Kim ra in(reader pov)
Aku bangun dengan segera apabila terdengar suara yang amat bising dari luar bilik aku."rain sayang bangun cepat!! Kita perlu cepat bersiap nanti lambat pulak sampai nnti" omma aku ni kan kalau x kacau aku memang x sah la.."Ok ok rain dah bangun dah ni" malasnya nak bangun,dah la sejuk je pagi ni...Great and perfect kalau nk tidur tapi nk buat macam mana lagi,aku harus jugak bangun. Almaklum la aku ni kena pindah hari ni,nk buat macam mana appa aku dah naik pangkat jadi ketua eksekutif kt tempat baru tu. Yang aku x fahamnya kenapa tempat tu jauh sangat??. pedalaman kut!!!.x kan la aku nk kawan dgn orang asli pulak?!!. Okey lupakan😑
Selepas aku bersiap dan memakai pakaian, aku pergi ke hadapan cermin yang berada disudut bilik aku itu dan menilik diri sendiri sambil meletakkan sedikit sapuan make up diwajah. Aku x berapa suka memakai make up tebal jika aku hendak pergi ke tempat yang jauh.aku akan memakai make up jika aku hendak ke majlis penting sahaja.cukup hanya sedikit sapuan bedak,pelembap dan lipstik. Aku melihat lagi diriku dihadap cermin.perfect. hari ini aku memakai blouse purple yang mempunyai riben di atas dada dan dipadankan dengan jeans blueblack(ala macam dalam mv fire tu jeans koyak2 tu).done.
Aku mengemas ape yang patut dan keluar dari bilik sambil mengangkat kotak yang berisi pelbagai barang milik aku. Setelah berkali-kali berulang-alik dari bilik di tingkat atas sampaikan kebawah akhirnya selesai jugak kerja aku mengangkut barang2 itu
"Dah siap dah angkat barang tu rain"tanya omma aku yang sedang berdiri di depan pintu rumah."dah" jawab aku sepatah. "Ada lgi x barang yang tertinggal? Nantikan x pasal2 kena patah balik ambik,kamu bukannya boleh diharap" omma aku ni kan..,tahu la yang anak omma ni pelupa tapi x payah la cakap macam tu. "Dah la omma..,daripada semalam lagi rain dah kemas dah..lepas je rain call kawan2 rain rain terus sim.. alamak!!!!! Fon!!"dengan tergesa-gesa terus aku berlari menuju kedalam bilik aku semula.macam mana la aku boleh terlupa benda yang penting macam ni. Dari jauh sayup2 aku dengar omelan omma" haa.. kan omma dah cakap kamu tu bukannya boleh diharapkan sgt" okay aku admit it yang aku memang x bleh diharap
Selepas segalanya dah siap dikemas, kami sekeluarga memulakan perjalanan menuju ke rumah baru kami.. bye kawan2 lama.. bye rumah lama.. bye crush lama.. and bye segala-galanya yang lama(apa yang aku tengah merepek ni?idk)
Skip..
Setelah beberapa jam berada di dalam kereta akhirnya sampai jugak kat tempat ni.. huh!! Seram doh tempat ni!!.. dengan pokok2nya yang banyak ditambah lagi akar kayu yang melinkar-linkar.. banyak bunyi haiwan terutamanya bunyi cenkerik.. daun2 yang gugur x habis2 beterbangan ditiup angin.. memang membangkitkan imej seram la tpi aku ni jenis yang x takut sebenarnya bagi aku suasana kt sini memang damai. Bebas daripada hiruk-piruk kenderaan. Yang ada hanyalah kesunyian dan kedamaian.. aku suka,but ada sesuatu yang aku rasakan saat ini.., entahlah aku sendiri x tahu.. rasa macam x sedap hati pun ada..
