'slurp...' bunyi air slurpee yang bergas dihisap. 'slurp.. slurpp' bunyinya makin kuat dan membuatkan aku menyampah. "woi, kalau nak minum pun, tunggu lah slurpee tu cair dulu.. Tak reti nak hormat orang duk baca buku ke?" aku bersuara lantang sambil tenung ke dalam mata lelaki yang tidak ada adat itu. Lelaki itu terkejut. Dan suasana kembali menjadi aman. Aku sambung membaca novel aku balik dengan tersenyum.
Tak sampai 5saat, aku rasa ada seseorang yang duduk sebelah aku. "slurpppppp.." bunyi sedutan slurpee itu kuat sampai membuat aku bengang. Aku terus berpaling kesebelahku. lelaki itu betul-betul duduk di sebelahku sambil membuat muka 'sedapnya slurpee'. aku ambil penanda buku dan aku letakkan dekat muka surat yang aku baca sekarang lepastu aku tutup buku itu. "kau nak apaaa?" aku tanya sambil buat muka marah aku. dia tersenyum.
"aku rasa aku tak salah minum slurpee kat kedai 7-E ni. Kat sini jugak jual slurpee. Yang kau duk baca novel kat sini lepastu suruh orang senyap tu dah kenapa? buang tabiat?" lelaki itu bersuara sergah kearahku. aku melihat sekeliling, dan pada saat tu, baru aku sedar yang aku berada didalam kedai serbaneka 7-E itu. 'alamak, macam mana aku boleh ada dalam ni. bapak malunya, alahaih' fikirku. aku senyap beberapa minit. aku capai beg aku di kerusi sebelah dengan perlahan, kerana tak mahu lelaki itu terlihat perbuatanku untuk cabut lari. aku bangun perlahan-lahan. tak sampai separuh punggungku terangkat, tangan aku di pegang oleh lelaki itu. "nak lari mana?" tanya lelaki itu dengan muka selamba. aku duduk balik.
"Maaf." aku meminta maaf dengan ringkas. "asal tak lepas lagi tangan ni?" aku tanya sebab sudah terasa kesakitan dipegang erat olehnya di pergelangan tanganku. "macam tak ikhlas je." lelaki itu bagaikan tak terima maafku itu. "aku tengking je pun, bukannya langgar kereta kau." jawabku. "ohh.. kau ingat tengking tak boleh jatuhkan maruah aku? kemain ramai orang dalam kedai ni tadi masa kau tengking. tak rasa bersalah ke?" marah lelaki tu sambil genggamannya makin erat. aku dapat lihat pergelangan tangan aku bertukar menjadi merah. "ceh.. ini lah lelaki, maruah nombor satu." aku bercakap perlahan sambil menjeling. "apa dia?" ditanya olehnya kerana tidak berapa dengar. "Tak ada apalah. lepaskanlah.. sakit dah ni." aku meminta untuk dilepaskan. dia melepaskan.
"maafkan aku.. aku tak sedar yang aku genggam terlalu kuat tadi." dia pula yang meminta maaf kerana ternampak tanganku dah merah. "hmm.. now we're even right?" tanyaku. "maaf.. maaf sangat-sangat." lelaki itu macam malu dengan perbuatannya. "yelah-yelah. and aku harap pertemuan ini, pertama dan terakhir kita berjumpa." aku bertegas dan pergi meninggalkan meja itu.
^
okay, biodata sikit pasal 'Aku'. Dia bernama Natasha Lang. kacukan chinese-america. tidak pandai bercakap cina. neneknya yang chinese. menetap di new york. berumur 23 tahun. baru graduate bachelor of Architecture. sudah kehilangan ayah, tinggal dengan mak. sekarang tengah menganggur.***
"blah macam tu je?" kata Karl sambil melihat kelibat natasha melarikan diri. "nasib baik cantik, kalau tak, dah lama aku buat tak tau je." sambung Karl sambil tersenyum kambing.
"bohhh.. sorry lambat." kawan karl yang tadi berselisihan dengan natasha dekat pintu masuk kedai 7-E menghampir meja Karl terus meletakkan begnya. dan mendekati Karl untuk bersalaman peluk cium cara lelaki. "asal lambat? ada awek cantik tadi bohh.." tanya karl kepada kawannya yang bernama Francis. "alaaa.. terlepas." kata francis sambil mengetuk meja.
