My Hero [A short story]

3.9K 158 25
                                    

Gam. Tampal. Cun! Dia sengih sendiri melihat hasil kerja tangannya. Walaupun nampak ringkas tapi menarik jugalah jadinya. Sedang dia ralit menyiapkan scrapbook istimewanya, telefon di atas katil bergetar.

Nell.

"Helo..."

"Babe, sibuk ke?"

"Boleh tahanlah."

"Ala..."

"Whats up?"

"Nan... jom shopping baju raya? Lepas tu buka kat luar sekali. Nanti aku pick up kau."
Ainan melirik ke arah jam di nightstand. Pukul 1 tengah hari dah. Banyak lagi persediaan yang dia kena buat.

"Sorrylah babe. Hari ni tak boleh. Aku ada date."

"Date?? Bulan puasa pun sibuk date. Tak baik tau!"

Ainan gelak. Tak ambil pusing sangat dengan cakap Nell. Bukannya dia nak buat benda tak elok pun. Niat dia cuma nak menghabiskan masa dengan lelaki yang paling dia sayang dalam dunia ni. Tak salah, kan?

Habis 'menadah' telinga dengar syarahan percuma Nell, dia letak telefon. Cepat-cepat dia siapkan projek scrapbooknya. Setengah jam kemudian, Ainan tersenyum lebar melihat scrapbook yang berjaya disiapkan. Sehelai demi sehelai mukasurat dibelek. Senyuman memang tak lekang dari bibir melihat gambar-gambar dan keretan kertas yang ditampal. Sungguh dia tak sabar nak sampaikan pada si dia yang tersayang.

####

"Ayam masak madu siap!" Tangan naik ke pinggang. Nafas dihela lega. Lepas 'berperang' di dapur, akhirnya siap juga hidangan nasi minyaknya untuk iftar hari ni.

"Ayam masak madu, kurma telur, acar timun... hebat juga aku ni!" Sempat lagi dia puji diri sendiri. 21 tahun hidup, barulah ni pertama kali dia masak macam ini punya meriah. Sendiri buat pulak tu. Tak minta bantuan sesiapa pun. Semua dia belajar sendiri dari youtube.

Jam di dinding dapur dipandang sekilas. Ada sejam lagi sebelum masuk waktu berbuka. Dalam teruja dia berjaya siapkan juadah berbuka, hati dijentik rasa risau juga. Orang yang nak diraikan masih belum nampak batang hidung lagi. Kalau nak ikutkan, flight yang dinaiki dah selamat mendarat. Sepatutnya dah sampai rumah pun.

Telefon dicapai dan dibelek. Tak ada pula sebarang mesej atau miss call untuk dia. Panggilan dibuat.

"Your call has been forward to..." Ainan gigit bibir. Dia bukan nak dengar suara perempuan tu. Dia nak suara si pemilik telefon!

Jari Ainan menyapu ikon apps WhatsApp.
Last seen 17.45. Maknanya memang dah selamat mendaratlah kan?
Laju jari dia menaip mesej.

- Where r u?

Satu tick. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Double tick! Lega sikit Ainan dibuatnya. Double tick maksudnya delivered. Maknanya talian itu berfungsi dengan elok.
Tak lama selepas tu, muncul blue tick pada mesej yang dihantar.

My Hero is typing.
+ Otw. Jam sikit dekat highway tadi. ETA..20 mins.

Ainan urut dada sendiri. Lega selega leganya.

- Ok. Hurry. Miss u! 😄😄

+ Miss u too, sweetheart. 😊😊😊

#MyHeroWhere stories live. Discover now