Lawak Melayu

13.1K 206 54
                                    

Hai ! Koleksi yang ada dalam cerita ini bukan hasil saya tetapi saya telah berusaha mencari bahan-bahan ini di internet, jadi saya akan update setiap minggu dengan cerita lawak yang baru dan harap korang sukakannya! : ) Apapun jangan lupa vote dan komen ya. 

Segala cerita lawak yang ada disini hanya untuk hiburan semata-mata dan bukan untuk menghina dan segalanya kerana ketawa dan senyum itu ubat yang paling mujarab bagi kita. :D 

 Cerita lawak 1

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi.

Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi… Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”

Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…” 

Cerita lawak 2

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa. Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.” Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…” 

Cerita lawak 3

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”

 Cerita lawak 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Lias terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Lias : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Lias : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Lias : Saya datang untuk ujian air kencing

Cerita lawak 5

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?” “Dah tentu”, jawab doktor. “Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang

Cerita lawak 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat . ” Assalamualaikum “ ” Walaikumsalam “ ” Ni rumah encik Sameon ye? ” Ya saya” ” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “ ” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cerita lawak 7

B.I

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah? Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

Lawak MelayuWhere stories live. Discover now