Bab 1 ;

114 15 6
                                    


Jungkook menutup buku novel bahasa hangul yang dibacanya separuh. Lalu dia menghirup milo panas yang dipesannya. Sekali sekala matanya melirik kawasan sekeliling ke arah pelajar-pelajar kolej mula memenuhi ruang kafe Universiti Seoul waktu itu.

Ah. Mesti kelas mereka sudah tamat. Jelas hati kecilnya bersuara.


Kemudian Jungkook memandang pula seorang lelaki muda duduk bertentangan di hadapannya. Jaket kulit dan jeans hitam menyerlahkan rambut blonde lelaki tersebut. Walaupun hanya tua setahun dari Jungkook, perangai dan peribadinya tidak kurang seperti diri Jungkook yang mana membuatkan masing-masing selesa berkawan bersama.


"Jackson, kau ni memang workaholic kan?" Jungkook bersuara setelah mereka hanya duduk bersama untuk 10 minit tanpa bercakap apa-apa. Dia sendiri tidak tahu mengapa lelaki ini gigih menyiapkan assignment di dalam computer riba. Walhal mereka sekelas. Bukan kah assignments kebanyakannya sudah dihantar? Lagipula kos Muzik menggunakan kemahiran dan bukannya seratus peratus tertumpu pada teknikal.

Lelaki yang digelar Jackson itu hanya tersengih menunjukkan barisan giginya yang cantik. Sekali sekala dia menyedut minuman aisnya di sisi sambil kedua-dua bola matanya tidak lari dari skrin komputer ribanya.

"Well, I am not that kind of workaholic you know?" Jackson kemudiannya memusingkan komputer riba Apple miliknya menghadap Jungkook. Jungkook menaikkan sebelah keningnya. Rupa-rupanya Jackson sedang membaca sebuah artikel surat khabar di sebuah blog. Tajuk akhbar tersebut cukup menarik perhatian Jungkook untuk membaca.


MANGSA KEEMPAT, SILIJJEU KILLEO SEMAKIN BERKUASA


Jungkook melihat Jackson yang berada di hadapannya. Menanti reaksi yang dikeluarkan dia. "Okay, who is this Silijjeu Killeo?" soal Jungkook. Mungkin jika ditunjuk bab bab pelajaran, Jungkook dapat menjawab dan meneka dengan mudah. Tapi tidak soal pembunuhan bersiri.


"Kau tak tahu? Silijeu Killeo ni dah gemparkan satu Korea Selatan! Sampaikan polis dengan FBI bergabung." balas Jackson dengan perasaan teruja. Lelaki berjaket kulit hitam itu kembali menyedut minumannya.


Jungkook menaikkan keningnya. " I thought Police and FBI were rivals?"


"That the point! Yeah maybe sebab Sillijeu Killeo ini satu kes yang serious. Semua pihak kena bergabung untuk elakkan mangsa bertambah ramai. Semua pihak kena buang ego masing-masing." kata-kata Jackson sedikit sebanyak membuatkan Jungkook mengiyakan. Apa yang dikata Jackson semuanya masuk akal. Jika masing-masing bertindak mengikut cara masing-masing, sampai kesudah pembunuh bersiri itu tidak dapat diberkas. Malah mereka bakal dapat ditumpaskan.


"Aku tahu sikit pasal Silijeu Killeo ni. Itu pun aku terdengar orang bersembang belakang aku. So mind to tell me?" Jungkook tahu bahawa Jackson mempunyai pengetahuan tentang media sosial yang luas. Tambahan lagi, Jackson sendiri mempunyai rakan dari bidang kewartawanan yang sudah lama dikenalinya. Jadi tidak terkejut jika dia mendapat tahu satu cerita lebih lanjut berbanding dari pihak polis.


Jackson hanya mengangguk. "Pembunuh bersiri ni dikenal sebagai Silijeu Killeo dalam bahasa hangul. Mind to tell you that Silijeu Killeo ni bukan calang-calang pembunuh. Dia guna parang. He cut off his victim's head."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 14, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PancungWhere stories live. Discover now