"aku rasa kau nampak dia tadi kut. berselisihan dengan kau kat pintu masuk kedai ni." Karl menjelaskan. "ohh.. yang tu ke. aku nampak macam mengamuk je dia tu.. kau buat ape bro?" tanya francis ingin tahu. "tak ada apa lah bro. dia tengking aku sebab aku buat bising je tadi bro. tak pasal-pasal kene tengking." Karl membuat muka manja dah menjebikkan bibirnya. "alah-alahai, kesian ya kawan aku sorang ni ye.." francis mendekati karl dan terus peluk kepala karl dan usap-usap kepala karl. "dah-dah, jangan nangis.. kan ada slurppy ni.. minum ni.." francis manjakan karl.
setelah beberapa minit diorang berbual, francis bertanya kepada karl "apa agenda hari ni?". "entah.. jalan-jalan tengok awek.. nak?" tanya karl sambil buat muka gatal. "kau ni, awek, awek, awek, tak bosan ke asyik usha je.. orang suruh ambil sorang buat awek betul, taknak pulak." bebel francis. "alamak, bebel dah datuk ni.. atok, kalau nak bebel bukan kat sini tok." Karl perli sambil tergelak. "alamak, aku kemain handsome, muda macam ni kau panggil atok. haih kau ni, baik lah sikit pun." jawab francis sambil buat muka mencebik.
"hmm.. singgah gymlah dulu kejap.." cadang Karl. "lepas dah peluh-peluh keluar, kita fikirlah nak pergi lepak mana pulak lepastu. okay?" sambung karl. "okay jugak tu. jom." francis terus bangun dengan begnya dicapai terus beredar. manakala karl masih lagi terkial-kial dengan air slurpeenya yang dari tadi tak habis-habis. "tunggu lah duluu.." laung karl. "haih dia ni, tak menyabar langsung." sambungnya dengan perlahan. "kau cakap apa? aku dengar tauu." laung francis dari jauh. "aih, kemain jauh kau duk, boleh pulak dengar. pelik" balas karl.
***
'bang' bunyi pintu keretaku ditutup. aku membuka enjin keretaku, aku membiarkan sekejap enjin dibuka. Aku terasa sakit di pergelangan tanganku. 'kuatnya dia penggang tadi.' fikirku. aku pengang pergelangan tanganku dan aku usap-usap. setelah itu, aku undurkan keretaku, dan keluar dari tempat parkir itu.
Aku drive tanpa arah tujuan. "nak pergi mana ni.. hmm" bercakap aku seorang diri. "apa yang ada dekat district ni, ye?" aku bertanya dengan keretaku. "gym kut." tiba-tiba kereta boleh menjawab. aku pelik, 'suara dari mana tu? tapi betul jugak, ada gym kat sini.' aku park-kan keretaku, dan aku mengambil beg baju aku kat boot belakang, lepastu aku tutup boot dan aku kunci kereta. aku menuju ke gym tingkat dua dekat bangunan itu.
aku register nama dan aku bayar siap-siap, lepastu aku pergi tukar baju sukan. sesudahnya aku keluar dari bilik persalinan baju, aku ternampak mamat tadi yang pegang tangan aku. aku terkejut. alamakk. buat apa dia ada kat sini. "hai." ada orang tegur dengan tiba-tiba dari belakang. aku pun berkerut dahi. pelik. siapakah?
"ye?" tanyaku ringkas. "awak awek yang kat 7-E tadikan? yang tengking kawan saya." tanya lelaki itu. "are you friend of him?" aku tanya dia sambil tunjukkan kearah lelaki sengal tadi. dia menganggukkan kepalanya tanda betul. "yep.. sayalah 'awek' yang tengking kawan awak tadi tu." aku mengaku. "oh.. hai, saya Francis Bale. dan dia yang awak tengking tadi tu, Karl, Karl Jackson" dia tiba-tiba perkenalkan diri dan menghulurkan tangan untuk disalamkan. aku sambut tangannya dan menjawab, "saya Natasha Lang." dan aku senyum. "jom workout." ajak francis.
-end part one-
YOU ARE READING
Dear Karl
Romance'Tak ada apa yang akan boleh hentikan aku dari jadi diri aku sendiri.' - Kata Karl Jackson 'Aku takkan berhenti dari mengejar cinta kau yang tak pernah akan wujud kat aku tu!' - Natasha Lang 'Berhentilah weh! Tak penat ke kejar cinta yang kau tau ka...