED)
Short StorySempena bulan Ramadhan yang penuh mulia ini... Saya akan publishkan buku ni untuk bacaan semua... Mengisahkan tentang perjalanan seorang pelajar mengharungi bulan mulia ini di sekolahnya yang pelbagai ragam.. Setiap hari Ahad-Khamis (waktu persekol...