Di terasa seperti ada seseorang dibelakangnya lalu dia berpaling kebelakang, seperti biasa tiada sesiapa pun yang ada di rumahnya. Hanya dia sahaja sebatang kara. Dia menuangkan air kosong itu dicawan yang telah dia ambil tadi lalu dia meneguk rakus. Tekaknya terasa lega dibasahi dengan air kosong itu. Dia berlalu pergi ke ruang tamu untuk menonton rancangan televisyen. Dia membuka suis untuk menghidupkan televisyen itu. Dia mencapai alat kawalan jauh yang terletak diatas meja yang berada dihadapannya. Dia melabuhlan punggungnya dan merehatkan kepalanya di kepala sofa. Dia menekan alat kawalan jauh itu dan dia tertarik dengan rancangan televisyen itu. Dia menontonnya sehingga terlelap.
Dia yang sedang tidur terasa ada seseorang yang menguis guis cuping telinganya. Dia terjaga daripada tidur. Dia melihat sekeliling tetapi tiada sesiapa. Dia melihat televisyen yang berada dihadapannya yang sudah gelap. Setahunya dia tidak pula menutup suis televisyen itu. Dia binggung memikirkan hal itu . Dia melihat jam di dinding yang tertera pukul 4 pagi. Dia hanya dapat melelapkan mata dengan sejam yang lalu sahaja. Dia melangkah masuk ke biliknya untuk merehatkan badannya.
Dia baring di katilnya lalu menyelubungi diri dengan selimutnya. Setelah beberapa minit dia menangkap bunyian di dapur seperti ada yang mengambil pinggan mangkuknya. Dia biarkan saja kerana sudah tentu tiada sesiapun yang berada di dapur itu. Apabila dia tidak mengendahkan bunyian itu. Bunyian itu makin gamat seperti ingin menunjukkan kuasanya. Naz bangun lalu menyampai sebatang kayu hoki miliknya untuk melihat siapakah yang ada di dapur itu. Tekaannya seperti pencuri. Dia berjaga jaga pergi ke dapur. Apabila dia pergi le dapur tiada sesiapa pun. Malah bukan pencuri. Dia berasa hairan kerana cawan yang dia minum tadi dia biarkannya saja tetapi cawan itu sudah siap dibasuh dan berada di tempatnya semula. Dia kembali semula ke dalam biliknya dan tidur semula.
Bunyi laungan azan subuh menyentak tidurnya semula. Dia bangun lalu membersihkan diri. Usai dia mandi, dia mengerjakan solat subuh dan dia bertadarus untuk menenangkan hatinya yang tidak tenteram itu. Maka hari dia berlalu dengan gangguan pada jam 3 pagi sehingga dia bangun pergi ke kerja seperti biasa.
YOU ARE READING
JIWA KACAU
Mystery / ThrillerPada pukul 3 pagi yang hening, Naz masih belum tidur lagi. Disaat semua orang sedang melelapkan mata, matanya sentiasa segar bugar pada jam ini. Dia tidak keruan kerana bila dia hendak melelapkan mata, ada sepasang mata melihat tepat ke muka dia. Ap...