KECEWA

57 6 1
                                    

Pengharapan itu seperti akar yg menjalar dan semakin tinggi pengharapan itu maka semakin menjalarlah akar itu.

KECEWA.
Ada pun kecewa itu disifatkan oleh Imam Al-Ghazali rahimalla Ta'ala juga adalah seperti akar. Lazimnya akar pokok yg berada terselindung dibalik tanah lebih besar daripada dahan dan ranting-ranting yang hujung-hujungnya dikhiasi daunun rimbun.
Kecewa itu umpama akar yg besar menjalar(pengharapan) lalu dicabut sekali gus tanpa belas kasihan sehingga mengakibatkan kemusnahan pada permukaan tanah yg pada asalnya rata dan akar yg dua kali ganda besar daripada dahan dan ranting-ranting pada permukaan pokok yg kelihatan dipaksa berpisah dengan tanah dalam keadaan tanah berpaut padanya juga turut terkeluar sama dari perut dunia. Tanah itu seakan-akan dimuntahkan keluar, dirobekkan seperti isi yang meletak pada sesuatu dan bila sesuatu itu ditarik keluar maka akan terikutlah isi itu dan rosakkan pemuakaan isi mahupun dalamannya.

Permukaan tanah itu ialah HATI. Maka bila akar(pengharapan) dicabut sebab kecewa akan membawa kepada kerosakan hati, kehancuran hati.
Kecewa juga berlaku disebabkan adanya Pengharapan yg tidak terlaksana atau tidak tercapai.

Kecawa dalam pengharapan yang hanya berlaku pada pengharapan kepada makhluk kerana makhluk tiada pisah dari kekurangan sedangkan Pengharan yg tidak membawa, mengundang, mendatangkan kekecewaan itu ialah pengharapan kepada Allah Rabbul Jalil kerana ternafi ia(Rabbul Jalil) daripada segala sifat kekurangan maka bersifatlah ia(rabbul jalil) dengan sifat kesempurnaan. Kecewa itu adalah sifat kekurangan dan Allah ternafi daripada sifat mengecewakan.

Berharaplah pada yg tiada kau dapati kekecewaan pada-Nya.

BEBASWhere stories live. Discover now