"Rain..apa yang kamu sedang termenungkan tu?kita dah sampai ni. X kan la kamu x nk turun pulak daripada kereta tu?" Suara omma mengejutkan aku daripada lamunanku yang panjang."huh??". Bahkan aku terlalu terkejut untuk mentafsir ape yang diberi tahu oleb ommaku itu. "Kita dah sampailah.. kenapa dengan kamu ni rain??. Sakit ke?". Ommaku mula bimbang melihat riaksi aku itu.. "x ada apa la omma.rain cuma penat je" jawab aku sambil melangkahkan kakiku keluar dari kereta dan berjalan menuju ke pintu rumah baru aku itu diiringi oleh omma aku yang berada x jauh dari belakang aku
"Here we go.. rumah baru kita" kata appa aku yang dari tadi mendiamkan diri sambil membuka pintu rumah tersebut. Jelas terpampar wajah kegembiraan dari riak wajahnya. Yela siapa yang x happy kalau dapt rumah free plus besar bapak macam tu.. yes appa dapat rumah tu free dari syarikat barunya itu kerana sudi ditukarkan dan sekali gus hadiah untuk segala hasil yang diberikan kepada syarikat yang lama itu. Aku x tahu la macam mana la aku dan omma nk bersihkan rumah ni setiap hari. Bayangkan lah banglo dua tingkat itu siap dilengkapi swiming pool,taman dan kolam air terjun.wth??..
Aku berjalan masuk kedalam rumah tersebut dan mula mencari bilik mana yang berkenan dihati.. of course aku akan ambik bilik kat tingkat atas.. ok aku dah jumpa!! Pink!!!!! Yes cat dinding bilik yang aku jumpa tu pink.. jangan tanya aku kenapa tapi aku memang suka sangat2 pink.. boleh dikira hantu pink dah aku ni.. nasib baik bilik ni besar. Setelah merayau ke seluruh bilik dalam rumah tu baru aku tahu yang bilik aku tu adalah master room.. okey jangan tanya omma aku bilik macam mana.. sepatutnya bilik tu omma ngan appa aku yang duduk right?..tapi omma aku sediri yang suruh aku duduk dalam bilik tu sebab dia dah tahu yang aku ni hantu pink lagipun dia x suka sangat warna pink ni.. so begini la aku sekarang ni x de kerja nk dibuat setelah aku dah beres kan semua barang2 aku tu. Dah cantik dah bilik aku ni..
Skip..
Aku bangun dengan lebih awal kerana aku x mahu lewat pada hari pertama aku sekolah di tempat tinggalku yang baru.. boringnya.. aku terpaksa lah cari kawan bru.. bestfriend baru.. crush baru.. segala- galanya baru.. semuanya baru.. baju raya baru..(-.-ape yang aku merepek lagi ni.. okay abaikan)
Aku turun tingkat bawah dan bersarapan dengan Omma dan appa aku. "Rain nak appa tolong hantarkan ke?" Tanya appaku yang sedang menyapukan jem strawberry ke atas ropi bakarnya. "X apelah appa.. rain boleh pergi sendiri,lagipula appa kan dah tunjukkan sekolah tu kat mana masa kite lalu nk datang kat rumah ni hari tu.. jangan risau la appa" walaupun aku juga mahu appa aku hantarkn tapi aku kurungkan niatku itu setelah aku menjeling jam dipergelangan tangan aku yang menunjukkan jam 7:30 pagi..appa akan terlewat jika menghantar aku ke sekolah terlebih dahulu kerana jarak rumah ini ke tempat kerja appaku itu agak jauh, terlebih pula appa harus sampai awal sebelum pukul 8:00 kerana hari ini hari first appa ke tempat kerja barunya itu.. aku x mahu menyusahkan appa aku..
