12 , Hide and Never Seek ❀

1.1K 67 13
                                    

◯ ● ◯

' IF YOU DON'T FOLLOW THE STEPS PROPERLY YOU WILL DIE. DO NOT PLAY THIS GAME AT ALL OR YOU WILL DIE. '

Satu-persatu perkataan dibaca tentang Hitori kakurenbo.Menarik.Itulah dia.rasa teringin mencuba datang membuak-buak.Perkataan 'mati' itulah yang membuat aku tertarik.

Beberapa komen dibawah aku baca.

'Saya sudah mencuba dan ia sangat berbahaya.'

'jangan cuba'

'Jika mahu mencuba,ikut peraturannya betul-betul'

ada komen yang membuat aku tergelak.Dia kata berbahaya,tapi tak sangka dia hidup lagi.Entah kenapa,keyakinan mahu mencuba lagi kuat selepas aku membaca butiran disitu.

3 a.m,Tandas Perempuan Block D-

"Sedia?Saya akan mulakan sekarang"aku mengalihkan pandangan kebelakang.Kosong.Tch,kawan aku dah lari.Tadi dia ada lagi.

Aku mengeluh.Mungkin aku terpaksa buat seorang diri.Suasana disini memang seram,tapi belum ada apa-apa lagi kes berlaku dalam tandas ni.Jadi taklah 'keras' sangat.

Teddybear yang aku sudah aku sumbatkan beras didalam diletakkan kedalam singki yang dipenuhi air.

aku mula ikut sebagai mana peraturannya suruh.tanpa menoleh kebelakang,aku terus bersembunyi dibilik sebelah.Beberapa saat kemudian,aku kembali ketandas tersebut.

"saya dah jumpa awak!"aku mula mencucuk teddybear tu dengan jarum,katanya lebih selamat kalau pakai jarum.Jadi jarum mak aku pun curi.

"Sekarang giliran awak!"jarum aku letakkan berdekatan singki tersebut.Dengan air garam masin namati dalam mulut aku,terus aku bersembunyi.Beberapa minit aku tahan,entah kenapa hidung aku rasa tersumbat tiba-tiba.

Secara tak langsung,aku termuntah air garam tu.

"Dah jumpa"

Aku menoleh kebelakang.

✿✿✿

Edit 2k19 : AKU LANGSUNG TAK EDIT BAHAGIAN NI.

ok chill , ada readers kata jangan edit creepypasta sebab ianya adalah memori masa first-ii tulis dulu.Aku sebenarnya takdak masalah pun pasal tu , jadi aku cuma tak edit chapter yang nampak elok ~ ❀

Creepypasta『 恐怖 theme 』Where stories live. Discover now