"X apa ke appa x hantarkan kamu ni.. nanti kalau kamu sesat macam mana?" Appa aku bertanya lagi ketika kami berdua ingin mengambil kasut kami masing2."alaaa.. appa ni..rain kan dah besar.. rain x akan sesat la. Dekat je kut sekolah tu.paling2 lambat pun 15 minit je sampai kt situ. X payah la risau" tipu sebenarnya-.- jauh nakmatey kut jarak sekolah tu(walaupun hakikatnya aku x tahu pun lagi jarak sekolah tu) tpi x mengapa aku sanggup demi appaku yang tersayang,akanku redah lautan api sekali pun(ayat-.-). "Dah2 la tu yeobo.. dah cepat pergi kerja tu. X payah la risaukan budak degil ni. Pandai2 la tu dia jaga diri dia sendiri". Omma aku yang entah datang darimana bersuara sambil menyidir aku dalam percakapannya. "Okay la kalau macam tu. Jaga diri tu baik2. Kalau ada orang nk kacau atau ada orang ikut kamu daroli belakang jerit mintak tolong ataupun kamu lari je terus. Kamu kan atlet kt sekolah.x pe la appa pergi dulu.chagi jaga diri kat rumah. Kunci pintu ketat2. Jangan bagi orang sebarang masuk dalam rumah. Check dlu siapa yang datang kalau ada orang ketuk pintu sebelum buka. Jaga diri baik2". Nasihat appaku dengan panjang lebar.. x pasal2 sekali dengan omma kena ceramah.. hahaha.. suka nya. "Ok" jawap aku dan omma serentak sambil teranguk-anguk..aku menyalami appa begitu juga dengan omma.
Skip
Aku bejalan dengan kecepatan yang sederhana sambil memerhatikan sekeliling. Ya..tempat ni memang menarik walaupun dalam suasananya yang seram tpi bagi aku suasana yang begitu lah yang membuatkan tempat ini menjadi misterius dan terkesan romantik?bagiku. What??. Aku bukan buat lawak ok?? Tapi memang suasananya macam tu.. bayangkan kalau ada seorang lelaki hensem yang selalu menemani aku ke sekolah mengikut jalan yang aku lalui sekarang ni mesti bestkan?.kyaaaa!!! (fangirling aku dah mai dah) Ok aku akan stop berangan sebab semua tu adalah mustahil walaupun aku nk semua tu berlaku.
Lamunan aku terhenti apabila aku terdengar langkah derapan kaki mendekati aku. Suasana pagi yang sepi membangkitkan lagi ketakutan dan keseraman yang aku rasa saat ini.aku dah mula mengelabah dan mengeletar.. seluruh tubuh aku kini terasa berpeluh akibat ketakutan yang melampau.. penyesalan kerana tidak menerima pelawaan appa untuk mengantar aku ke sekolah kini mula terasa.aku mula melajukan langkah tetapi benda tersebut tetap mengikuti aku.. alamak!! Kenapa benda ni ikut aku??!! Ommaaa!!! Appaaa!!! Tolonggg rainn!! Aku mula berlari dan menjerit meminta tolong"tolonggg!!!!"jerit aku sekuat hati sambil berlari juga sekuat hati.(ok semuanya sekuat hati) aku bagaikan orang gila terpekik terlolong meminta bantuan dengan suara yang lebih nyaring daripada tadi apabila aku mendengar suara garau dan seram menyuruhku untuk berhenti tpi semua itu aku x ambil kisah. Aku terus kan dengan acara maraton berlari tanpa henti yang dianjurkan diri aku sendiri itu sehingga aku dapat merasakan ada sesuatu yang merentap bahu kananku kasar dengan kecepatan yang sukar dikafsirkan. Aku tertoleh dan aku melihat....
To be continue..
YOU ARE READING
7 Tunnel(Our Love Story)
FanfictionKim ra in(reader)pov.. yes!!nama tu pelik kan?kenapa? Cuba gabungkan nama tu.. so jdi la rain.. ye betul hujan.. pelik kan nama aku.. nie sebab appa aku la ni ape ke pelik sgt nama aku ni? Appa aku cakap masa aku lahir didunia ni,hujan turun lebat k...